Saturday, December 9, 2006

Semua yang Hidup pastikan Mati

AlFateha... Aku doakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas almarhum Pak Long, Abdul Rahman bin Kassim (my hubby's uncle). Jarang aku ikut menghantar jenazah ke kubur. Kali ini aku berkesempatan walaupun tidaklah sampai ke liang lahat. Namun pengalamanku hari ini ternyata membuka mata dan minda. Betapa kita ni insan kerdil. Bila mana Allah ingin mengambil kita semula, tiada apa yang boleh menghalang.

Aku lihat ketika jenazah diusung masuk lewat pintu dapur ke ruang tamu, semua yang hadir kelihatan sedih dan sugul. Masing-masing kumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Auran, aku tidak terkecuali. Nak buat apa lagi, lebih baik baca daripada mengumpat. Alhamdulillah, tidak kedengaran sesiapapun di situ yang berbual yang bukan-bukan. Kalau tidak bersedekah ayat-ayat suci, diam sahaja. Memang itulah sebaik-baiknya. Aku lihat jenazah dikafankan dengan kain putih bersih helai demi helai. Sungguh teliti tukang mandi jenazah. Katanya,hati-hati, biar kemas dan cantik. Aku teringat syarahan seorang ustaz dari Indonesia bahawa jenazah itu sakit setelah diragut nyawanya, maka hati-hatilah memegang tubuh badannya. Sewaktu tukang mandi jenazah membuka bahagian muka jenazah dan menaburkan pacai, dia berkutbah sekejap. Yang amat tersemat dihati ini ialah bila dia kata, anugerah Allah yang amat besar kepada kita ialah apabila kita menghalalkan makan minum dan hutang piutang sesama insan terutamanya si mati, kita akan menerima ganjaran yang besar. Seperkara lagi ialah apabila dia berkata agar Nur Muhamad dapat menerangi kubur kita kelak. Nur Muhamad....mmm... Apa yang aku tahu mengenai Nur Muhammad? Pandangan Syariat, Tarikat, Hakikat atau Maarifat....

Memang kita boleh kata kita dah banyak kali melawat orang meninggal tetapi padaku setiap pengalaman itu memberi kesan yang berbeza mengikut umur kita. Contohnya hari ini. Aku rasa kedewasaan dan kematangan fikiran merubah perspektif kita melihat dan mentafsirkan hal-hal keduniaan.

Sana sini aku membaca tentang kematian, yang sihat pun boleh mati. Yang sakit jangan cakap lagi. Aku bertuah kerana orang-orang yang terdekat denganku masih hidup. Kekadang aku berfikir, kalau aku mati sekarang, apakah aku sudah bersedia pulang ke tempat asalku? Orang kata dunia ini hanya pinjaman. So mana ya tempat asalku? Syurga ke Neraka atau .....? Tepuk dada tanya selera. Waulahualam.

No comments: