Monday, December 4, 2006

Selamat pagi, Cikgu Khaziah!

Tak sangka ya. Budak perempuan yang pemalu dan penakut ni sudah besar jadi seorang guru. Tidak pernah terfikir masa muda-muda dulu nak jadi cikgu. Waktu secondary dulu pun pernah bercita2 nak jadi jururawat. Itupun kerana masuk Saint John di Sekolah Menengah Boon Lay.(Banyak kenangan di Boon Lay Sec.) Selepas attend Basic Nursing Course, terus tukar cita2. Teringin pula nak jadi guru. Itulah waktunya aku menanam cita2 ingin menjadi guru. Terlaksana juga. Tetapi sebelum jadi guru, kerja dulu di private sector jadi kerani dan minah kilang. Itu pun banyak kenangan. Kenapa tak jadi guru terus selepas sekolah? Sebenarnya, bila tengok guru-guru aku seperti, Cikgu Sabariah, Cikgu Mohd, Cikgu Rasudi dan Cikgu Khalid, aku berpendapat, kalau jadi guru ni sampai bersara pun tetap jadi guru. Jadi sebelum aku jadi guru, konon nak rasa kerja di luar dahulu.

Masa di sekolah menengah dulu, teringat kata-kata guru Matematiks, Mr Ho.(dah tua dah) Kerana dialah aku pass Matematik, Grade C. Tak sangka kerana dari sekolah rendah memang bengap betul, selalu fail Maths. Dia tu pandai baca tapak tangan dan dia kata i have a long career ahead dan I akan jadi ketua in my 30s. Nampaknya betul. Bukan presiden tetapi ketua Jabatan Bahasa Melayu.

Mula-mula aku berjinak mengajar ni ketika buat relief teaching di Fuhua Pri. Waktu tu tu bila balik naik bas, aku kepit buku record guru. Bangga sekali. Kadang-kadang malu juga bila ada murid menyapa di public tetapi kembang hati ini. Sekarang, dah lali, biasa-biasa saja. Kalau di luar pun, aku senang dipanggil Khaziah saja. Tak payahlah panggil Cikgu Khaziah. Kalau yang dah memang panggil dari mula Cikgu Khaziah tu teruskan. Sebenarnyakan, aku bangga juga bila dipanggil begitu namun malu juga kadang-kadang, sampai sekarang.

Kerja seorang guru ni memang berbaloi dan menyeronokkan. Aku dapat menggunakan bakat dan pengalaman semasa bekerja di luar. Seorang guru ni bukan saja mengajar, tetapi kami ni jadi macam-macam, lawyer, event planner, ibu, kakak, alih bahasa, pengarah, penerbit, penulis skrip, pekerja colar biru, akauntan, counsellor, dll. Pendek kata, guru sekarang ni serba boleh, Jack of all Trade. Sekarang aku ni bolehlah digelar resource person or in laymen terms, karung guni man.(ikut Abah aku) Apa tak nye. Apa pun yang I nampak di sekolah, yang tidak digunakan oleh guru-guru lain, aku simpan. Selalunya bila nak buat sebarang event, benda-benda ni semua boleh digunakan. Seperti dinner baru-baru ini. Kita harus pakai fancy dress, banyaklah guru jumpa aku untuk ini dan itu. I find joy in making people happy and look nice. Teringat dulu waktu di sekolah menengah. Akulah yang makeup teman-teman Malay dance sampaikan tak ada masa untuk siap diri sendiri. Lepas tu, siap ala kadar sahaja. Aku senang melihat hasil kerjaku.

Yang paling tak boleh aku lupakan ialah sewaktu the release of PSLE result. Memang I wouldn't miss it for anything. Tahun ini aku ajar P6EM3. Bila nak beri result tu punyalah tension. Aku tatapi muka murid-muridku satu persatu. Kita dah tahu siapa lulus dan siapa akan repeat. Ada yang melalak-lalak takut fail dan ada yang sudah merah mata. Yang lelaki cool saja. Tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu. Yang repeat tu tentu takut kalau kena repeat lagi. Alhamdulillah semua pass. Hanya 3 sangkut kerana fail Maths. 3 dapat distinction. Cikgu proud of you all, Fadila, Nadhirah dan Noridayah. Yang lain pun cikgu bangga juga. Yang paling tidak dapat aku lupakan ialah murid kesayanganku, Xiao Nan. Aku juga ajar kelas itu Musik. Budak Xiao Nan ni lain daripada yang lain. Dia macam austitik gitu. Mula ajar, aku seram juga tengok kelakuan dia. Tapi perangai dia mula berubah, dialah murid yang selalu greet aku(kadang-kadang dalam bahasa Melayu walaupun tergagap-gagap), yang paling hormat dan selalu suruh aku mainkan CD lagu kegemarannya.. Bila dia dapat result yang dia pass, masyaalah dia terlonjak-lonjak kegembiraan. Aku dah lah bercucuran air mata tak boleh tahan. Sebelum ini menangis juga tengok anak-murid yang lain. Tapi kali ini aku memang tak boleh tahan lagi. Menangis kali ni campur ketawa. Bayangkanlah. Aku memang tidak boleh lupakan Xiao Nan. Murid higher MT ku pula, Roni, adalah murid yang tertinggi aggregatenya di sekolah Juying, 272. Cikgu bangga dengan awak, Roni.

Hai, pendek kata, peristiwa 23 November adalah peristiwa yang tidak akan aku lupakan sepanjang kerjayaku sebagai GURU.

No comments: