Wednesday, October 22, 2014

2008/2009

Setiap yang bermula akan berakhir
Setiap yang datang pastikan pergi
Setiap yang hidup pastikan mati

Kenangan 2008 membawa seribu pengertian
Seribu kenangan silih berganti
Suka dan duka yang kulalui
Tersemat kini disanubari

Pelayaran kini kuteruskan lagi
Mengikut arus 2009
Pengalaman setahun sudah kulalui
2008 tinggalku pergi!




Kenangan Jenaka Ria Sriwana 1991

Meniti Zaman Kegemilangan sewaktu di Sriwana. Aku membesar di Sriwana bersama orang-orang yang berbakat besar yang banyak menyumbang kepada seni dan budaya Melayu di Singapura hingga kini.




Monday, April 16, 2012

Sehari sebelum peperiksaan

Hari ini zulfakar nak makan mi soto. His fav. Dia Akan makan berkali-Kali. Keadaan ya amt membimbangkan. Perut nya semakin besar dan menegang. Kakinya bengkak mungkin Kerana duduk terlalu lama di Tandas. Katanya perut dia sakit. Kasihan betul tgk dia. Apalah boleh aku buat selain bersama hiba.

Dia belm lagi makan mi soto kegemarannya. dia Masih tidur.

ESOP peperiksaanku. Kertas pertama phonetic dan fonologi. Penat Rasanya nak belajar. Badan dan otak dah penat belajar. Namun aku Akan terus mengulangkaji untuk ESOP. Mudah-mudahan tak lupa. Tak tahulah 2 hari ini rasa otak macm dah numb. Kenapa agaknya. Overloaded ke? Apa pun Terjadi, aku berdoa agar peperiksaanku dpt aku lalui dgn selamat. Selepas itu... 3 bulan holiday... Yeah....

Monday, March 26, 2012

Innalillah....Alfateha.. Abg Aziz

Ya Allah... Kau ampunkanlah segala dosa abg Aziz. Cucuri Rahmat kpd rohnya dan kuatkan semangat isterinya.

Tadi mak Telefon dan memberitahuku tentang kematian sepupuku, abg Aziz. Setahun dia menanggung derita Di hospital. Bukannya makin baik. Aku sudah tak Percaya dgn ubat doktor ni. Mcm abah. Dia meninggal bukan Kerana Sakitnya tetapi ubat yg doktor beri. Mcm sama Kesnya. Baru nampak baik. Mengejut sakit semula. DengAr Khabar, Kuman dah merebak. Setahun Di hospital, tak bolehkah ubat moden ini menghapuskan kuman? Nonsense. BAru Pagi tadi cakap dengan mak nak Cuba Tanya Am kalau boleh ubat abg Aziz. Memang, ajalnya dah sampai. Namun berakhirlah sudah siksaannya hidupnya Di dunia...

HI Im back!

Wow! Its been such a long time since I last post my entry. So much has happen to my life that I do not know where to start. I wish to write here in my blog so that I could remember every event that has happened. It would be interesting to look back and read again all my entries when I am 50 or 60 years of age.

With the invention of facebook, I must say, I have neglected my blog. But I sure miss writing in this blogspot. It is different with facebook. Just different. Well, no worries, I am continuing this blog to keep it alive and maybe I could link this two to my advantage.

Well, need to explore more possibilities because my IT skills is half-way-there.

Friday, September 18, 2009

Wishku Dalam Ingatan

Kau datang dibawa bondamu
anak kecil yang belum boleh bertatih sendiri
Dalam diam bondamu mencari tempat berlindung
Bondamu pilih teratakku yang hina
Dibawanya adik-beradik mu bertiga
Duduklah kamu semua satu bumbung dengan kita

Kenakalanmu membuat aku pening
Kau kencing sofa kau buang air besar
Aku tak sabar, memindahkah kamu anak-beranak
Dalam hati terdetik rasa pedih, kasihan juga
Namun aku tidak sanggup melihat kaubesar dan dianiaya di depan mata

Beberapa hari, bondamu kembali,
tanpa anak-anaknya kami tercari-cari
Dahulu pernah sekali aku lewat di tempat itu
Untuk kujenguk keadaan dirimu

Beberapa hari, kau kembali
Hanya engkau si hitam putih
Nama bondamu Wish, namamu tidak diberi

Dalam susuan, bondamu pergi
tanpa berita tanpa simpati
bagi anak yang masih menyusu
seperti pekan ditinggalkan bonda
kempunan telur tembakul

Pergian bonda Wish kami ganti namamu Wish
Kau dipelihara penuh kasih sayang
Kau punya ayah dan bonda serta adik-beradik baru
Semua sayang akan kamu
Kau periang
kau main kejar-kejar
Sembunyi sana sembunyi sana-sini
Habis sofaku kau cakar
memang lumrah kucing namanya

Sifat pemurahmu amat menyerlah,
Kucing jingga kau biar makan makananmu
Kau diam sahaja menerima tetamu
Kalau dipanggil kausahut
Kalau lapar kau beret ur

Air susu kesukaanmu, pinggan kubeli khas untukmu
makanan dlm tin menjadi kegemaranmu
Tetapi harus tukar rasa selalu


Suatu hari kami mencari, pemerigianmu seperti bondamu
Pabila malam, kau kami temu, di dalam longkang terperuk laku

Matamu rosak, kakimu patah, badanmu terdapat kesan calar
Air dan darah keluar sahaja, matamu kuagak buta selamanya
Kau enggan makan dan juga minum, habis bulumu gugur semua
Esokku bawa kau ke klinik, belanjanya besar ratusan ringgit

Setelah dibedah kau kian pulih
Dibawamu pulang kau nampak letih
Makan dan minum kau tolak juga
Bulumu mula gugur semua
Nafasmu kencang aku berdoa

Sehari ditinggalkan malam kembali
Pintu kubuka melihat kau terbaring kaku
anakku mengejut Wish... bangun!
Namun kau diam matamu terbuka

Tubuh dah keras, semut dah menerpa
Nafas kencang sudah tiada
Terbujur kaku tanpa suara,
Tandanya kau telah tiada

Titisan airmata jatuh meleleh
kasihan teringat Wish mati sendiri
tiada sesiapapun di sisi

Kami kuburkan Wish di depan rumah
Pusaranya kekal di depan mata
Ingatan gembira sedih dan duka
Kami simpan dalam tanah lembab
Tempat kau bersantai
Kini untuk selama-lamanya