Sunday, December 10, 2006

Aku Betul, Kau Salah!

Hari ini suamiku pergi berurut. Tukang urut itu kaum Adam. Oleh itu tidaklah dapat sama aku ikut diurut. Aku menunggu saja dia sambil berbual dengan tuan rumah yang sememangnya peramah dan very hospitable, lebih-lebih lagi memang ada pertalian persaudaraan. Adalah beberapa orang yang datang berurut, of course semua kaum Adam. Seperti biasa, aku melihat kerenah kaum Adam ini ketika berbual. Tidak ada apa yang menarik sangat tetapi sempat aku terfkir : orang Melayu memang terkenal dengan budaya beralas ketika berbual. Sindir-menyindir memang pakaian kita kerana tidak mahu dianggap kurang ajar atau menyakiti mana-mana pihak. Itu memang aku sendiri mengaku.

My hubby, lain pula pendiriannya. Dia memang kalau cakap lepas. Pada dia sindir-menyindir ni buang karen. Pernah aku menasihatinya agar tidak selalu begitu kerana aku percaya banyak orang yang terasa dan menaruh perasaan dendam. Itulah manusia. Orang kalau dah sakit hati, macam-macam mereka boleh lakukan. Manusia boleh hilang pertimbangan kalau nafsu amarah mereka dilayan dan of course, syaitan memang menanti saat-saat ini. My hubby, mempertahankan prinsipnya dan menerangkan kepada aku kenapa kita mesti sakit hati dan biarkah orang lain happy. Padanya, kalau orang itu salah, cakap terus terang ajelah, bukan cakap belakang sebab dia tahu manusia ni mesti kan meluakan perasaan yang terpendam. Daripada cakap dengan orang lain dan dikatakan mengumpat, cakap saja dengan orang tersebut.

Setelah kita bermuzakarah aku kini memahami kenapa dia berpendirian begitu. Orang-orang yang dia campur tu berbeza dengan pergaulan aku. Aku percaya dia bertindak mengikut apa yang dia rasa betul dan bukan kerana sifat dengki, busuk hati and what not.

Peribahasa-peribahasa, peninggalan pusaka orang Melayu kita ni banyak menunjukkan sikap orang Melayu yang beralas ketika mengutarakan pandangan atau kritikan terhadap seseorang. Kita bangga dengan perkara ini. Tetapi, kalau kita fikirkan ia juga menunjukkan sikap orang Melayu yang pengecut, tidak berani berdepan dan menggunakan sindiran sebagai benteng untuk menyingkir segala tuduhan kelak . Mungkin ada orang Melayu yang marah dengan kata-kata aku ini. Tetapi hakikatnya ialah itulah yang kita lakukan tanpa sedar atau tidak. Kalau kita berbual dengan ahli keluarga kita, selalu ke kita menggunakan peribahasa atau sindiran. Ya, kalau kita tahu yang orang yang kita sindir itu mungkin akan menyerang kita.

Aku faham mengapa ada yang tidak setuju dengan pendapatk kerana manusia ini memang berasa tergugat jikalau apa yang mereka percaya selama ini ternyata tidak betul. Ini adalah seperkara lagi yang ingin aku luahkan. Aku menonton cerita Haunting dimana seorang ibu harus berhadapan dengan masalah anaknya dihantui sebuah lembaga. Dia menganggap benda-benda ini tahyul. Kata-katanya, "..my whole belief starts crumbling down..." Kata-kata itu memberi kesan kepada pengamatan aku mengenai topik yang aku bicarakan di atas. Apabila manusia berhadapan dengan keadaan di mana kepercayaannya, prinsipnya, ilmunya dan amalannya yang dibawa selama ini ditentang dan ternyata salah, dia akan berasa keliru, tertekan dan ditekan. Kehampaan dan perasan malu mungkin turut mengintai maka orang ini akan bertindak terhadap semua perasaan ini. Reaksi manusia berbeza. Mula-mula kebanyakan manusia akan bertindak melayan perasaan. Inilah tahap yang selalunya memusnahkan manusia. Ada yang terus melayan perasaan maka orang beginilah yang selalunya tidak akan mahu menerima kenyataan. Ada pula yang mampu berfikir dan manusia inilah yang dapat menerima kenyataan atau dapat mempertahankan kepercayaan mereka, langsung dapat juga membuahkan manfaat bagi kedua-dua pihak. Aku menyedari hal ini kerana sudah banyak berlatih dengan my hubby. Hai pendek kata manusia ni complicated betul.

Yang penting bagiku, harus sentiasa berfikiran terbuka tanpa tampak tiada prinsip dan dapat melihat kebenaran hakiki dengan memahami sebab-sebab berlakunya perbedaan pendapat.

No comments: