Sunday, January 21, 2007

Rasa Bersalah Kini Musnah

It has been a week since I started my DDM course. Nothing much happened but the knowledge I gained can never match the whole 5 years of being a subject Head. I'm sure I will gain more in the next 16 weeks.

I will be doing a lot of reflection, journal writing and e-journaling. We are also encouraged to blog in the NIE portal. Lucky I have been blogging coz I don't have much problem expressing myself. Alah bisa tegal biasa. Indeed, it is good to keep ourselves updated on current norms. Bukan semua yang baru itu bagus tetapi gunakanlah kematangan kita memilih yang baik dan yang buruk. Yang baik tidak semestinya baik senantiasa. Yang buruk pula tidak tentu akan menjadi buruk selama-lamanya. Kalau anak murid cikgu tak faham, harap mintalah pendapat orang dewasa untuk menjelaskan kata-kata hikmah cikgu ni.

Kalau nak tulis tentang apa yang dipelajari, tentu banyak sangat dan panjang lebar. Namun aku akan menceritakan tentang refleksi diri tentang pengajaran aku di sekolah. Kekadang itu aku terasa bersalah kerana tidak membuat persiapan yang canggih seperti powerpoint slide, alat bantu mengajar dan sebagainya. Namun aku percaya yang anak murid aku tidak kerugian kerana yang penting bukan pada alat-alat ni. Yang penting adalah penyampaianku sehinggakan dpt menarik perhatian murid. Apabila melihat pensyarahku yang bernama Dr Ng Pak Tee, segala rasa bersalahku musnah kerana aku melihat diriku sama seperti beliau. Beliau tidak menggunakan apa-apa alat yang canggih melainkan Microsoft word untuk menulis soalan. Itu pun digunakan mana perlu sahaja tetapi sesinya amat menarik minat kita semua. Aku tidak pun rasa mengantuk. Aku rasa begitu juga para DDMers yang lain. Sepanjang 2 jam sesi beliau, dia dpt menarik minat audiencenya dengan cerita, humour, dramanya, lenggok badan dan suara yang ada intonasinya yang tersendiri. Melihat Dr Ng seakan menonton seorang komedian beraksi di atas pentas. Aku benar-benar mengagumi kebolehannya. Walaupun aku belum mencapai tahap beliau tetapi aku rasa aku sudah mempraktikannya di dalam pengajaranku di kelas.

No comments: