Monday, April 30, 2007

Brisbane Trip - Part 2

Have u ever been in a situation where u should be happy but things happen and u just could not be happy. I had a few of such incidents in my life. As I am still in this topic about my trip to Brisbane, I shall write first about it. Dah nak basi cerita di Brisbane ni. Terlalu bizi. Anyway, I have never been away, oversea that is, from my family. Kalau budak-budak tu memang adalah. Mereka tinggal 1 week di rumah makcik mereka di Pasir Ris. Tapi with my husband tidak pernah. So.. terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini. On the 5th day Im there (thursday), my husband told me that my girl, Sara is having high fever and it didn't subside. So just imagine how I felt. My husband dah lah tak karuan(anak perempuan sorang, kesayangannya lagi). Macam-macam cara dia cuba. Sedih hatinya tengok Sara terbaring lemah. Before this, Sara asyik sms aku cakap dia rindu. I tak berapa indah kerana ingatkan mereka adik beradik suka-suka sms. Ramai yang bagi idea untuk turunkan fever Sara. On Friday, my husband told me that he went to the doctor and the doctor told him that it doesn't look good, Sara's condition that is. When I heard the news, tak tahu camne nak terangkan. I rasa bersalah berada di Brisbane. Nak happy-happy pun rasa bersalah. Doctor said she need to take my daughter's blood to test and result will be out on Saturday. If not good have to send to hospital. Sara, lembik, tak nak makan and fever masih high. My husband pun sadlah mentelah lagi dia harus handle all this alone. The worse part is Sara said she feel like going to die, dilusion due to high fever I guess. Alamak, you all imaginelah. Pulak tu on Saturday, we all dah plan to go to Gold Coast. Dah habis kerja dan plan for recreationlah konon. I pegi juga sebab all paid for and do not want to spoil the rest. I dah standby, if my husband kata my daughter have to be hospitalized, I will try to get the ticket back home hari itu juga. Anyway, kita ada lagi satu hari untuk balik. No diff. I try not to think too much about her but I iringi doa dan doa. Kekadang, tertanya-tanya juga kenapa perkara ini berlaku. Not fair. I tak pernah ada kesempatan begini and when I get things like this happen. But I quickly istigfar sebab ini semua ketentuan Allah.

Alhamdullillah, berkat pertolongan teman berbangsa Cina my husband yang mengesyorkan rawatan sengseh, my gir's fever subside. Dia pun dan nak makan and the report of her blood test also okay. Hai, lega benar hati aku waktu itu. Hilang semua awan mendung yang cuba ku bendung. Dapatlah aku beri senyuman dan ketawa yang ikhlas kerana sebelum ini rasanya aku hanya bersandiwara. Tawaku hambar sahaja. Senyumanku tersekat. Syukur kepada Allah. Waktu pulang, aku disambut oleh famili tersayang dan juga anak perempuanku yang kelihatan benar-benar susut. Almaklumlah tidak makan beberapa hari. Rupa-rupanya demam anakku itu ialah demam kerinduan. Sungguh tidakku sangka kerana aku ingatkan yang kecil sekali tu yang akan rindu tetapi Sara pulak. Waktu aku nak pergi dulu, dia seperti tak kisah.

Pengajaran : Kalau kita tidak menunjukkan kasih sayang kita kepada orang yang kita sayang, mereka tidak akan tahu. On our part, kalau seseorang itu tidak memberitahu kita dia sayang kita, itu tidak bermakna dia tidak menyayangi kita. Kalau aku tidak pergi ke Brisbane, tentu aku tidak dapat mengenali anak aku sendiri. Dia memang tidak suka menunjukkan kasih sayang kerana sifatnya yang agak garang dan mentelah lagi dia tu jarang manja-manja kerana ada dua orang adik. Kasihan aku fikirkan akan pengorbanannya sebagai seorang kakak. Aku betul-betul insaf dan sekarang cuba untuk menunjukkan kasih-sayang yang sama rata. Suamiku pula sama halnya. Perpisahan mengukuhkan lagi kasih sayang kami. Aku sedar kini bahawa kehidupanku ini sering kali harus mengharungi pahit getir kehidupan sebelum mengecapi kemanisannya. Aku terima semua ini dengan reda.

Dah lah tak mahu cerita lagi mengenai Brisbane. Ada banyak lagi perkara yg nak aku tulis. Sabar menanti...

Wednesday, April 18, 2007

Lawatan ke Sekolah-sekolah di Brisbane



Remember the trip to Brisbane that I was excited about? Well, it is over. I was there and back here in Singapore. Everything is just a memory. Another experience of a lifetime that got its place in my brain cell. Do I have dreams at night about it? No. Not that it has no impact on me but I do not feel the impact like when I was holidaying in Fraser Hill or Pulau Redang. Basically, i guess, the reason could be I am not with my husband and children to share the experience. Furthermore, I was going there with work in mind. But we do have our share of fun and laughter. Read on.

Let me start with the weather in Brisbane. It was just like Singapore. It was hot, end of autumn, but the wind is cool. Up until day 4 , I was still asking myself, am I really in Brisbane. We stayed in a service apartment in the CBD area. Therefore, I thought I am right in the middle of Shenton Way! I remember one night while standing alone on the balcony, I still could not get this idea of me still being in Singapore. It was the same atmosphere that I would have felt back in Singapore. Maybe I was expecting too much. Fortunately, as the days rolled by, I managed to get that feeling out of my system. It was great going to all the schools there. Honestly, there is a distinct diffference between their education system to our education system. But the difference stops there. School is school, teachers are teachers and students are students. That remain unchanged.

I have always heard and assumed that teachers over there are leading a much relax life than we here. But I was wrong. They also work hard. They also work long hours. Probably it is less stressful because of their culture and lifestyle. I learnt a lot though and it is just too much to talk in this single entry. But one thing for sure, my perception has changed.Going for this DDM course is already a changing experience.

There are a few things which I would like to highlight about the trip. First is the group im with. There are 8 of us plus Contance from the agency. 3 male, Chinese, Malay and Indian, 5 female, 4 chinese and myself. We are such a dynamic group. All the different races and yet we work so well together. I stayed with the other 3 Chinese girls. We had so much fun. Every night after doing our report, we would sit and talk and laugh and talk and laugh. No one is intereted to watch the televsion. I don't know what my group think of me but they were surprise when my true self come out. Baru dia orang tahu! Dia orang ingat MT teacher ni tak ada substance ke? I kenakan dia orang cukup-cukup sampai last-last panggil I Guru. Bukan guru sekolah tetapi guru as in the Wise One. Biasalah, inilah masanya I practice my psycological ability. Dulu bercita-cita nak hadi pakar sakit jiwa (alamak tak sedapnya), I mean psycologist.

Manusia ni pelik. There is this Chai Noi, blur queen. Dengar cerita dia boleh pecah perut. Betul-betul punya classic. Ada ke pergi Macau dan balik pada hari yang sama! Dia silap book ticket balik! Kalau nak cerita di sini sampai tiga hari pun tak habis. Terlintas dalam hati, macam mana si blur queen ni boleh jadi HOD? Tapi bila dia start kerja, kalah semua orang. Baru aku tahu kenapa dia jadi HOD. Betul punya komited dan tak mengira. Bolehlah..dia tu masih anak dara. Kita ni semua mak dara. Mana sama.

Hari-hari ada saja perkara yang melucukan terjadi. Bila balik apartment, kita akan cerita semula, reflectionlah konon. Tapi dia orang sporting. Tak ambil hati. Teringat nak bukukan cerita-cerita lucu kami. Tengoklah.

Another one is Judy. Hai si ibu beranak dua ni, tiap-tiap pagi dan malam asyik tenyeh muka saja. Dia ni kecil orangnya. Badan macam anak dara sunti. Tapi suara, macam adan amplifier. Tegas pun tegas juga orangnya. Tapi semua tak tahu. Tapi macam tahu. Dia ni lulusan sarjana. Dia kata dia tak belajar sewaktu di Universiti dulu tapi macam mana boleh lulus? Kalau tak belajar boleh lulus, kalau belajar apa nak jadi tak tahulah. Dia orang ni semua memang orang berada. Tahu semua sudah siap. I ni yang dah biasa sajikan sarapan pagi, basuh pinggan mangkuk dan basuh baju masih begitu di sana. I yang siapkan makan pagi mereka. Tak complain. Sebenarnya seronok dan nak savelah konon. Kalaulah boleh masak makan tengahari dan malam pun I sanggup. Tapi nasib baik tidak. Terfikir penat juga nanti. Dahlah I kena sertu almost all the utensil!

Cakap pasal makan, memanglah susah. Ada restaurant kata halal tapi tak. Nasib baik ada Nandos. Hari-hari makan ayam, fish and chips dan kebab ke kebab. Sampai hari ke 5 dah tak boleh tahan. I started craving for mi soto. Tengok dia orang makan noodle, meleleh air liur. Mata menjeling tapi apa nak buat. Sabar saja. As soon as i came back to Singapore, straight away I go to Afghanistan (restaurant,bukan negeri..) makan apa lagi, mi sotolah! Macam mana nak tinggal Australia ni? Hai, Ibu Mertuaku yang di Melbourne, rasa-rasa tak jadilah ke sana..

(bersambung...cerita sedih...nantikan)

Tuesday, March 13, 2007

WAHAI SAHABAT

Sahabat. Apa makna sahabat?

Kamus Pelajar :

- orang yg dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dgnnya; kawan;
- karib, kawan yg rapat sekali.
- bersahabat berkenalan serta berbaik-baik; berkawan

Seperti apa yang tertera di kamus pelajar, sahabat adalah orang yang bukan saudara kita yang kita kenal dengan rapat dan yang penting ialah kita suka dan senang kepadanya.(kalau tidak sukakan dah tak kawan lagi. Ada yang jadi lawan pula.)

Adakah perbezaan di antara perkataan kawan, teman, sahabat dan kenalan? Kawan, teman dan sahabat adalah perkataan seerti iaitu sama makna. Kenalan hanyalah seseorang yang kita kenal atau tahu. Kita kenal Michael Jackson tetapi tidak semestinya Michael Jackson mengenali dan menjadi kawan kita.

Pada pendapat aku kawan, teman dan sahabat ini ada bezanya. Berdasarkan pengalaman aku yang sudah hidup 38 tahun ini, aku ingin berkongsi tentang makna perkataan-perkataan ini mengikut kacamata aku :

Kawan
Aku ada ramai kawan iaitu kenalan yang juga mengetahui diriku. Kawan sekolah, kawan di tempat kerja, kawan sewaktu modelling dulu, kawan di Sriwana dsbnya. Fikir-fikir ramai juga kawan aku. Tak pernah pulak nak kira. Tetapi berapa ramai di antara kawan-kawan ini yang masih berkomunikasi denganku? Tentu segelintir sahaja. Mereka yang dulu aku panggil kawan kini banyak yang hanya tinggal sebagai kenalan.

Adakah makna kawan berhenti di situ sahaja? Adakah sebagai sahabat kita harus sentiasa disenangi, disukai atau menyenangi dan menyukai? Adik-beradik pun selalu bergaduh, inikan pula sahabat. Bagaimana kalau kita tidak senang dengan perangai kawan kita tu?

Teman. Padaku darjah teman ini lebih daripada seorang kawan. Teman lebih adalah orang yang dekat dengan kita di mana kita banyak melakukan aktiviti sama-sama seperti teman seperjuangan, teman berjalan, teman berborak, teman berdebat, teman bershopping, dsbgnya. Tentunya aku senang dan menyukai teman-temanku kerana susah kalau tak suka. Macam mana nak buat kerja sama-sama. Tetapi kekadang, ada juga teman kita yang kita tak suka, seperti cara di berbual, cara dia berfikir dsbgnya. Kalau kita tak suka dengan mereka, kita selalu memberi helah untuk tidak berjumpa dengan mereka. Tetapi ia tidaklah berlanjutan. Biasanya kita akan memaafkan teman-teman kita dan melupakan saja.

Sahabat. Padaku darjah sabahat ini melebihi seorang kawan dan teman. Sahabat adalah orang yang bukan saudara kita sendiri, yang tahu buruk dan baik kita, tetapi masih menerima kita seadanya. Sahabat tidak pernah mengira, sentiasa ingin melihat kita berjaya, memaafkan kita dan berusaha agar kita sedar dari kesilapan kita dan tidak mudah sensitif. Ada orang kata sahabat dunia akhirat. Ini yang dikatakan platonic friendship agaknya. Wow, adake sahabat begini di dalam dunia ini?

Pengalamanku mengenai sahabat ini melalui banyak fasa. Seingat akulah, aku memang tidak ada sahabat. Namun ada juga kawan-kawanku dahulu yang mengaku sebagai sahabat aku tetapi menikam aku dari belakang. Mungkin kerana inilah, aku tidak percaya dengan sahabat. Sewaktu di Sriwana dulu pun aku tidak ada sahabat. Malangnya ketika aku faham erti persahabatan, aku telah kehilangan seorang yang bernama sahabat. Mungkin aku tidak pandai menghargai seorang sahabat. Aku tak tahulah. Kadang-kadang orang yang aku kenal dan mempunyai hubungan yang baik, tiba-tiba sahaja menjauhkan diri daripadaku. Aku macam kena sumpah tidak boleh dekat dengan orang. Sedih juga bila fikirkan. Terfikir-fikir apa yang aku dah buat atau cakap. Tak tahu di mana kesilapan. Yang sedihnya, orang-orang ini tidak memberitahu aku apa-apa. Pengecut. Kenapa aku harus hairan? Kalau mereka benar-benar kawan, takkanlah dengan mudah membuang sahabat? Sekarang aku jadi takut bila rapat dengan seseorang. Bukan takut apa, takut kalau terlalu dekat nanti jadi jauh. Ada orang yang apabila mendapati sahabat mereka melakukan kesalahan mereka terus jadi marah dan kecewa dan bersumpah tidak mahu dekat lagi. Kenapa manusia begini? Di mana sifat maaf-memaafkan? Atau mereka sebenarnya sudah lama mencari helah untuk menjauhkan diri tetapi tidak dapat melakukannya dan apabila timbul peluang, dengan cepat menggunakannya to justify thier action.

Namun pandanganku mula berubah setelah kehilangan seorang insan yang cuba menjadi sahabat karibku. Setelah kehilangannya baru aku sedar tentang keikhlasannya bersahabat denganku. Sudah terlewat. Kalau orang dah merajuk, susah. Namun sehingga kini aku masih mengharapkan persahabatan itu disambung semula kerana aku percaya aku mampu menjadi seorang sahabat karib kepadanya. Malangnya, dia semakin jauh.

Sekarang aku tidak mahu menafsirkan kenalanku sebagai kawan, teman atau sahabat. Aku ingin ikhlas berkawan. Kalau ada yang sudi menjadi sahabat karibku, kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan. Tepuk sebelah tangan tidak berbunyi. It takes two to tango. Aku serahkan arah tuju perhubungan itu kepada Yang Maha Esa.

Namun aku bersyukur kerana aku kini sedar, dalam aku mencari seorang sahabat,sahabat karib yang aku impikan ternyata orang yang menikahiku sekarang. Dialah sahabat karib dunia akhirat. Dialah yang tahu kekuatanku dan menyokongku. Dialah yang tahu kelemahanku tetapi menerimaku seadanya. Dialah yang berkongsi suka duka hidupku. Dialah yang tidak akan menikamku dari belakang. Dialah yang tidak akan menghinaku walau aku dihina manusia semesta alam. Dialah orang yang kupandang sebelum aku menutupkan mataku tatkala tidur malam dan dialah orang yang kupandang tatkala aku membuka mata mengharungi hari mendatang. Aku redha dengan anugerahMu. Kenalan, kawan, teman dan sahabat...SUAMI

Monday, February 26, 2007

Adab dan Sopan (Manners)

Biar buruk rupa jangan buruk perangai. Sebagai seorang guru, aku dapat melihat pelbagai kerenah dan perangai manusia yang dimanifestasikan oleh murid-muridku. Sebenarnya, kanak-kanak lebih jujur dari orang dewasa. Mereka masih belum pandai berpura-pura. Kalau ada yang pandai pun, belum pro lagi. Sebab itu, tergelak bila aku ingat-ingatkan murid-murid yang cuba menipu. Ada tu, mati-matian nak menegakkan benang yang basah walaupun dah ditangkap basah. (jgn fikir lain ya!) Mereka ada berbagai cara untuk melepaskan diri. Masa inilah tugas guru bertukar menjadi lawyer. Keluarlah semua tips dan strategi yang aku belajar dari siri Paper Chase dan Judging Amy.

Generasi hari ini amat membimbangkan. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, di mana silapnya. Kepentingan diri sendiri seakan-akan menjadi teraju kehidupan individu kini sehingga adab dan kesopanan ditolak tepi. Aku masih teringat ketika aku mengandung dahulu. Budak-budak sekolah menengah ini tak langsung berikan tempat duduk mereka kepada aku. Sehingga kini masih begitu. Orang buta pun mereka tak layan. Yang aku hairankan ialah macam mana mereka-mereka ini boleh 'put on a straight face' when everyone else are looking at them. Bila aku utarakan hal ini kepada murid-murid aku, mereka kata mereka malu. Apa mereka tak malu ke bila orang memandang senget kepada mereka kerana tidak mahu menolong orang? Malu membuat kebaikan tetapi tak malu terkinja-kinja, terjerit-jerit dan ketawa terbahak-bahak di perhentian bas, kolong blok dan kaki lima? Tak kurang pula mereka yang sekarang tidak segan-silu bercumbu dan bermesra di khalayak ramai. Mengapa malu membuat kebaikan? Kata mereka, orang semua tengokkan mereka. Kalau buat tak baik orang berpaling muka ke? Ya mungkin kerana meluat?

Nampaknya anak-anak kita ada yang malu untuk beradab dan bersopan. Ini dapat aku lihat pada anak-anakku yang masih kecil. Kadang-kadang, kalau suruh salam, mereka tak mahu kerana malu kata mereka. Sampaikan kalau ada teman-teman suamiku yang hendak memberi mereka buah tangan pun malu hendak ambil. Anak perempuanku pula, malu hendak lari kejar bas. Dia rasa kalau dia lari semua orang tengok dia. Kalau ada keramaian, malu hendak mengambil bahagaian dalam acara-acara yang disediakan. Hai, anak, malu harus bertempat. Tetapi tak apalah, biar malu jangan tak tahu malu.

Tuesday, February 13, 2007

Kita Merancang, Tuhan Yang Menentukan

Finally, at last, we have make the final decision. Actually, the decision has been made but due to some cost problem, we decide to go somewhere else. So we all decide to go to Brisbane. Actually, up till now I still do not know where God has planned for me to go. I just hope that God choose the safest place for me to go.

I guess I can say I am soo lucky. Dahlah we are the first group to receive this sponsorship from MOE but what I just find out is that, the next DDM group will have to do some work when they go for the oversea trip. We asked our lecturer what about us. He said MOE decided to sponsor us because they had so much money so they sponsor us but they do not have any structured plan for us. See, very lucky right. I dah agak, MOE mesti ada something up their sleeves. So we are very lucky indeed. Alhamdullillah.

Thursday, February 8, 2007

This is life!!

This is life! Selama ini aku bagaikan sudah lupa macam mane hendak enjoy life. Maklumlah, waktu tu anak empat, masih kecil dan tugas sebagai guru ini tidak memberiku ruang untuk bersantai. Kalau dulu ada maid tu lainlah. Itu pun aku tak tahu nak enjoy life. Asyik kerja saja. All my life i put into my family and work. Bila dah pergi DDM course ni, punyalah rileks. Ya, adalah assignment, buku nak baca, etc tetapi life is not as stressful. This week kita ada e-learning. Meaning, we are not required to go to campus but just use the internet to view course material and discussion using the online portal. Yesterday, my friend, Jameela invite I and Juraida, datang ke condominiumnya to do e-learning together. It was heaven. When we arrived, we change into our swimming gear. We went for sauna. (first timelah. See what I miss in life!)Then we went into the jacuzzi pool. There was no one there. We had the pool to ourselves. After that we went for a swim. Buat 2 laps aje dah termengah-mengah. Tak ada stamina lansung. But it was a good swim though. Habis tu, naik atas and we had our lunch. All the maid dah siapkan. It was a simple lunch but the simplicity makes everything feels so cool and right. I felt like having a vacation. (maklumlah tak ada budak-budak yang kacau). When we finally sit down to do our e-learning, everyone was so relax until nak buat kerja pun macam malas. But we manage to do something about our assignment and journals. Before we went back, we were served with piping hot popiah and homemade sauce. Jameela buatkan kita teh tarik. Yummy. I went home in the afternoon feeling totally refresh. This has been a nice week for me. The good thing is that, my friends would like to make this into a weekly affair! Great!

I also manage to do some departmental work which need my attention. Kasihan Cikgu Munirah covering my duties in school. Although we are encouraged to forget about school work, it cannot be done 100%. Tak apalah Cikgu Munirah, pasti akan dapat ganjaran yang setimpal. Insyaallah.

On Friday will be going to the Esplanade for one of my Industrial visit. Going with my group to see what others might not have the opportunity to see. Will share in my next post.

Monday, February 5, 2007

Sayang Nenekku Sayang

Pengalaman seorang teman rapatku yang diceritakan lewat blognya telah memberi aku inspirasi untuk menulis cerpenku yang kedua. Ilham ini usah dicari. Ia akan datang sendiri apabila tiba masanya. Ikutilah cerpen keduaku yang bertajuk Sayang Nenekku Sayang.

(Suhana this is especially for you and a tribute to your grandmother whom I believe was a wonderful person, as beautiful as you.)