Monday, April 30, 2007

Brisbane Trip - Part 2

Have u ever been in a situation where u should be happy but things happen and u just could not be happy. I had a few of such incidents in my life. As I am still in this topic about my trip to Brisbane, I shall write first about it. Dah nak basi cerita di Brisbane ni. Terlalu bizi. Anyway, I have never been away, oversea that is, from my family. Kalau budak-budak tu memang adalah. Mereka tinggal 1 week di rumah makcik mereka di Pasir Ris. Tapi with my husband tidak pernah. So.. terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini. On the 5th day Im there (thursday), my husband told me that my girl, Sara is having high fever and it didn't subside. So just imagine how I felt. My husband dah lah tak karuan(anak perempuan sorang, kesayangannya lagi). Macam-macam cara dia cuba. Sedih hatinya tengok Sara terbaring lemah. Before this, Sara asyik sms aku cakap dia rindu. I tak berapa indah kerana ingatkan mereka adik beradik suka-suka sms. Ramai yang bagi idea untuk turunkan fever Sara. On Friday, my husband told me that he went to the doctor and the doctor told him that it doesn't look good, Sara's condition that is. When I heard the news, tak tahu camne nak terangkan. I rasa bersalah berada di Brisbane. Nak happy-happy pun rasa bersalah. Doctor said she need to take my daughter's blood to test and result will be out on Saturday. If not good have to send to hospital. Sara, lembik, tak nak makan and fever masih high. My husband pun sadlah mentelah lagi dia harus handle all this alone. The worse part is Sara said she feel like going to die, dilusion due to high fever I guess. Alamak, you all imaginelah. Pulak tu on Saturday, we all dah plan to go to Gold Coast. Dah habis kerja dan plan for recreationlah konon. I pegi juga sebab all paid for and do not want to spoil the rest. I dah standby, if my husband kata my daughter have to be hospitalized, I will try to get the ticket back home hari itu juga. Anyway, kita ada lagi satu hari untuk balik. No diff. I try not to think too much about her but I iringi doa dan doa. Kekadang, tertanya-tanya juga kenapa perkara ini berlaku. Not fair. I tak pernah ada kesempatan begini and when I get things like this happen. But I quickly istigfar sebab ini semua ketentuan Allah.

Alhamdullillah, berkat pertolongan teman berbangsa Cina my husband yang mengesyorkan rawatan sengseh, my gir's fever subside. Dia pun dan nak makan and the report of her blood test also okay. Hai, lega benar hati aku waktu itu. Hilang semua awan mendung yang cuba ku bendung. Dapatlah aku beri senyuman dan ketawa yang ikhlas kerana sebelum ini rasanya aku hanya bersandiwara. Tawaku hambar sahaja. Senyumanku tersekat. Syukur kepada Allah. Waktu pulang, aku disambut oleh famili tersayang dan juga anak perempuanku yang kelihatan benar-benar susut. Almaklumlah tidak makan beberapa hari. Rupa-rupanya demam anakku itu ialah demam kerinduan. Sungguh tidakku sangka kerana aku ingatkan yang kecil sekali tu yang akan rindu tetapi Sara pulak. Waktu aku nak pergi dulu, dia seperti tak kisah.

Pengajaran : Kalau kita tidak menunjukkan kasih sayang kita kepada orang yang kita sayang, mereka tidak akan tahu. On our part, kalau seseorang itu tidak memberitahu kita dia sayang kita, itu tidak bermakna dia tidak menyayangi kita. Kalau aku tidak pergi ke Brisbane, tentu aku tidak dapat mengenali anak aku sendiri. Dia memang tidak suka menunjukkan kasih sayang kerana sifatnya yang agak garang dan mentelah lagi dia tu jarang manja-manja kerana ada dua orang adik. Kasihan aku fikirkan akan pengorbanannya sebagai seorang kakak. Aku betul-betul insaf dan sekarang cuba untuk menunjukkan kasih-sayang yang sama rata. Suamiku pula sama halnya. Perpisahan mengukuhkan lagi kasih sayang kami. Aku sedar kini bahawa kehidupanku ini sering kali harus mengharungi pahit getir kehidupan sebelum mengecapi kemanisannya. Aku terima semua ini dengan reda.

Dah lah tak mahu cerita lagi mengenai Brisbane. Ada banyak lagi perkara yg nak aku tulis. Sabar menanti...

No comments: