Monday, February 26, 2007

Adab dan Sopan (Manners)

Biar buruk rupa jangan buruk perangai. Sebagai seorang guru, aku dapat melihat pelbagai kerenah dan perangai manusia yang dimanifestasikan oleh murid-muridku. Sebenarnya, kanak-kanak lebih jujur dari orang dewasa. Mereka masih belum pandai berpura-pura. Kalau ada yang pandai pun, belum pro lagi. Sebab itu, tergelak bila aku ingat-ingatkan murid-murid yang cuba menipu. Ada tu, mati-matian nak menegakkan benang yang basah walaupun dah ditangkap basah. (jgn fikir lain ya!) Mereka ada berbagai cara untuk melepaskan diri. Masa inilah tugas guru bertukar menjadi lawyer. Keluarlah semua tips dan strategi yang aku belajar dari siri Paper Chase dan Judging Amy.

Generasi hari ini amat membimbangkan. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, di mana silapnya. Kepentingan diri sendiri seakan-akan menjadi teraju kehidupan individu kini sehingga adab dan kesopanan ditolak tepi. Aku masih teringat ketika aku mengandung dahulu. Budak-budak sekolah menengah ini tak langsung berikan tempat duduk mereka kepada aku. Sehingga kini masih begitu. Orang buta pun mereka tak layan. Yang aku hairankan ialah macam mana mereka-mereka ini boleh 'put on a straight face' when everyone else are looking at them. Bila aku utarakan hal ini kepada murid-murid aku, mereka kata mereka malu. Apa mereka tak malu ke bila orang memandang senget kepada mereka kerana tidak mahu menolong orang? Malu membuat kebaikan tetapi tak malu terkinja-kinja, terjerit-jerit dan ketawa terbahak-bahak di perhentian bas, kolong blok dan kaki lima? Tak kurang pula mereka yang sekarang tidak segan-silu bercumbu dan bermesra di khalayak ramai. Mengapa malu membuat kebaikan? Kata mereka, orang semua tengokkan mereka. Kalau buat tak baik orang berpaling muka ke? Ya mungkin kerana meluat?

Nampaknya anak-anak kita ada yang malu untuk beradab dan bersopan. Ini dapat aku lihat pada anak-anakku yang masih kecil. Kadang-kadang, kalau suruh salam, mereka tak mahu kerana malu kata mereka. Sampaikan kalau ada teman-teman suamiku yang hendak memberi mereka buah tangan pun malu hendak ambil. Anak perempuanku pula, malu hendak lari kejar bas. Dia rasa kalau dia lari semua orang tengok dia. Kalau ada keramaian, malu hendak mengambil bahagaian dalam acara-acara yang disediakan. Hai, anak, malu harus bertempat. Tetapi tak apalah, biar malu jangan tak tahu malu.

No comments: