Sunday, August 3, 2008

Roller Coaster in August 2008

Hai.. kalau bukan kerana hari ini aku harus membawa murid-murid untuk menyertai National Observance Ceremony di Jurong West stadium, aku pasti tidak mahu masuk Singapura. Maklumlah hari Minggu. Namun aku sekeluarga terpaksa bangun pagi-pagi sama macam nak pergi ke sekolah.

Sampai sahaja, aku pun join guru-guru lain untuk mendandan penari-penari cilikku. Pukul 8 pagi kami mula bergerak ke stadium. Cuaca memang baik hari ini tetapi panasnya tuhan sahaja yang tahu. Setelah habis persembahan, aku membawa keluargaku ke Geylang Serai. Pergi gerai jiran kami di Johore(teman seperjuangan dari Singapore) Aku memang suka pergi ke flea market ni. Baju murah-murah. Lebih murah dari Johore. Setelah menempatkan anak-anak di gerai our friend, aku pun mula berjalan menyusuri gerai-gerai yang menjual beraneka benda. Aku beli tiga helai blaus yang berharga $5 dan $8. Murahkan? Cuaca jangan cakap lagilah. Semakin terik menjelang tengah hari.

Sempat makan bersama keluarga di situ. Aku memang dah lama nak makan laksa. Laksa di Johore menggunakan mi kuning. Tak sedaplah. Aku pun order Laksa kerang. Aku order air cerry F&N. Entah macam mana? Perutku meragam lepas itu. Tak tahulah apa puncanya. Mungkin penangan kerang kot? Atau mungkin penangan kerang bersama air bergas F&N. Entahlah. Yang pasti aku bergegas cari tandas. Temanku, Lubna membawaku ke tandas di Yokoso. Level 1, penuh manusia, Level 2, banyak tandas yang tersumbat.(macam inspektor tandas pulak) Perut semakin meragam. Aku dapat juga bertahan. Sampai di tingkat 3, si pencuci tandas pula yang tidak benarkan masuk kerana dia hendak cuci tandas. Disendalnya pintu dengan kereta sorongnya. Aku minta dia benarkan kami menggunakan tandas itu kerana emergency, dia tak layan. Dia suruh kami pergi ke level 1. Aku dah tak boleh tahan lagi dah. Perut dah memulas, dan rasa macam nak terkeluar aje. Aku pun memujuk pencuci tandas. Dia berbangsa Cina dari negeri China. Walaupun cakap macam ayam dan itik, dia faham juga cakap aku. Inilah fitrah manusia. Muka dia masam macam cuka tetapi dia benarkan. Aku pun apa lagi, macam lipas kudung. Hai, leganya. Aku bukan nak bicara kotor tetapi inilah realiti. Aku pun mengucapkan terima kasih kepada si brother Cina tu. Hai.. dia tersenyum, Lain benar daripada yang mula-mula. Ebtah-entah dia tersenyum melihat gelagatku.

Kadang-kadang, kita ni terlalu rigid apabila membuat pekerjaan kita sehingga kita jadi tidak berhati perut. Namun manusia ni kalah kalau kita desak.

Sekembalinya dari tandas, aku mendapat berita dari adikku bahawa suami ibu saudaraku, Ngah Soed telah meninggal dunia. Terperanjat sebentar aku. Nasib baik dah buang air besar. kalau tidak terburai semuanya di situ. Aku bergegas ke rumahnya di Boon Lay. Arwahnya meninggal kerana serangan jantung. Ibuku dengan ibu saudaraku ini memang rapat. Aku pun rapatlah juga nak dibandingkan dengan aunty dan uncle yang lain. Ketika aku datang, ramai orang sedang berkumpul menunggu jenazah beliau dari hospital. Hari itu pula merupakan majlis perkahwinan anak saudara arwah.Terencat sedikit majlis kahwin. Ibu saudaraku pula yang masak untuk majlis itu. Nasib baik arwahnya meninggal hari Minggu ketika semua telah dimasak.

Semua yang datang melawat berpakaian cantik, maklum sajalah balik dari jemputan. Tidak rasa seolah-olah menziarah kematian. Suasana tidaklah begitu sugul kerana ibu saudaraku tabah juga orangnya. Nangis-nangis jugalah bila sanak-saudara datang memeluk dan menangisi pemergian arwah. Kematiannya agak mengejut. Sehari sebelum kematiannya, dia sempat berjumpa dengan semua ahli keluarganya termasuk yang datang dari Serawak. Matinya pun tidak menyusahkan ahli keluarga.

Semasa aku duduk-duduk menemani ibu saudaraku sewaktu jenazah dihantar untuk dikebumikan, aku terdengar tentang arwah sebelum dia meninggal oleh cerita kakaknya. Dalam tangisan dia menceritakan semula detik-detik akhir sebelum arwah meninggal. Arwah mengadu sakit dada. Arwah begitu manja dengan kakaknya. Sempat dia berpesan ini dan itu. Dia juga memberitahu kakakku jikalau selesai majlis perkahwinan itu nanti, dia hendak ajak kakaknya datang ke rumah aku di Johore. Sayang, hajatnya tidak sampai. Memang arwah belum sampai ke rumahku di Johore lagi. Berkali-kali dia berjanji tetapi masa tidak mengizinkan. Perangainya agak manja sekali. Nampak sangat perubahan dirinya kata kakaknya.

Yang paling menyedihkan aku ialah apabila terkenangkan anak lelakinya yang masih di dalam penjara. Dia tidak dapat keluar untuk mengadap bapanya. Arwahnya sangat sayangkan sepupuku itu. Semoga dia insaflah. Terfikir pula dibenakku, apakah perasaan dia di sana? Remuk redam hatinya, agaknya. Ini semua takdir Allah. Aku kasihankan ibu saudaraku juga. Mereka berdua sangat rapat. Kemana sahaja berdua. Karaoke berdua, kerja berdua. Jarang sekali aku lihat mereka berenggang. Dia mungkin akan merasa kesepian. Tetapi dia kata dia puas memeluk, mencium dan berbisik di telinga arwah sebelum dia meninggal. Dia tidak terkilan apa-apalah. Innalillah hiwainnailla hi rajiun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin

Aku sekeluarga tidak dapat mengikuti tahlil kerana kami harus pulang segera takut jam. Ternyata tidak. Aku terus pergi ke Best Mart untuk membeli ikan bagi kucingku Wish. Aku terkejut besar lagi! Dari jauh aku terpandang seorang. Aku berbisik di dalam hati orang Cina ni macam Abang Jo. Tatkala itu aku terpandang perempuan disebelahnya. Kak Illa!! Ya betullah itu Abang Jo. Aku menepuk bahu kak Illa. Mereka ialah Marsilah Marfudhz anak Pon Bachik dan Abang Jo juga merupakan pelakon yang agak terkenal di Singapura suatu masa dahulu dan mungkin sekarang. Rupanya, mereka baru 2 bulan tinggal di Bukit Indah di rumah Pon Bachik. Pon Bachik dah 4 tahun tinggal di Bukit Indah. Aku tidak tahu menahu. Aku sungguh gembira melihat mereka. Yalah, ketika aku di Sriwana dahulu, aku pernah bernyanyi bersama Kak Illa, berkhemah di Pulau Hantu, berlakon bersamanya dan juga kami bersekolah di sekolah yang sama sewaktu di pra-U dulu. Aku teringat berlakon drama hari raya arahannya. Dulu semasa musikal Jefri dan Maria yang dibintangi oleh dia dan Azahar Norlesta, aku pernah memegang watak doublenya kerana muka kami bolehlah tahan mirip. Anaknya yang pertama dipanggil Azi. Itulah nama mereka panggil aku sewaktu di Sriwana dulu. Mereka memang tak boleh lupakan aku kot. Azi tu pun sebaya dengan anakku Hakim. Kami bertukar nombor tel dan alamat. Tak sabar aku hendak berjumpa dengan Cik Pon dan Encik Mahfudz. Dah lama tak jumpa. Jumpa dulu pun sewaktu ada liputan mengenai keluarga Cik Pon di televisyen. Dengar-dengar, Mahyunis pun ada bersama mereka.

Tidak disangka, bulan Ogos membawa banyak cerita. Satu hari sahaja banyak perkara yang berlaku. Suka dan duka kehidupan. Di satu masa aku berduka dan di hari yang sama, duka hilang digantikan dengan suka. Yalah, bukan kita yang mengalaminya. Kita hanya mampu turut bersedih sewaktu di situ. Apabila balik, semuanya dengan hal kehidupan masing-masing. Yang pergi tetap pergi dan yang hidup tetap hidup.

Hari raya nanti, meriahlah sedikit berhari raya di sini. Ramai rumah yang boleh aku ziarahi. Aku ingatkan kami tidak berhari raya di sini tetapi sebaliknya pulak.

Ikutilah catatan persiapan menjelang puasa.......

No comments: