Saturday, August 25, 2007

A Tribute to Someone Special



Catatanku hari ini khas untuk temanku yang bernama Suhana. Hari ini aku mengadakan mesyuarat bersama ibu-ibu sukarelawan yang mengendalikan Taman Bacaanku. Mesyuarat hari ini adalah penting kerana Suhana hendak secara rasmi meletakkan jawatannya sebagai person-in-charge Taman Bacaan. Setelah lebih kurang 4 tahun menerajui Taman Bacaan bersama aku dan guru-guruku, melalui pelbagai situasi suka dan duka, memberikan komitmen yang tidak ada tolak banding, memberi semangat dan menghidupkan Taman Bacaanku, beliau kini ingin mengundur diri kerana tuntutan peribadi.

Sewaktu beliau mengutarakan niat beliau kepadaku lewat perbualan kami di telefon, entah mengapa aku tidak rasa apa-apa. Pelik juga ya. Kalau tahun lepas, sebelum beliau cuti sakit, aku tidak boleh terfikirkan keadaan Taman Bacaan tanpa beliau. Bukan aku tidak menghargai jasanya dan tidak peduli akan pemergiaannya. Aku harap beliau tidak salah anggap. Aku sebenarnya telah mempersiapkan diriku secara mental apabila tiba ketika beliau harus mengundur diri. Aku hormati keputusannya kerana aku percaya beliau juga berat untuk membuat keputusan begitu. Namun aku percaya beliau bersikap realsitik.

Ketika mengumumkan keputusan beliau, suasana agak sugul dan ada yang berderaian airmata. Ternyata ada yang tidak dapat menerima keputusan beliau. Yang pasti, kami akan kehilangan seorang pemimpin yang berkaliber, bersemangat dan penuh dedikasi. Kami tentu sekali akan kehilangan dinamik yang beliau tempiaskan kepada semua ahli termasuk guru-guruku. Banyak yang aku pelajari daripada beliau. Walaupun aku guru dan beliau hanya ibu sukarelawan, jurang itu tidak menghalang untukku bersikap terbuka kerana, aku percaya semua orang ada sesuatu yang boleh kita pelajari.
Aku tahu jauh di dalam hati beliau masih dekat pada Taman Bacaan. Taman Bacaan memberi beliau dan rakan-rakannya satu kepuasaan di mana kerja yang pendapatan tinggi mungkin tidak mampu berikan. Taman Bacaan telah mampu bring the best in each them dengan pimpinan beliau. Tidak keterlaluan jikalau aku mengatakan di sini bahawa beliau mungkin boleh menjadi seorang guru yang amat berkaliber. Pengaruh beliau amat ketara.

Di sini ingin aku mengucapkan setinggi terima kasih di atas jasa-jasa beliau kepada Taman Bacaan. Dunia luar mungkin tidak tahu akan pengorbanan beliau tetapi itu bukan visi beliau dan rakan-rakannya selama ini. Kalau orang lain dah cabut lari kerana dugaan dan salah anggap serta tohmahan yang dilemparkan oleh orang sekeliling yang buta dan irihati melihat semangat dan kerjasama jitu yang amat ketara dalam kumpulan itu.

Persoalannya ialah adakah Taman Bacaan akan tetap kukuh dan sukses tanpa kepimpinan beliau? Terus terang aku katakan dan telah kami berulang kali katakan sewaktu mesyuarat, things will not be the same. Tetapi, yang tidak sama itu tidak semestinya tidak baik atau lebih buruk. Mungkin kita akan mendapat pengganti Suhana(which i doubt). Namun aku berfikiran positif dan terbuka. Dengan niat yang ikhlas, tentu kita akan dapat menyelesaikan apa pun masalah. Jika rakan-rakannya ingin turut jejak beliau, aku memang tidak ada kuasa untuk menahan dan aku tidak mahu menahan. Itu tidak bermakna aku tidak sabar untuk mereka semua mengundur diri. Kami akan kerugian daripada mendapat sebarang untung. But life need to go on. Murid-murid yang lemah perlu ditolong. Setiap tahun, muka-muka baru akan menyinari bilik Taman Bacaan. Apa harus aku merajuk dan tutup Taman Bacaan? Insyaalah... Taman Bacaan akan tetap kami hidupkan.

1 comment:

Anonymous said...

You write very well.