Wednesday, August 1, 2007

Anugerah

Kalau Alif menang piala Anugerah tahun 2007, aku juga menang anugerah. Bukanlah anugerah bertanding menyanyi tetapi Efficiency Medal daripada President. Ya, Anugerah Kecekapan. Tentu ramai yang terfikir, cekap buat apa? Cekap mengajar, cekap membuat kertas peperiksaan, cekap melaksanakan semua tugas-tugas selain mengajar atau cekap mengampu orang? Iss... Takdelah sampai nak mengampu-ngampu orang. Aku tak percaya semua tu. Aku percaya bahawa kejayaan yang tulen itu sepatutnya datang dari niat yang ikhlas. Aku sebenarnya tak tahu mengampu. Sebab tulah lambat kalau nak dapat promotion. Dapatlah juga tapi lambat. Mungkin masa dapat tu kerana memang dah sepatut dapat pun. Namun aku percaya rezeki itu di tangan Allah. Kadang-kadang ada orang yang kerja tak seberapa dapat promotion dan ada pula yang kerja mati-matian belum dapat-dapat lagi. Bukan kerana tak pandai mengampu atau main peranan tetapi oleh kerana Allah belum nak bagi rezeki maka, orang di atas dan mereka yang bertanggungjawab semua seakan-akan tidak digerakkan untuk memberi promotion itu. (get my drift?) Berbalik kepada Anugerah yang bakal aku terima, minggu lepas, pengetua memanggilku menemuinya menerusi pembesar suara untuk bertemunya di biliknya. Terfikir juga di benakku apa halnya. Namun aku tak takut apa-apa kerana aku tidak buat perkara yang salah. Apabila aku duduk di depannya, dia memberitahuku bahawa dia telah menghantar namaku untuk mendapatkan anugerah itu dan ia telah lulus dan terima. Detailnya belum aku dapat. Alhamdulillah. Aku tanya pengetua apa yang ditulis tentangku dan dia hanya tersenyum. Sebenarnya, anugerah sebegini buat kita stress lagi ada. Yalah, rasanya kita ni banyak yang perlu diperbaiki dari segi mengendalikan program dsbgnya. Anugerah ini akan membuat orang lebih menilai kerja kita. Tetapi sebenarnya, aku menghargainya kerana kerja aku bukan sahaja di sekolah tetapi di peringkat National sebagai Supervisor Marker untuk PSLE marking, cluster work dan juga penglibatanku di dalam projek-projek yang dikendalikan oleh pihak MOE. Memang aku memberikan komitmen di dalam apapun kerja yang aku lakukan. Bak kata orang, genggam bara biar sampai jadi arang. Bukan kerana nama tetapi lebih kepada menguji kebolehan sendiri. Aku seronok rasa berpuashati apabila sesuatu kerja yang aku buat itu berjaya dan memanglah kalau dapat puji tu happy semacam. Yalah, satu kepastian tentang apa yang kita banggakan. Jangan pulak kita ni sebenarnya syok sendiri. Berapa ramai orang yang perasan sendiri. So...., dapat duit tak? Entahlah. Tak pernah dapat anugerah selama bekerja menjadi guru ni. Tak pernah impikan pun untuk mendapatkan apa-apa. Kalau dapat bagus juga. Buat duit raya nanti. he..hee. heee.

No comments: