Charlie's Angel - KazNazHas
Catatan hari ini khas kutujukan kepada teman-teman seperjuangan yang bersama-sama meniti perjuangan sewaktu mula-mula mengambil kursus diploma perguruan di NIE, Bukit Timah. Cikgu Nazariah(sebelah kiri) dan Cikgu Hasnah (sebelah kanan)mengapit aku yang berada ditengah-tengah. Sebenarnya hari itu adalah hari dimana kami dipertemukan ketiga-tiga setelah sekian lama tidak berjumpa. Adalah jumpa mereka di kursus-kursus yang lain tetapi selalunya tidak bertiga ataupun tidak berkesempatan untuk borak-borak. Kesempatan kali ini tidak boleh disia-siakan. Maka terlahirlah sekeping gambar penuh bersejarah. Melihat gambar itu sudah cukup untuk membangkitkan kenangan pahit manis suka dukaku. Namun sekuntum senyuman terukir dibibirku kerana kenangan bersama mereka datang menerpa.
Aku teringat pertama kali ke NIE. Aku tidak kenal sesiapapun dan orang pertama yang aku ajak berbicara adalah Nazariah. Ya, gadis manis yang sentiasa mengukirkan senyuman manis. Rasanya tidak pernah aku melihat Nazariah muram atau marah. Kalau marah pun lembut saja disertai dengan deraian tawanya yang juga lembut. Nazariah agak pendiam tetapi di dalam penampilannya yang serdahana dan low profile itu terpendam satu bakat yang besar dalam arena menulis sajak. Sajak beliau mengenai guru tersiar di akhbar dan baru-baru ini aku sekali lagi membaca sajak beliau yang dikhaskan kepada guru-guru di dalam akhbar. Syabas, Nazariah. Kami adalah pasangan teman sekuliah yang amat berbeza dari segi penampilan. Waktu itu aku belum bertudung, sudah berkahwin beranak satu tetapi masih cun dan seksilah konon. Maklumlah masa itu aku masih lagi mengganggotai kumpulan tarian Sriwana. Malahan penglibatanku ialah ditahap kemuncak sebelum aku menghundurkan diri. Nantilah berbual mengenai ini. Aku nak bercerita mengenai teman-temanku ini. Dulu masih dikira langsing tetapi tetap lebih gemuk daripada Nazariah. Sewaktu aku jumpa dia tempoh hari, aku tanya dia adake perubahan dari segi berat badan dulu hinggga sekarang. Dia kata dia naik 4 atau 5 kilo gitu. Hai.. sikit benar nak bandingkan aku yang naik berat badan sehingga 20 kilo lebih kurang.Eii ngeri betul bila cakap soal ini.
Tahun pertama aku sentiasa bersama Nazariah. Pergi kuliah bersama, makan bersama, buat projek bersama, bersholat bersama. Pendek kata kami ni boleh ngamlah.
Nah.. Bila masa pula Hasnah timbul? Tahun kedua, aku diperkenalkan oleh Nazariah kepada Hasnah. Aku tidak pernah bertanya bagaimana mereka bertemu. Atau Nazariah telah beritahu aku dan aku lupa sekarang? Entahlah. Mulai saat itu, Hasnah become part of our group. Charlie's Angel. Hasnah persis Nazariah. Mereka memang sepadan. Maksud aku, penampilan Hasnah persis Nazariah, pemalu, pendiam, low profile dan murah dengan senyuman. Dia juga sudah bertudung. Pendek kata, serba-serbi moleklah. Suara pun lemah lembut bila berbicara tak macam aku. Hai, macam manalah mereka boleh ngam dengan aku tak tahulah. Sebenarnya, aku bukanlah havoc sangat. Di sebalik penampilan aku yang agak sosial, aku sebenarnya tidak suka sangat berkawan dengan group yang havoc,bising dan begitu menonjol tetapi kekadang, ingin juga bersama mereka-mereka yang outspoken dan dynamic.
Kehadiran Hasnah telah memberi aku peluang untuk cuba bergaul dengan group yang lain. Tidaklah aku berasa bersalah jikalau membiarkan Nazariah keseorangan kerana Hasnah ada. Pulak waktu itu, peristiwa hitam dalam hidupku berlaku dan aku perlu menyendiri kekadang. So Hasnah, kehadiran anda sebagai rahmat. Persahabatan kami berakhir dengan berakhirnya kursus itu. Kami tidak meneruskan silaturahim kerana sibuk dengan hal peribadi masing-masing.
Kepada Nazariah dan Hasnah, sambunglah silaturrahim yang telah kita semai dahulu. Aku percaya anda berdua mampu menjadi teman yang baik. Aku sudah muak dengan kepura-puraan yang telah ditunjukkan oleh orang-orang disekelilingku. Aku percaya anda berdua memang ikhlas berkawan denganku. Tetapi ingat, setiap persahabatan itu memerlukan usaha sedikit. So rajin-rajin emel dan berkirim khabar. SELAMAT.
No comments:
Post a Comment