Secret Recipe & Amiran's Grill
Bukan, bukan nak kongsi recipe tetapi 31 Ogos, aku bersama geng-geng parent volunteer (pv) menyambut Hari Guru di restoran Secret Recipe. Aku belanja mereka makan. Sebenarnya, dah lama nak belanja mereka. Hari itu adalah hari yang amat bermakna. Selain daripada menyambut Hari Guru, aku juga ingat membelanja Cik Suhana yang akan meletakkan jawatan. Aku pergi dengan Suhana, Ros dan Sally. Jun tidak dapat join kita.
Hari itu sebenarnya hari makan-makan kerana waktu tengah hari, sekolah adakan makan-makan di Amiran's Grill di Pahang Street. Aku pergi dengan VP, Miss Tay ke Secret Recipe untuk ambil banana chocolate cake, 9kg. Berat macam batu nisan sehinggakan terpaksa minta pertolongan kaki tangan restoran untuk bawakan ke car park. Sementara Miss Tay bayar, $225!, dia beriku kunci kereta. Rasa kekok juga. Macam mana nak buka kereta ni. Maklumlah tak ada kereta. Tiba di kereta, aku bukalah kereta gunakan kunci kereta and you know what, the alarm sounded. Mengelabah aku dibuatnya. Aku hanya ketawa dan kata, "What to do?" berulang kali kepada kakitangan restoran itu. Dia tenang aje. Tak sanggup untuk lihat orang keliling, aku berikan kunci kepadanya. Dia tekan-tekan. Aku masuk kereta. Selamat. Tak tahu apa nak buat. Tak lama bunyi alarm pun mati. Miss Tay pun datang. Sampai sekarang, aku tak tahu apa yang aku dah buat. Ish, malunya. Anyway, kita pun bertolak ke Amiran's Grill, makan-makan dan balik. Kek itu adalah sempena Hari Guru dan juga menyambut Hari Lahir pengetua, Miss Tan yang jatuh pada 1 September. Semua orang tak boleh makan banyak. Entah mengapa, kek itu terasa tidak begitu enak. Mungkin kerana kekenyangan atau terlalu banyak. Separuh saja yang dimakan. Yang lain dibungkus. Nasib baik minta10 kotak pembungkus. Ingatkan nak ambil satu kotak tetapi malu pula. Tak apelah, biar, EAS dan pekerja ofis yang ambil. Aku kembali ke sekolah menaiki bas yang kami sewa.
Aku pun telefon Suhana dan kami berjanji akan bertemu pada jam 5:30. Ros telah book tempat. Hai nak dapatkan teksi susah sangat. In the end, mereka yang ambil aku naik teksi.
Aku memang dah tak larat nak makan. Rasa sebu perut kerana baru makan tengahari masih ketara. Namun aku order jugalah, grilled fish, tidak begitu berat. Kami berbual sampai pukul 10.00 malam. Oleh kerana queue teksi panjang amat, Suhana suruh hubby dia ambil kita kerana dia nak balik dari Ngee Ann Poly. Makan-makan juga. It was a nice day. I really enjoy their company. How I wish kita semua bersahabat baik. Mereka semua amat baik. Suka menolong seperti aku.. (siapa nak puji) Mereka juga tahan kena kutuk. Siapa lagi kalau tak Suhana yang mulut laser tu. Tetapi mereka okay bukan kerana mereka tahan kena buli tetapi mereka tahu isi hati perut Suhana. Kutukan dia tu kena pada tempat dan dibuat untuk membina kebolehan dan keyakinan mereka. Aku senang berkawan dengan orang yang boleh aku beri pendapat yang seikhlas-ikhlasnya tanpa mereka rasa fed-up. Tiada kepura-puraan pendek kata.
Suhana ni seperti kata Sally, pelik tapi benar. Dia sibuk dengan kamera digitalnya, kalahkan reporter Sensasi. Sampaikan kaki-kaki kita pun dia ambil. Ni sedang tunngu gambar dia post di blognyalah. Aku nak kapo beberapa keping untuk diselitkan dalam postku ini.
Hai..di antara kaki-kaki kita berempat, yang tak paling glamour, akulah. Apa ke tidaknya! Aku sedar kasut yang aku pakai kasut macam kasut bapak akulah. Suhana pun kata macam selipar hubby dia. Ketika aku beli di Bata, aku juga rasa begitu tetapi waktu tu aku sedang cari kasut yang selesa untuk dipakai ke sekolah. Maklumlah kaki dah tua. Tak boleh nak glamour. Try punya try, rasa yang itulah yang selesa. Hari-hari bila jengok ke bawah, memang terasa, kurang glamournya kasut tetapi I would rather not looking glamour down there rather than menangggung sakit hari-hari. Sebenarnya taklah teruk sangat, hanya designnya agak lebar. Tak kesahlah beb, asalkan kaki aku tak meragam. Yang susah nanti my hubby, sebab kena picit, Luv you dear.
Overall, this is the best Hari Guru yang pernah aku raikan. Satu hari aku celebrate. Terima kasihku ucapkan kepada ex-Juying pupils yang datang menjengok aku tiap-tiap tahun. To all those P1 cuties yang tak sabar-sabar nak beriku hadiah walaupun hanya sekeping kad dan juga kepada murid-murid yang lain. Ada beri selendang serta brooch, teddy bear, bunga, pena dan macam-macam lagi. Cikgu amat berbesar hati dengan semua pemberian itu walau hanya ucapan, SELAMAT HARI GURU. Thanks to one and all.....................(sedih juga ni.)
No comments:
Post a Comment