Lembaran Kian Tiba
Diam tak diam dah 13 hari kita berpuasa. Mana nak fikir pasal kerja, peperiksaan, kuih raya, baju raya, nak buka apa, nak sahur apa. Hai boleh gugur rambut dibuatnya. Ni dah mula gugur dah ni. Effectnya sama macam chemo. Nasib baik hal cat mengecat dibuat oleh hubby. Tapi dia kata tak mahu cat sebab nak pindah rumah. Tapi tak kanlah nak biarkan tompok-tompok dan warna kusam di dinding menjadi satu artwork pulak!!! Hai kawan-kawan, kalau tahun ini rumah tak raya maafkan sajalah. Dahlah sebelum puasa sibuk semacam, lepas raya lagi sibuk. Tahun ini, hari raya ke empat dah kena PSLE marking selama 4 hari dari pagi hingga petang! Balik dah penat. Nak raya apa? Budak-budak bukan main senang. Seminggu berhari raya. Tapi kasihan anak aku. Mak tak raya macam mana mereka nak raya sendiri? Duduk rumah kesat dinding agar berkilat pun baik juga idea. Maklumlah tak bercat.
Tahun ini meriah sedikitlah bilik PSLE marking tu. Apa tidak nya. Agak-agak dah 3/4 tahun gitu kita semua memeriksa kertas PSLE dalam keadaan berpuasa. Tahun ini merdeka! Seronok juga dapat jumpa semua rakan-rakan guru sewaktu raya nanti.
Sebenarnya, raya ni kalau kita yang tak memeriahkannya, siapa lagi. Kalau kita tidak semangat untuk beraya, anak-anak akan turut serta. Lama-lama keghairahan itu akan hilang sama-sekali. Nak tak nak sebagai ibu bapa haruslah sentiasa bersemangat agar anak-anak dapat rasakan keghairahan itu. Ha nanti bila mereka dah besar, kita sit back pulak dan lihat keghairahan mereka pulak. Kalau tak ditanam sekarang, susah nanti kita. Tengok saja hari raya haji. Masa kecil dulu rumah emak masih dihias sama seperti Hari Raya Puasa. Perayaan sama hebat. Dapat juga duit raya. Mak buat kuih sama. Tapi sekarang, langsir pun malas nak gantung. Kuih tak payah buat sebab tak ada orang berkunjung. Duit raya tak payah nak siapkan (ni yang orait ni) Kalau kita masih ghairah menyambut Hari Raya Haji tentu tidak begini keadaannya.
No comments:
Post a Comment