Wednesday, July 23, 2008

Flora dan Fauna di Bukit Indah

Aku ni memang suka menanam pokok. Pokok bunga ke atau pokok herba. Yang aku suka ialah menanam pokok-pokok yang boleh aku gunakan dalam masakanku. Tidak payah hendak pergi ke pasar. Pakai sedikit sahaja tapi kalau hendak beli harus lebih. Membazir saja. Kalau ada ditanam di perkarangan rumah, senang sahaja. Segar lagi. Di sini adalah beberapa koleksi pokok-pokok bunga dan herba yang aku usahakan sendiri di belakang dan depan rumah Johorku.


Daun sup - enak kalau dicampur dalam sup ayam, mi goreng dll.








daun kesum - enak kalau dicampur dalam masakan asam pedas. Penanamannya mudah dan senang untuk menjaganya. Tumbuh merimbun.





pokok cili - sudah berbuah beberapa kali. Aku gunakan untuk membuat sambal belacan. Cara menyiram air hanya pada waktu matahari terik. Kalau hendak petik cilinya juga pada matahari terik. Kalau tidak cili rosak.




daun pandan - amat berguna untuk banyak masakan, dibubuh pada teh-O, harum baunya selain khasiatnya yang tersendiri.





daun kari - apalagi kalau tidak dibubuh pada lauk kari ayam, ikan dll. Kalau goreng ayam, goreng sekali bersama, harum semerbak ayam goreng selain memberikan rasa yang tersendiri. - pokok ini dberi oleh jiran dan kutanam - ada juga yang dibawa dari Singapura




daun jintan hitam (kalau tidak silaplah) - amat berguna jika mengalami deman panas. Ramas daun dan bubuh pada kepala. Diberi oleh mak cikku. Cara menanamnya juga mudah. Bau daunnya susah untuk dikatakan disini. Aku suka aje.

bersambung.....

Wednesday, April 9, 2008

Triple Celebration!

Joy 1
Alhamdulillah, tahun 2008 ini semakin baik. Miss Tan mengumumkan kepada semua mereka-mereka yang dapat promotion tahun ini. Aku tidak termasuk di antara mereka-mereka yang dapat tahun lepas. Aku memang mengharapkan tahun ini dan alhamdulillah, aku dapat promotion itu. By 1st April aku kini GEO2A3. Amin.. rezeki Allah. Yang seronoknya ialah, MOE baru ubah scale gaji, bermakna lebihlah sedikit. Belanja budak pun semakin banyak sekarang. Gaji pun mestilah naik kalau tidak, ikat perut sedikitlah. Tapi alhamdulillah. Yipee! Suka gitu!!

Joy 2
Pass Driving Test - Yeah satu balak dah lepas!

Joy 3
Singapore Youth Festival dapat SILVER!! Sebenarnya aku rasa ragu untuk dapatkan silver. Kalau gold tu jangan lah bermimpi. Tetapi alhamdulillah kami dapat Silver. Kali ini 1 gold with Honour , Sekolah Rendah Keming, instructor, Kak Ana. (dapat peluk dia sekejap sebab dah lama tak jumpa.Dia terperanjat tengok aku setelah diberitahu oleh Osman Hamid mengenai kehadiranku bersebelahan dengannya.) Yang dapat Gold pun tak ramai. So kalau dapat SILVER tu dah kira baik lah..! Thanks to all my dancers yang bertungkus-lumus berlatih dan having fun as well. Thanks to Kamel yang begitu sabar and cool mengajar my murid-murid dan using my idea (walaupun not what I imagine it would be) Thanks to Kamal (Gendrum) for the wonderful muzik composition. It does make a lot of difference. Thanks to Cikgu Noor Aini, Cikgu Nooraisha and Liyana for doing thier bit in the preparation. Tak lupa emak Yasmin dan my ex student yang turut menyiapkan mereka. Will post their pictures soon!

Sesungguhnya Kemenangan itu Milik Allah Semata-Mata - Syukur kepada Allah yang telah memberi kemenangan untuk kami kecapi walaupun sebentar

Driving Licence

Alhamdulillah...... Syukur kepada Allah. Akhirnya aku lulus juga. Sekarang dah bolehlah memandu kereta aku tu. Hai, kalau-ikut-ikutkan hati macam nak putus harapan, nak give up aje. Tetapi, bila fikirkan duit dah ribu-ribu keluar, aku teruskan juga. Bukan 1 kali test, sampai 4 kali baru pass. Di sini aku nak rakamkan segala suka duka pengalaman mendapatkan lesen memanduku ini.

Tahun 2007. Ya inilah tahun di mana aku bertekad untuk mendapatkan lesen memandu kerana sudah tidak tahan dengan keadaan hendak ke sana ke mari susah sebab keluarga besar. Hubby pulak tak suka naik bas. Kalau dulu bolehlah naik satu teksi sebab anak-anak masih kecil. Sekarang tidak boleh. Aku teringat sewaktu Hari Raya Tahun lepas, di mana kami menghabiskan sehingga $80 kerana menggunakan teksi. Terasa sakit poket aku. Untuk kemudahan kami sekeluarga, aku rasa baik aku ambil lesen memandu.

Alkisah, aku telah dipilih untuk mengambil Diploma in Departmental Management pada bulan Januari. Aku fikir itulah masa yang amat sesuai untuk aku belajar kerana tidak ada pening-pening kepala memikirkan tentang CCA lah, meetinglah. Fikir aku senang untuk aku belajar dan pilih masa untuk belajar. Aku mendaftar sebagai pelajar di Bukit Batok Driving Centre. Terima kasih aku ucapkan kepada sepupuku, Syabirin kerana dialah yang banyak membantu aku di saat-saat awal itu. Dia bawa aku mendaftar, tunjuk kelas-kelas dan lain-lain lagi. Dia pun sudah mendaftar. Alhamdulillah aku lulus Final Theory dalam satu test sahaja. Sebelum itu sudah beberapa kali datang practice. Aku belajar betul-betul. Buat semua latihan. Penat juga habis sekolah, naik bas pergi Bukit Batok. Aku tidak boleh lupa waktu-waktu itu. Most of the time, I was alone. Oleh kerana practical test aku agak awal, aku harus menghabiskan semua latihan dalam waktu yang singkat. Hai..adakalanya satu hari sampai 3 kali lesson aku ambil. Kerja gila tu. Setiap latihan 100 minit. 300 minit of lesson in one day continuously with a few minutes rest in between. Tapi selalunya 2 lesson aje.

Terfikir nak tukar test date tetapi bila tanya instructor, dia kata boleh make it. Aku teruskan juga. Saat-saat itu tidak mungkin dapat aku lupakan. Kadang-kadang datang perasaan malas kerana penat. Tertanya kepada diri sendiri, kenapa aku susah-susahkan diri. Namun apabila terpandang muka anak-anak, kasihan mereka, tak dapat bebas ke sana-ke mari. Terperuk saja di Boon Lay. Paling jauh pergi Jurong Point. Itu pun tak selalu. Paling dekat Boon Lay Shopping dan hawker centre. Apa punya lifelah.

Macam-macam jenis instructor aku jumpa sebab aku tidak ambil fix dan oleh kerana aku selalu ambil cancelled lesson, jadi grp instructor ornag itu yang ajar aku. Aku masih teringat nama-nama seperti Abang Sanip (satu lesson saja), Abang Jumali dan Irwan. Abang Jumali yang lemah-lembut mengajar aku dengan penuh kesabaran. Maklumlah otak dah nak masuk senja. Kalau muda-muda dulu lain juga. Aku teringat masa dia ajar vertical parking, mati-mati aku tak faham apa yang dia maksudkan. Dia pun mungkin berfikir, benak betul cikgu ni. tak faham-faham perkara yang senang. Aku gagal test 1 pun kerana vertical parking. Tak faham-faham. Finally, selepas test 1, aku concentrate dgn vertical parking, tak ingat sape yang fahamkan aku, Jumali atau Irwan, aku faham. Hanya kerana perkara kecil sahaja yang menyebabkan aku tidak faham. Teringat murid-murid di sekolah, kadang-kadang kita ajar 100X pun tak faham. Mungking kerana mereka tidak faham hanya satu bahagian. Aku insaf sekarang. Apabila kita tahu di mana gap atau perkara yang murid mendapati kesukaran, banyak masalah boleh dihuraikan.
Berbalik kepada instructor tadi, Irwan pula bujang trang tang tang. Cakap macam mat rock. Berbeza dengan abang Jumali. Namun kedua-duanya alrightlah at the end of the day although I got to know some other good pointers from other intructors. Fed-up juga bila I learn some easy manouvre that was not taught to me by those two.

Test 1 : Tak boleh masuk vertical parking, 2 kali pun gagal. Panik, buat semua salah. Aku collect banyak-banyak point. Kalau fail pasal satu perkara sakit hatikan. Ha..ambik kau semua! Aku naik kerb, slope meleret ke belakang, dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Yang hairannya, bila aku buat silap, aku ni ketawa saja. Macam kelakar pulak, instructor terkebil-kebil tengok aku. Gila agaknya budak ini. Buat lawak ketawa sendiri. Ambik kau : FAIL!!!

Apabila fail test 1, aku fed-up juga kerana aku harus go for another 2 lessons and 1 test date, another $300++ keluar kocek lagi! Nak kena practice lagi. Tarikhnya pulak jauh daripada test 1. Tak adil. Aku orang dalam kenapa tunggu lama sangat macam orang luar?!! Kalau kita tanya instructor, dia suruh kita complain. Biasalah tu...

TEst 2 : Vertical parking ok, tapi nak keluar dari vertical parking naik kerb lagi. Ya Allah. Immediate failure lagi. Yang lain tak payah cakap. Aku kecewa sekali lagi.
Rasa macam nak give up. Teringat duit yang dah melayang, ....teruskan juga.

Test 3 : Group instructor tukar. Tak ingat nama abang ni. Dia ajar aku satu kali sahaja tetapi cara dia ajar fantastic, siap dengan amalan untuk berzikir dan doa-doa. Melalui dialah aku belajar new driving technique yang lebih senang. Semua orang aku tanya, semua doa petua aku buat. Sembahyang hajat pun sudah (tapi 1 hari saja)Kata orang pakai seluar dalam terbaliklah, minta air alfatehah ibulah, baca doa nabi Yunuslah, ada beri zikir lain, dan lain-lain lagilah.

Waktu test, perkara yang tidak pernah aku buat salah, directional change, aku buat salah. Mengelabah tak tahu buat correction. Sebenarnya abang itu baru ajar tetapi 1 lesson tak boleh jadi auto. Bila test I lupa. I hit the kerb pun (kali ini tak naik kerb) Waktu itu, aku berdoa agar dia mengampunkan kesalahan aku itu. Tapi aku ada buat kesilapan memandu yang lain. Probably dia pun dah plan to fail me mula-mula. So, I FAIL AGAIN! - Kecewa bangat - almost pleading dengan instructor. - muka tak tahu malu. Bila dah dalam keadaan gitu, semua jadi. Cepat-cepat aku beristigfar dan accept the truth. Hatiku retak seribu. Belum lagi nak terfikirkan lagi $300 yang nak aku bayar.

Test 4 : Aku tidak bilang sape-sape. Hubby saja tahu. Kali ini aku buat sembahyang hajat 4 hari berturut-turut. Ingat hendak buat sampai 24 April tetapi test date on the 8 April. Cubaan betul nak buat sembahyang hajat ni. Tetapi diberi semacam satu tenaga untuk aku mengerjakannya dan masa yang aku buat pulak tu lepas pukul 12: malam. Aku nyaris-nyaris tidak buat test itu kerana aku salah tengok hari. Aku fikir 24 April sekali 8 April! Nasib baik aku check. Dapat pulak book 2 compulsory lesson 2 hari sebelum test date. Malam pun malamlah. Hai, penat betul, cubaaaannnn. Hari sebelum test date, aku sibuk melatih murid untuk SYF. Malam terus pergi kelas. Esok paginya aku harus bangun awal untuk siapkan murid untuk SYF. Rest sekejap, pergi test warm up pukul 2:20. Waktu itu hujan lebat sekali. Dengan petir dan guruh. Hujan rahmat kata Hubby. Ada kata tak bagus test waktu hujan, ada kata bagus sebab aku ni takut bawa laju-laju jadi tak ada pointlah kalau hari hujan. Waktu warm-up hujan gerimis aje. Tetapi waktu test mak oi hujan selebat-lebatnya. Test route pulak kena yang susah, di Tech Whye. Nama aku dipanggil dulu. Kena Mr Subha, orang India, dengan misainya yang tebal, kelihatan agak garang tetapi aku percaya dia okay kerana dia kelihatan agak senang ketawa dan tersenyum unlike some tester, macam muka tongkang pecah! Kita yang nak test ni kecut hanya melihat muka mereka. Belum memandu lagi. Mungkin aku ni selalu ambil waktu mereka nak balik. Hari test 4 aku tukar hari dan test time, earlier.
Result : Pass - Walaupun hujan lebat, circuit test fantastic no problem, road pulak adalah buat some mistakes. Takut juga ya. Lepas test, aku naik tangga dan masuk bilik tester. Muka tester senyum saja. petanda baik tu. Apabila duduk, dia pun mulakan semua my mistake. Bagai nak jatuh jantung aku. Cuba nak bela diri tapi yang keluar hanya mengiakan kata-kata tester. Bila dia put a tick on pass aje aku shout for joy sampai semua dalam bilik tengok aku. Kakak yang kerja di situ semua congrat me I salam tangan mereka and of course my tester. I tak akan lupa rupa dia especially dia punya misai tebal. He have made my day man!!! Aku turun bawah, cari Hubby. Bila jumpa dia di depan glass door, I told him I pass. I tak boleh tahan air mata yang hendak mengalir. Hubby malu kot tengok aku gitu. Aku tak hairan orang sekeliling. Tapi drama sekejap aje. Ingat free show ke apa!? Waktu aku menangis tu sebenarnya aku terkenangkan betapa siksanya aku hendak dapatkan lesen ini. Berhabis duit, korban masa, korban tidur, korban anak-anak dan korban masa senggang. Kekecewaan, kepenatan, kerungsingan, kepanikan, kemalasan dan keraguan semua aku dapat rasakan dan telah mengalaminya.

Manual atau Auto. Aku memang sejak dulu hendak ambil manual kerana pada pendapat aku kenapa waste time and money ambil auto dan tidak dapat memandu van. So, aku rasa lebih baik aku ambil manual. Sepupu aku, Izan, mati-mati suruh ambil auto, Hubby pun lebih suka aku ambil auto kerana dia kata sekarang semua kereta auto. Aku berdegil juga. Apabila dah 3 kali fail, macam nak give up aje. Kalau nak tukar auto nak start from beginning. Entahlah, aku hanya mampu berdoa. Nasib baik aku berdegil. Sekarang, aku boleh bawa both. Ha..ha...Berbaloi jugalah. Hai Happynya bukan main.

Friday, March 14, 2008

Incredible 2 days Getaway!


Kalau dulu apabila menjelang cuti sekolah, sibuk fikir nak pergi mana. Kali ini, tidak masuk Singapore sudah cukup cuti. Yalah, tak payah nak bangun pagi-pagi, go thru custom dll. Tapi Hubby ajak pergi Cerating. Macam tak percaya gitu sebab perjalanankan jauh, ke Kuantan nak masuk Trengganu. Aku pun carilah map yang telah dilakarkan oleh teman sekerjaku dulu, Shirin. Dah nak dekat lima tahun aku simpan. Masih ada tau!


Walaupun cuaca memang tak mengizinkan tetapi oleh kerana sudah janji anak-anak, kami teruskan juga. Nak pergi pagi tak jadi sebab orang internet nak datang untuk install system. Kami bertolak jam 1 tengahari. Bila nak sampai agaknya..?

Kami bertolak ikut North South Highway ke Yong Peng (as directed by friends and Shirin's Map, keluar Segamat ke Muadzam dan terus ke Kuantan sebelum ke Cerating. Perjalanan memang jauh. Sakit kepala, sakit tengkok, sakit mata..semualah sakit. Aku sebagai GPS dan co-driver ni sama susah. Kalau driver tu paling teruklah. Kasihan my husband. Pelawa juga untuk drive tapi dia tak bagi. Tak percaya kot. Baik jugalah.

Tanah di Malaysia ni memang luas. Cuaca bertambah buruk. Di sepanjang perjalanan, hujan lebat dan reda di bahagian-bahagian tertentu sahaja. Anak-anak sibuk bertanya bila nak sampai. Honestly, aku pun tak tahu. Hari sudah makin gelap dan kami masih di Kuantan.

Kami sampai Cerating pada pukul 9 lebih. Terus cari tempat penginapan. Memang banyak tetapi yang mana satu? Akhirnya, kami menginap di Residence Inn. Bolehlah tahan tempatnya. 1 malam rm 218 (rm 160 kalau bukan cuti sekolah). Hotelnya luas juga ada 2 queen size bed. Cukuplah untuk kami 5 orang dan seorang anak saudara suamiku. Kami pergi makan malam dahulu di luar. Nak makan pun tak larat sebab dah mengantuk. Dari Johor ke Cerating, menunya sama saja. Tidak ada beza. Tak tahu nak makan apa. Akhirnya makan itu juga, nasi goreng kampung, nasi pattaya dan lain-lain. Balik hotel kami terus tukar pakaian dan tidur. Esok nak pulang. Gila, ya. Dah memandu jauh-jauh sampai lebihh kurang 7 hingga 8 jam, esok nak pulang. Penang memandu belum hilang dah nak pandu lagi. Memang my hubby ni kadang-kadang terlalu sport. Sebenarnya, dia tak sangka begitu jauh perjalanan. Jiran kami kata hanya 5 jam kalau ikut persisiran laut Timur. Tetapi dia yang berbual. Aku tidak ada. Dia tidak begitu yakin.

Esoknya anak-anak ke kolam renang, aku turut sama sebab tidak akan kubiarkan mereka sendirian. Malang jangan dicari. Lepas itu kami sarapan di sebuah kedai makan separuh mat Saleh. Ada Mat Saleh ni yang menetap di Cerating dan membuka restoran dan tempat penginapan mereka sendiri. Namanya ialah Cerating Cottage. Makanan ala barat memang disediakan. Tukang masaknya ialah mak cik- makcik yang berambut pendek berwarna perang. Muka mereka macam ada campuran mat salleh juga. Pakai baju lengan pendek. Agaknya kaum kerabat mereka yang kahwin campur. Aku dan hubby makan free breakfast di Hotel ketika budak-budak bersiap selepas berenang. Tak makan rugi, nak ajak semua mahal sebab satu orang dikenakan rm40. Kalau makan luar tak sampai rm 20.

Selepas makan, anak-anak naik kuda, rm10 untuk 2 bulatan. Memang mahal. Makanan dan barang di situ pun mahal. Maklumlah tempat touris attraction. Yang anehnya, sewaktu aku ke tandas awam di Muadzam, (pondok saja) mereka kenakan rm 30 sen. Tanda di Johor 10 hingga 20 sen aje.

Selepas makan sempat ke pantai, Cantik suasana dengan kawasan pasir yang luas. Ada pondon jual air kelapa. Nak juga minum air kelapa dengan suasana pantai yang indah. Tapi baru nak lepak-lepak main pasir, hujan gerimis. Kelam-kabut masuk kereta. Kami terus ke hotel dan bersiap untuk check-out.

Kami ikut jalan balik. Kali ini dah pandai sedikit. Kami ikut highway pantai Timur ke Gambang untuk ke JB. Semalam, aku terpandang laluan ke Tasik Cini. Aku pun beritahu Hubby tentang sejarah Tasik Cini dan legenda mengenai Naga yang terdapat di situ. Memandangkan kami telah di situ dan bila lagi nak sampai di situ, kami pun detour ke situ. Jauh juga nak masuk dalam. Hujan pula mencurah-curah. Hai.. cubaan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kami teruskan juga. Dengan jalan yang sempit, air bak teh susu pekat yang melimpah dari kawasan bersebalahan jalan raya, lori dan kereta yang lembab di hadapan (terpaksa potong), kami sampai juga di Tasik Cini. Ia terletak di atas kawasan bukit dan di dalam hutan. Seram juga memandu di kawasan yang kiri kanan jalan hanya hutan. Macam-macam di benakku. Monyetke, orang jahat ke? Mulutku tak henti-henti berdoa dan berzikir semoga Allah melindungi kami sehingga selamat ke destinasi.

Hujan masih turun dengan lebat. Setelah kami duduk minum kopi dan milo di restoran itu, hujan pun reda. Hanya gerimis memanjang sehingga kami pulang. Sempat kami makan tengahari di situ. Aku mengambil gambar Tasik Cini yang penuh misteri. Sayang tak dapat naik bot menjelajah kawasan Tasik Cini. Tentu seronok. Ada sekumpulan lelaki mat saleh dan India di situ. Mereka kelihatan macam gay. Geli gemam dan nak muntah aku dibuatnya apabila mat saleh seorang yang memakai seluar renang/aerobic pendek tersenyum-senyum kat suami aku. Hubby pun meluat amat. Cakap hai lagi. Apa dia buta ke aku di sebelah dan anak-anak berempat. Isy.. dasar gay tak ada adat. (Dia orang ada adat ke? Adat gay kot...) Tengok lelaki gay ni memang ada satu macam geli gemannya. Air muka mereka ni satu macamlah. Kita akan tahu mereka gay. Mereka memang tampak lelaki, tak lah pakai baju perempuan tetapi..entahlah. Hai nak tengok naga, nampak lain pulak. Bukan lelaki gay saja yang aku lihat di situ, kami nampak tupai juga. Ada tu macam skunk, berwarna hitam dan putih. Sungguh mahir mereka memanjat pokok, bergerak ke satu dahan ke dahan yang lain. Habis makan kami pun teruskan perjalanan. Tidak berhenti sampai bukit Indah, lebih kurang pukul 8:00 malam.

Kasihan kereta Wish aku. Habis berlapuk. Bukan itu saja, habis enjin kena lumpur sewaktu jalan ke Tasik Cini. Teruklah nak cuci. Cakap dengan hubby tidak payah cuci sendir, hantar sahaja car wash. Memang kereta dah nak kena servis pun.

Ingatan aku bukan mengenai Cerating tetapi perjalanan ke sana. Di Cerating tidak ada apa-apa yang menarik tetapi perjalanan kami ke sana yang mewarnai pengamalan ke sana.

Saturday, February 16, 2008

Bunga-Bunga Api


Sambutan Tahun Baru Cina aku yang pertama di Johore penuh dengan kejutan. Apa tak nye! Malam menjelang Tahun Baru Cina kedengaran di sana-sini mercun dan bunga api. Bukan satu, bukan dua, bukan tiga, malahan berpuluh. Di sana-sini ada bunga api. Bagi yang taksub dengan bunga api, anda harus datang ke Johor, lebih-lebih lagi pada tepat pukul 12:00 malam. Tahun depan boleh camping depan rumah aku! My sis-in-law with family datang ke rumah aku dan mereka dapat menyaksikan pertunjukkan bunga api yang tidak ada tolok bandingnya. Kami semua keluar di jalan raya (di tengah-tengah pulak tu) Habis cam ne kalau kiri belum habis, kanan dah mula, belum habis kanan belakang pula dah mula. Apabila bunyi mercun, kami lari ke arahnya, bila sampai dah habis. Kami hanya bau mercun dan asapnya sahaja. Kakak iparku mulakan terkenang zaman silam sewaktu di kampung dahulu. Memang kekadang, bau pun boleh mengingatkan kita tentang satu peristiwa di dalam hidup kita. Sampai hari ini pun kami masih dihiburkan dengan pertunjukkan bunga api yang memang tak menjemukan. Berbagai design dan pattern.
Pada hari Valentine, iaitu, hari kelapan orang Cina menyambut Tahun Barunya, mereka adakan sembahyang dan hari itu keadaan di luar laksana Perang Teluk di Iraq. Bom sana, bom sini, tengah malam pulak tu. Tapi seronok. Siapa kata tinggal di Johor boring. Tak tahulah ya kalau dah sepuluh tahun tinggal di sini.. Tak boleh cakap habis brader and sister. Besok-besok nanti kena dam pulak aku ni.

Sebelum aku menulis catatanku ini, aku baru menyaksikan satu pertunjukkan bunga api di hadapan rumahku yang penuh gilang-gemilang. Terfikir juga nanti, sambutan hari raya kita bagaimana pula. Entahlah, orang Cina ni percayakan ini semua. Kosnya pun boleh tahan. Beribu ringgit. Tak rasa orang kita nak bazirkan duit begitu. BUkan kita tak mampu tetapi duit kita pasti habis pada kos kuih-muih, baju baru, zakat dan dekorasi rumah. Entahlah. Johor ni penuh surprises bagi aku yang pertama kali ni.

Yang penting, buat aku dan keluarga di sini, pengalaman menyambut Tahun Baru Cina tahun tikus ini adalah yang terbaik!

Saturday, January 26, 2008

2008 Serba-Serbi Baru!

Alhamdulillah, aku sekeluarga sudah betah tinggal di Johor ni. Lebih-lebih lagi kami sudah mempunyai kereta sendiri, Toyota Wish 1.8. Memang permulaannya agak payah sedikit. Pagi-pagi naik kereta yang dipandu oleh teman kami. Pukul 5 pagi semua dah bangun. Keluar rumah pukul 5.45. Sampai sekolah memang terlalu awal. Anak-anak curi-curi tidur sampai pukul tujuh baru assemble. Aku ada duty pukul 6:45. Balik sekolah aku dan anak-anak naik bas Causway Link dari Jurong East ke rumahku di Bukit Indah. Perjalanan memakan masa 1 jam sahaja. Mula-mula seronok tetapi lama-lama penat juga turun naik cop passport. Kasihan juga tengok anak-anak api bila dah sampai rumah, penat pun hilang. Dia orang tukar baju, terus main basikal dan motor keliling kawasan rumah. Aku ikut juga main basikal. Seronok betul.

Tinggal di rumahku sekarang ni jauh berbeza daripada dahulu. Maklum rumah tiga bilik. Dahlah kecil, banyak barang pula. Sempit dan sesak. Sebenarnya, dahulu kami tak perasan sehinggalah tinggal di rumah besar. Semuanya luas. Siling tinggi, depan rumah padang luas, halaman luas, bilik luas, bilik mandi (tempat aku menghilangkan stress) pun luas. Pendek kata, fikiran jadi luas dan tenteram. Nikmatnya tidak dapat aku gambarkan di sini. Udara yang sihat, tiada bunyi bising memanglah keadaan hidup yang aku impikan.

Dahulu aku impikan rumah begini, kini dah dapat walaupun kami hanya menyewa. Insyaallah, plan kami untuk membeli rumah di sini akan kami kotakan kerana kami sesuai sungguh tinggal di Johore. Sebenarnya, aku bersyukur dengan hanya mempunyai rumah 4 atau 5 bilik. Tetapi aku dapat rumah besar. Aku juga tidak mengimpikan punya mobil tetapi terus dapat mobil besar. Inilah yang dikatakan rezeki Allah. Kalau Dia hendak beri, dia beri. Inilah hikmah yang kami dapat kerana bersabar dan bersyukur walaupun keadaan hidup dahulu tidak seperti sekarang.

Walaubagaimanapun, aku sentiasa berpijak di bumi nyata. Ini semua adalah harta dunia. Allah boleh memberi dan Allah boleh menariknya kembali. Aku berdoa kepada Allah agar aku sekeluarga tidak lemas dan tenggelam di dalam keselesaan duniawi ini. Malahan banyak perubahan yang kami alami di sini. Kehidupan kami sekeluarga lebih akrab dan kami lebih mementingkan soal keagamaan dan kekeluargaan. Dapat sembahyang jemaah selalu kerana ada ruang. Anak-anak belajar dalam keadaan yang lebih sempurna. They work dan play well here.

Semenjak adanya kereta keadaan bertambah baik di sini. Kami tidaklah bangun seawal dahulu. Kami bertolak pada pukul 6:10 dan sampai pada pukul 6:40. Sempat juga. Kami pulang pun tak lah kelam kabut. Relaks aje sebab ada supir. Malam bebas untuk pergi Giant ke, Best Mart ke atau ke kedai makan. Baru-baru ini, jika pulang awal kami sekeluarga ke Taman dekat rumah. Baru satu hari aku walkajog dan anak-anak memang sentiasa main bola dan permainan di situ. Hai, pendek kata sekali lagi, memang kehidupan kami boleh dikatakan completelah. Tak macam dahulu. Stress sentiasa. Nak pegi mana-mana pun susah sebab perbelanjaan kalau keluar mahal. Balik-balik Jurong Point, Boon Lay Shopping, rumah mak dan malam duduk pasar minum teh. Di sini pun kami keluar malam-malam minum teh dan makan di my favourite kedai, Nurnanda. Tehnye power. Makanan di sana juga murah sekali. Tak masak pun tak apa. Tapi jelak juga kalau asyik makan luar.

Aku hanya berdoa semoga Allah membuka pintu rezekinya kepada kami dan sentiasa mengingatkan kami akan kebesarannya. Semoga kami tidak lupa diri. Insyaallah.

Friday, November 23, 2007

Cuti Sekolah

Cuti Sekolah memang sudah bermula tetapi aku masih bekerja. Biasalah, 1/2 minggu ni memang sibuk bukat action planlah, stategic planning, progress think sheet, epms dan banyak lagi. Semua hendak dibuat dalam masa 2 minggu ini. Sekarang dah tinggal 1 minggu sahaja.

Hari ini adalah hari keputusan PSLE. Aku sungguh gembira kerana keputusan murid-murid membanggakan. 100% lulus bagi P6MS dan P6EM3, Above national average termasuk juga quality passes.

Tahun ini aku tidak mengikuti suka duka murid-murid. Mungkin kerana aku tidak mengajar mereka (hanya 6EM3, itu pun setengah tahun). Hari ini juga kita buat spring cleaning. Banyak buku-buku lama kami buang. Sebenarnya sayang nak buang 3 tahun dahulu. Kononnya, boleh buat resources tetapi tersadai mengumpul habuk. Semangat gotong-royong membuang barang ini amat hebat. Semua orang buang, kita pun buang. Kalau tidak asyik sayang sahaja. Staff room macam tongkang pecah, rumah aku pula macam tongkang karam.

Aku akan berpindah tak lama lagi. Ke mana? Ya, kami akan berhijrah ke Johor. Kami telah menyewa sebuah ruamh terrace dua tingkat di Bukit Indah, dekat 2nd Link.
Aku belum tengok tapi bentuk rumahnya aku tahu kerana teman hubbyku, Fahmi dan Lubna pun yang akan bersama-sama berhijrah, sudah mendapatkan sebuah rumah sewa di tempat yang sama. Kami ingin rasa hidup di Johor selama 1 tahun. Tengok-tengoklah nasib tinggal di Johor. Mungkin penghijrahan ini akan memakmurkan kehidupan kami sekeluarga. Tentang rumahku di Singapura, kami belum mendapatkannya daripada HDB. Harus tunggu queue. Nantikan pengalaman aku berhijrah ke Johor in my next entry.