Sunday, September 9, 2007

Ramadan Kembali Lagi!

Ramadan kembali menjenguk kita semua. Memang aku tidak sabar menunggu Ramadan. Aku ingin mengucapkan semua selamat berpuasa, mudah-mudahan puasa kita dan ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima Allah. Amin.

Minggu lepas, ketika pergi kenduri arwah nenek-nenek dan datukku, sepupuku Mazlinda ingin berkongsi recepi kek dan kuih-muih. Pada masa itu terfikir dah tak larat nak buat kuih tahun ini.

Semalam entah mengapa, aku mula buat kuih. Bukan untuk raya. Aku pun buat kuih 'Melting moments dan sejenis lagi tetapi tidak menjadi kerana leceh sedikit membuatnya lalu aku tukarkan menjadi biskut ciptaanku sendiri. Kalau ada biskut Siti Nurhaliza, aku nak namakan biskut itu Kanvas Sri Khaziah. Tengok sendiri dan cuba teka kenapa aku namakan begitu.

Melting moments (di bahagian dalam bulatan)
Hari ini, dah habis semua Melting momentsku. Crumbs pun dah tak ada. My hubby yang cerewet makan pun kata sedap. Buatnya amatlah senang dan kurang belanja.
Tahun ini aku tak mahu buat kuih berbagai jenis. Nak buat a few tapi banyak. Hai tiap-tiap tahun cakap gitu tapi nanti macam-macam. Tengoklah nanti.

Semalam selepas buat kuih tu aku lepak teruk. Kaki aku sakit macam lari marathon. Apa ke tidak nye. Daripada pagi sampai malam, aku tidak rehat-rehat. Entah berapa liter air aku gunakan untuk membasuh pinggan mangkuk. Mana buat sarapan, masak untuk tengah hari, dan petang hingga malam buat kuih pulak. Hubby ketawakan aku yang lepak tak sedarkan diri sampai pagi. Padahal kuih yang aku buat tak sampai 200 keping.

1 comment:

Anonymous said...

Khazi! Kongsilah resepi biskut tu... Kalau senang buat lagi sedap, lagi afdhal dikongsi bersama I. I think last time masa kat NIE pun you ada salin my resepi...kuih ringkas dan garing. Namanya Kuih Gunting. Tak silap I you ada salin. Macam mana pun, tengok gambar biskut time puasa2 gini...terancam iman. :D