Sunday, August 31, 2008

Hari Guru


Setiap tahun, Hari Guru penuh dengan kemeriahan bagi guru dan juga murid-murid. Tetapi aku rasa murid-muridlah yang paling gembira. Sempat aku mengajar anak muridku cara memberi hadiah kepada guru-guru mereka. Dek kerana malu memberi hadiah ada sesetengah mereka yang memberi hadiah itu tanpa kata-kata atau adab memberi. Setelah mengajarnya, murid-muridku ternyata lebih beradab. Kadang-kadang perkara yang kecil begini sukar untuk dibuat. Kalau ajar pada murid waktu lain, aku rasa murid-murid ini terlupa. Seronok tengok murid-murid darjah satu memberiku hadiah dengan adab yang telah aku ajar. Bukan apa-apa. Aku rasa perkara ini harus diajar. Betapa aku sedar, kanak-kanak zaman sekarang kurang beradab. Tidak boleh salahkan mereka. Kita sebagai pendidik wajib mengajar nilai-nilai murni ini bukan sahaja akademik. Apabila ada kesempatan, harus diajarkan.

Tahun ini pihak yang bertugas telah membuat sedikit pembaharuan kepada sambutan hari guru. Kalau sebelum ini, murid-murid sibuk membuat persembahan untuk guru-guru, kali ini tidak ada itu semua. Bukan apa, kadang-kadang, persembahan mereka tu boring dan bukan-bukan aje. Sebenarnya, mereka yang lebih ghairah kerana dapat menari menyanyi dsbnya. Cikgu-cikgu harus duduk selama 1 jam menyaksikan itu semua. Jadi kali ini, guru-guru telah disuruh memakai apa sahaja yang kita mahu kecuali pakaian harian kita. Maka ada yang memakai pakaian pari-pari, superman, ahli bomba, doktor dll. Aku and the geng sebulat suara memakai pakaian ala Hang Tuah and the geng. Senanglah tu sebab samping dan tanjak memang telah tersedia ada. Seronok juga tetapi guru-guru yang harus bertungkus lumus membuat persiapan. Kita harus berjalan di tengah dewan dan berkumpul di atas pentas. Lepas itu kami dipilih satu persatu untuk melakukan sesuatu, kuizlah, karaoke dan menari. Murid-murid memang seronok tetapi cikgu-cikgu terasa penat pulak.

Tengah hari kami ke Sakura Restaurant di Jurong West Sports Complex. Aku tidak pernah jejak kaki ke sana. Makanannya, mak oi! A wide spread of food. Macam-macam. Tak termakan pulak. Hari itu memanglah juga Hari lahir Miss Tan (guru besar). Tak sempat potong kek, aku sudah minta diri untuk pulang. Penat betul sebab hari sebelumnya aku baru balik dari Trengganu/Kelantan. Anyway, aku bawa balik banyak hadiah. Seperti biasa, aku bawa balik dan atur baik-baik untuk ambil gambar, selepas itu anak-anak seronok membuka hadiah tu semua. Dari hakim kecil sampai sekarang, dah jadi macam adat pulak. Aku berterima kasih kepada murid-murid yang memberi hadiah-hadiah itu. Bukan harganya atau bendanya yang aku hairankan malah aku amat terharu dengan kata-kata yang ditulis di dalam kad-kad yang diberi. Apabila membaca kata-kata yang memberi aku perangsang itu terasa terharu seketika.








No comments: