Saturday, August 16, 2008

Belated Holiday at Air Papan, Mersing

Waktu cuti National Day tu aku dan keluarga tidak pergi ke mana-mana. Hubby kasihan kata kita. Dia ajak pergi bercuti berkelah di Air Papan, Mersing. Aku pernah dengar daripada emak dan sepupu-sepupuku bahawa di sana seronok. Boleh mandi di laut dan juga di kolam renang. Aku pun tengok-tengoklah di internet. Memang cantik pantainya dan reviu dari internet memang hebat-hebat belaka memuji tempat itu.

Aku pun pergilah bersama Maslan dan Shirin(teman seperjuangan) dan Esah sekeluarga(ipar Shirin).

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Sara sibuk nak suruh aku buat bread pudding dari semalam. Pagi-pagi aku dah pun buat sebab nak tunggu lama untuk bakar. Nak but egg mayonaise dan nasi goreng belen nasi semalam tetapi telur dah habis. Kejut hubby bangun untuk beli telur. Sampi pukul 8:30 pun belum bangun. Rupa-rupanya dia terlupa nak pergi Air Papan. Hai, semalam sibuk berbual mengenainya. Penat mungkin. Nasib baik aku sudah siapkan bahan-bahannya. Tinggal hendak masak sahaja. Janji nak keluar pukul 9:00. Pukul 9:00 baru nak masak. Setelah masak, kami mula perjalanan pada pukul 10:00 lebih kurang gitulah.

Dalam perjalanan, ternampak pula sebuah van yang berhenti di tepi jalan. Ada budak-budak dan orang dewasa. Mereka melambai-lambai kami. Kami kasihan pula tu dan berhenti. Tengok-tengok kalau mereka perlukan bantuan. Rupanya, brek mereka rosak. Tidak ada apa yang boleh kami buat. Hubby tolong ambil air dan curahkan pada tayar. Panas. Tak tahulah apa yang mereka buat lagi. Kami yang sedang kelaparan, pun berkelah di situ juga. Semua kelaaparan. Aku keluarkan bread pudding dan buatkan egg mayonaise sandwich untuk semua orang. Kuberikan juga kepada kanak-kanak di dalam van itu. Kasihan pula. Tentu lapar dan kepanasan. Mereka beri pula satu plastik rambutan. Jika berjasa dapat merasa. Ada yang sempat juga bergambar di tepi longkang. Kami meneruskan perjalanan kami.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 hingga 3 jam. Sampai di sana, kelihatan pantai yang luas. Panjang pantai 3km. Ramai juga orang tempatan yang berkelah di situ. Kami cari tempat untuk menginap. Plan nak stay 1 hari. Tetapi apabila melihat keadaan chalet yang mahal, rm240 untuk 5 -6 orang, tak jadi pula. Keadaan sungguh daif. Tak berbaloi. Kami rasa kalau kami habiskan masa beberapa jam di situ, sudah cukuplah. Pasirnya tidaklah seputih di Redang tetapi airnya bersih. Kami siap untuk berenang. Ombaknya boleh tahan. Aku terbaca di internet tentang dua orang budak yang lemas di situ. Apa lagi, aku kawal anak-anak semasa bermain di situ. Setelah 1 jam berenang, awan hitam berkepul-kepul di tiup angin ke arah kami. Keadaan menjadi gelap seakan sudah nak maghrib. Kami bersiap untuk pergi. Mandi hujan dulu. Cari tandas awam, tutup. Harus jalan sedikit baru jumpa tandas di salah satu chalet. Kena bayaran rm1 setiap sorang. Setelah bersih, kami meneruskan perjalanan pulang.

Rasanya kami tidak akan ke Air Papan lagi. Tidak ada apa-apa yang menarik. Sekurang-kurangnya, kami dah sampai. Tak terkilanlah ya nanti kalau dah nampak dengan mata kepala sendiri. Kalau pergi rombongan untuk berkelah mungkin menarik. Bukan tempat buat kita, kita buat tempat tu menarik. Mungkin kalau pergi ke Desaru, lebih seronok.

Balik di rumah, rasanya tak menyesal membuat keputusan untuk pulang.

No comments: