Thursday, July 26, 2007

Graduation Day

24 Julai 2007. Aku terima sijil Diploma in Departmental Management. Kira-kira diploma keduaku tetapi ini tidak bermakna gaji naik. Telah diberitahu siang-siang. Namun aku berharap, diploma in sebagai batu loncatan bagiku untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaranku kelak.

Seronok betul hari itu. Dapat jumpa semua teman-teman DDM. Segak-segak dan kacak-kacak belaka. Yang lelaki dengan jacket dan dasi mereka. VP datang untuk melihat aku menerima ijazah. Entah mengapa, perasaan bangga tu tak ada pulak. Mungkin kerana bukan segulung ijazah. Mungkin juga kerana yang datang hanya teman-teman seDDM dan beberapa guest dan principal. Dulu sewaktu mendapat sijil diploma NIE, aku tidak pergi.Entah mengapa tak pergi. Aku dengar banyak orang pergi. Mungkin kalau famili aku ada bersama, aku pasti bangga. Hubby tak dapat datang sebab anak sakit. Kami diberi sebuah beg bimbit yang berlogokan NIE. Very sporty. Bolehlah aku gunakan untuk membawa pakaian bersenamku. Sebenarnya, di dalam hati kecilku ini tersimpan harapan agar kumpulan kami memenangi hadiah bagi training package kami. Kalau nak menang overal best performance atau the highest learning tu rasanya tak kesampaian. Malangnya kami tak menang. Tetapi kumpulan yang menang memang deserving. Valedictoriannya pun memang deservinglah. Orangnya berilmu, matang pemikirannya dan dapat mengutarakan soalan-soalan atau pandangan-pandangan yang memerlukan higher-order thinking. Yang penting orangnya rendah diri dan tak sombong. Kalau bekerja tak mengira dan very positif. Bakal menjadi seorang yang penting kelak. Bertuah aku pernah satu kumpulan dengannya menyediakan projek. Sebenarnya, kebanyakan mereka yang mengikuti DDM itu bakal menjadi VP atau P (tidak termasuk aku ya. Aku tidak mahu jadi P, aku nak jadi pensyarah di NIE). Manalah tahu kalau satu hari aku mengajar di sekolah mereka.

Anyway, selepas majlis, biasalah aku dan member-member groupku duduk di kafeteria dan makan apa yang masih ada di situ. Tart my favourite, so I lantaklah banyak-banyak. Hai there goes all the pounds coming back from my 2 session of gym. Kena kerja keras lagilah ni. Bukan makan saja, boleh tapau balik. Dah tersedia kotak styrofoam. Apalagi, naluri ibu mithali bertindak. Aku pilihlah serba 4 persalinan buat anak-anak di rumah.

Kami berbual sampai nak masuk maghrib. Nasib baik Cheliyan nak pergi campfire anak dia. Dia hantar aku pulang. Nasib baik ada Cheliyan, kaki aku dah tak boleh tahan lagi. Almaklumlah, dah lama tak pakai kasut tinggi. Nak glamour punya pasal, pakai kasut bertumit tinggi. Hai kalau kaki dah tua tu, tak boleh nak muda balik. Mungkin bila badan dah slim nanti, kaki kembali muda. Tak tahulah. But overall I am happy to meet my Group 17.

No comments: