Saturday, January 26, 2008

2008 Serba-Serbi Baru!

Alhamdulillah, aku sekeluarga sudah betah tinggal di Johor ni. Lebih-lebih lagi kami sudah mempunyai kereta sendiri, Toyota Wish 1.8. Memang permulaannya agak payah sedikit. Pagi-pagi naik kereta yang dipandu oleh teman kami. Pukul 5 pagi semua dah bangun. Keluar rumah pukul 5.45. Sampai sekolah memang terlalu awal. Anak-anak curi-curi tidur sampai pukul tujuh baru assemble. Aku ada duty pukul 6:45. Balik sekolah aku dan anak-anak naik bas Causway Link dari Jurong East ke rumahku di Bukit Indah. Perjalanan memakan masa 1 jam sahaja. Mula-mula seronok tetapi lama-lama penat juga turun naik cop passport. Kasihan juga tengok anak-anak api bila dah sampai rumah, penat pun hilang. Dia orang tukar baju, terus main basikal dan motor keliling kawasan rumah. Aku ikut juga main basikal. Seronok betul.

Tinggal di rumahku sekarang ni jauh berbeza daripada dahulu. Maklum rumah tiga bilik. Dahlah kecil, banyak barang pula. Sempit dan sesak. Sebenarnya, dahulu kami tak perasan sehinggalah tinggal di rumah besar. Semuanya luas. Siling tinggi, depan rumah padang luas, halaman luas, bilik luas, bilik mandi (tempat aku menghilangkan stress) pun luas. Pendek kata, fikiran jadi luas dan tenteram. Nikmatnya tidak dapat aku gambarkan di sini. Udara yang sihat, tiada bunyi bising memanglah keadaan hidup yang aku impikan.

Dahulu aku impikan rumah begini, kini dah dapat walaupun kami hanya menyewa. Insyaallah, plan kami untuk membeli rumah di sini akan kami kotakan kerana kami sesuai sungguh tinggal di Johore. Sebenarnya, aku bersyukur dengan hanya mempunyai rumah 4 atau 5 bilik. Tetapi aku dapat rumah besar. Aku juga tidak mengimpikan punya mobil tetapi terus dapat mobil besar. Inilah yang dikatakan rezeki Allah. Kalau Dia hendak beri, dia beri. Inilah hikmah yang kami dapat kerana bersabar dan bersyukur walaupun keadaan hidup dahulu tidak seperti sekarang.

Walaubagaimanapun, aku sentiasa berpijak di bumi nyata. Ini semua adalah harta dunia. Allah boleh memberi dan Allah boleh menariknya kembali. Aku berdoa kepada Allah agar aku sekeluarga tidak lemas dan tenggelam di dalam keselesaan duniawi ini. Malahan banyak perubahan yang kami alami di sini. Kehidupan kami sekeluarga lebih akrab dan kami lebih mementingkan soal keagamaan dan kekeluargaan. Dapat sembahyang jemaah selalu kerana ada ruang. Anak-anak belajar dalam keadaan yang lebih sempurna. They work dan play well here.

Semenjak adanya kereta keadaan bertambah baik di sini. Kami tidaklah bangun seawal dahulu. Kami bertolak pada pukul 6:10 dan sampai pada pukul 6:40. Sempat juga. Kami pulang pun tak lah kelam kabut. Relaks aje sebab ada supir. Malam bebas untuk pergi Giant ke, Best Mart ke atau ke kedai makan. Baru-baru ini, jika pulang awal kami sekeluarga ke Taman dekat rumah. Baru satu hari aku walkajog dan anak-anak memang sentiasa main bola dan permainan di situ. Hai, pendek kata sekali lagi, memang kehidupan kami boleh dikatakan completelah. Tak macam dahulu. Stress sentiasa. Nak pegi mana-mana pun susah sebab perbelanjaan kalau keluar mahal. Balik-balik Jurong Point, Boon Lay Shopping, rumah mak dan malam duduk pasar minum teh. Di sini pun kami keluar malam-malam minum teh dan makan di my favourite kedai, Nurnanda. Tehnye power. Makanan di sana juga murah sekali. Tak masak pun tak apa. Tapi jelak juga kalau asyik makan luar.

Aku hanya berdoa semoga Allah membuka pintu rezekinya kepada kami dan sentiasa mengingatkan kami akan kebesarannya. Semoga kami tidak lupa diri. Insyaallah.

Friday, November 23, 2007

Cuti Sekolah

Cuti Sekolah memang sudah bermula tetapi aku masih bekerja. Biasalah, 1/2 minggu ni memang sibuk bukat action planlah, stategic planning, progress think sheet, epms dan banyak lagi. Semua hendak dibuat dalam masa 2 minggu ini. Sekarang dah tinggal 1 minggu sahaja.

Hari ini adalah hari keputusan PSLE. Aku sungguh gembira kerana keputusan murid-murid membanggakan. 100% lulus bagi P6MS dan P6EM3, Above national average termasuk juga quality passes.

Tahun ini aku tidak mengikuti suka duka murid-murid. Mungkin kerana aku tidak mengajar mereka (hanya 6EM3, itu pun setengah tahun). Hari ini juga kita buat spring cleaning. Banyak buku-buku lama kami buang. Sebenarnya sayang nak buang 3 tahun dahulu. Kononnya, boleh buat resources tetapi tersadai mengumpul habuk. Semangat gotong-royong membuang barang ini amat hebat. Semua orang buang, kita pun buang. Kalau tidak asyik sayang sahaja. Staff room macam tongkang pecah, rumah aku pula macam tongkang karam.

Aku akan berpindah tak lama lagi. Ke mana? Ya, kami akan berhijrah ke Johor. Kami telah menyewa sebuah ruamh terrace dua tingkat di Bukit Indah, dekat 2nd Link.
Aku belum tengok tapi bentuk rumahnya aku tahu kerana teman hubbyku, Fahmi dan Lubna pun yang akan bersama-sama berhijrah, sudah mendapatkan sebuah rumah sewa di tempat yang sama. Kami ingin rasa hidup di Johor selama 1 tahun. Tengok-tengoklah nasib tinggal di Johor. Mungkin penghijrahan ini akan memakmurkan kehidupan kami sekeluarga. Tentang rumahku di Singapura, kami belum mendapatkannya daripada HDB. Harus tunggu queue. Nantikan pengalaman aku berhijrah ke Johor in my next entry.

Sunday, November 11, 2007

Raya Terakhir di Rumahku

Sedih, sedih juga. Yalah dah tinggal di rumahku ini selama lebih kurang 10 tahun. Walaupun kecil, rumahku ini adalah wadah yang menyaksikan pelbagai rentak hidupku. Suka duka, pahit manis hidup berumahtangga dan membesarkan keempat-empat orang anak memang tidak mudahku lupakan. Setiap sudut dan dinding kuamati betul-betul selagi minda ini mampu merakamnya. Namun, aku tidak menafikan bahawa aku agak ghairah malahan cemas memikirkan di manakah rumahku syurgaku. Hingga kini kami belum pasti di manakah hala tuju kehidupan kami. Hanya Allah yang tahu. Namun kami sekeluarga percaya Allah akan memberi kami yang terbaik. Tentang rumah yang ingin kami miliki itu, lupakan saja kerana kami rasa tidak adil untuk meminta tuan rumah menunggu terus tanpa apa-apa kata putus dari kami. Mungkin rumah itu bukan hak kami. Ya, mungkin ada yang lebih baik dari itu. Insyaallah. Kadang-kadang, tergelak juga apabila memikirkan tentang penghijrahan kami ini. Kami telah membuat segala persiapan tetapi nampaknya hala tujunya ke lain pula. Macam-macam berlaku yang menyebabkan kami tidak dapat memiliki rumah itu. Terpaksalah kami ke plan B. Plan B pun nampaknya gagal dan kami harus ke plan C. Alangkah baiknya kalau kami tahu di mana akhirnya penghijrahan ini. Aku rasakan seperti puppet yang digerakkan oleh penggerak puppet. Kadang-kadang terasa lemah dan hampa. Itulah kelebihan kita orang Islam. Ujian kesabaran dan keyakinan terhadap limpah kurnianya amat-amat dirasakan sekarang. Mudah-mudahan kami mendapat apa yang kami hajati iaitu kehidupan yang lebih baik dari segala aspek.

Santai-santai saja... Inilah gambar-gambar raya terakhir di rumahku Boon Lay Place #08-231. Some of the pictures taken during my Open house cum Hari Lahir Zulfakar.
Ini gambar anak-anak muridku yang datang sekali gus 22 orang! Terima kasih semua kerana masih mengingati saya. Luv u all!
Suhana and family memang keluarga istimewa. Tak pernah tak datang kalau dijemput. Tak pernah tolak makan kalau suruh makan dan yang paling best tak pernah pulang awal mesti sampai midnight. You all are the best! Glad to host you all! Anytime man...

Hairul and the gang. Setiap tahun datang rumah cikgu. Terima kasih. Nanti dah kerja jangan tak datang ye! Kepada Helmi and the gang juga terima kasih. Tak sempat ambil gambar you all.
My cousin, Izan. Nyaris-nyaris tak datang. Anyway, thanks a million for the effort to come although dah malam bangat. Terima kasih Wan yang menyumbang kuiz-kuiznya kepada ya kanak budu bagi penutup Hari Lahir Fakar. It was a nice way to end the whole event. Sorry tak ada gambar. Sibuk melayan ya kanak budu.
Terima kasih Jannah and family dan juga Masi Jamaliah kerana turut hadir.

Juadah Berbuka Puasa

Alhamdulillah. Dah selamat kita berpuasa dan hampir habis Syawal. Sekadar mengenang kenangan berbuka berpuasa pada tahun 2007 ini. Nak ambil gambar waktu bersahur, hai tak larat nak ambil gambar. Mungkin tahun hadapan, kalau panjang umur.

Tuesday, September 25, 2007

Lembaran Kian Tiba

Diam tak diam dah 13 hari kita berpuasa. Mana nak fikir pasal kerja, peperiksaan, kuih raya, baju raya, nak buka apa, nak sahur apa. Hai boleh gugur rambut dibuatnya. Ni dah mula gugur dah ni. Effectnya sama macam chemo. Nasib baik hal cat mengecat dibuat oleh hubby. Tapi dia kata tak mahu cat sebab nak pindah rumah. Tapi tak kanlah nak biarkan tompok-tompok dan warna kusam di dinding menjadi satu artwork pulak!!! Hai kawan-kawan, kalau tahun ini rumah tak raya maafkan sajalah. Dahlah sebelum puasa sibuk semacam, lepas raya lagi sibuk. Tahun ini, hari raya ke empat dah kena PSLE marking selama 4 hari dari pagi hingga petang! Balik dah penat. Nak raya apa? Budak-budak bukan main senang. Seminggu berhari raya. Tapi kasihan anak aku. Mak tak raya macam mana mereka nak raya sendiri? Duduk rumah kesat dinding agar berkilat pun baik juga idea. Maklumlah tak bercat.

Tahun ini meriah sedikitlah bilik PSLE marking tu. Apa tidak nya. Agak-agak dah 3/4 tahun gitu kita semua memeriksa kertas PSLE dalam keadaan berpuasa. Tahun ini merdeka! Seronok juga dapat jumpa semua rakan-rakan guru sewaktu raya nanti.

Sebenarnya, raya ni kalau kita yang tak memeriahkannya, siapa lagi. Kalau kita tidak semangat untuk beraya, anak-anak akan turut serta. Lama-lama keghairahan itu akan hilang sama-sekali. Nak tak nak sebagai ibu bapa haruslah sentiasa bersemangat agar anak-anak dapat rasakan keghairahan itu. Ha nanti bila mereka dah besar, kita sit back pulak dan lihat keghairahan mereka pulak. Kalau tak ditanam sekarang, susah nanti kita. Tengok saja hari raya haji. Masa kecil dulu rumah emak masih dihias sama seperti Hari Raya Puasa. Perayaan sama hebat. Dapat juga duit raya. Mak buat kuih sama. Tapi sekarang, langsir pun malas nak gantung. Kuih tak payah buat sebab tak ada orang berkunjung. Duit raya tak payah nak siapkan (ni yang orait ni) Kalau kita masih ghairah menyambut Hari Raya Haji tentu tidak begini keadaannya.

Friday, September 14, 2007

Satu Hari Berpuasa

Alhamdulillah.. Selamat aku berpuasa satu hari. Masih ada 29 hari lagi. Hari pertama berpuasa ni memang teruk cubaannya. Ada saja hal di sekolah yang boleh menggugat puasaku. Nasib baik berpuasa, secara sedar aku lebih sabar. Entahlah kebelakangan ini aku rasa begitu tidak efficient. Ironynya ialah aku telah pun menerima Efficiency Medal dan sekarang rasanya macam tak efficient lagi. Setelah membuat refleksi diri aku mengerti kenapa aku berkeadaan begini. Stres dan tanggungjawab yang makin bertambah membuat aku semakin inefficient. Tanpa aku sedari, otak aku membuat adjustmentnya sendiri bagi mengatasi stress yang aku hadapi sekarang. Mentelah lagi aku baru balik DDM. Kekadang otak ni switch to that DDM mode di mana aku tidak memikirkan sangat masalah di sekolah. Hai, rasanya macam nak lari dari semua ini. I really need a break from all this.

Energy level pula sekarang pulak menurun dek berpuasa. Apa yang harus aku buat? Aku hanya dapat berdoa agar Allah memberiku kekuatan untuk menghadapi semuanya. Aku harap aku tidak tersalah langkah dan membuat orang lain merasakan tempias keadaan aku sekarang.

Sunday, September 9, 2007

Ramadan Kembali Lagi!

Ramadan kembali menjenguk kita semua. Memang aku tidak sabar menunggu Ramadan. Aku ingin mengucapkan semua selamat berpuasa, mudah-mudahan puasa kita dan ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima Allah. Amin.

Minggu lepas, ketika pergi kenduri arwah nenek-nenek dan datukku, sepupuku Mazlinda ingin berkongsi recepi kek dan kuih-muih. Pada masa itu terfikir dah tak larat nak buat kuih tahun ini.

Semalam entah mengapa, aku mula buat kuih. Bukan untuk raya. Aku pun buat kuih 'Melting moments dan sejenis lagi tetapi tidak menjadi kerana leceh sedikit membuatnya lalu aku tukarkan menjadi biskut ciptaanku sendiri. Kalau ada biskut Siti Nurhaliza, aku nak namakan biskut itu Kanvas Sri Khaziah. Tengok sendiri dan cuba teka kenapa aku namakan begitu.

Melting moments (di bahagian dalam bulatan)
Hari ini, dah habis semua Melting momentsku. Crumbs pun dah tak ada. My hubby yang cerewet makan pun kata sedap. Buatnya amatlah senang dan kurang belanja.
Tahun ini aku tak mahu buat kuih berbagai jenis. Nak buat a few tapi banyak. Hai tiap-tiap tahun cakap gitu tapi nanti macam-macam. Tengoklah nanti.

Semalam selepas buat kuih tu aku lepak teruk. Kaki aku sakit macam lari marathon. Apa ke tidak nye. Daripada pagi sampai malam, aku tidak rehat-rehat. Entah berapa liter air aku gunakan untuk membasuh pinggan mangkuk. Mana buat sarapan, masak untuk tengah hari, dan petang hingga malam buat kuih pulak. Hubby ketawakan aku yang lepak tak sedarkan diri sampai pagi. Padahal kuih yang aku buat tak sampai 200 keping.