2008 Serba-Serbi Baru!
Alhamdulillah, aku sekeluarga sudah betah tinggal di Johor ni. Lebih-lebih lagi kami sudah mempunyai kereta sendiri, Toyota Wish 1.8. Memang permulaannya agak payah sedikit. Pagi-pagi naik kereta yang dipandu oleh teman kami. Pukul 5 pagi semua dah bangun. Keluar rumah pukul 5.45. Sampai sekolah memang terlalu awal. Anak-anak curi-curi tidur sampai pukul tujuh baru assemble. Aku ada duty pukul 6:45. Balik sekolah aku dan anak-anak naik bas Causway Link dari Jurong East ke rumahku di Bukit Indah. Perjalanan memakan masa 1 jam sahaja. Mula-mula seronok tetapi lama-lama penat juga turun naik cop passport. Kasihan juga tengok anak-anak api bila dah sampai rumah, penat pun hilang. Dia orang tukar baju, terus main basikal dan motor keliling kawasan rumah. Aku ikut juga main basikal. Seronok betul.
Tinggal di rumahku sekarang ni jauh berbeza daripada dahulu. Maklum rumah tiga bilik. Dahlah kecil, banyak barang pula. Sempit dan sesak. Sebenarnya, dahulu kami tak perasan sehinggalah tinggal di rumah besar. Semuanya luas. Siling tinggi, depan rumah padang luas, halaman luas, bilik luas, bilik mandi (tempat aku menghilangkan stress) pun luas. Pendek kata, fikiran jadi luas dan tenteram. Nikmatnya tidak dapat aku gambarkan di sini. Udara yang sihat, tiada bunyi bising memanglah keadaan hidup yang aku impikan.
Dahulu aku impikan rumah begini, kini dah dapat walaupun kami hanya menyewa. Insyaallah, plan kami untuk membeli rumah di sini akan kami kotakan kerana kami sesuai sungguh tinggal di Johore. Sebenarnya, aku bersyukur dengan hanya mempunyai rumah 4 atau 5 bilik. Tetapi aku dapat rumah besar. Aku juga tidak mengimpikan punya mobil tetapi terus dapat mobil besar. Inilah yang dikatakan rezeki Allah. Kalau Dia hendak beri, dia beri. Inilah hikmah yang kami dapat kerana bersabar dan bersyukur walaupun keadaan hidup dahulu tidak seperti sekarang.
Walaubagaimanapun, aku sentiasa berpijak di bumi nyata. Ini semua adalah harta dunia. Allah boleh memberi dan Allah boleh menariknya kembali. Aku berdoa kepada Allah agar aku sekeluarga tidak lemas dan tenggelam di dalam keselesaan duniawi ini. Malahan banyak perubahan yang kami alami di sini. Kehidupan kami sekeluarga lebih akrab dan kami lebih mementingkan soal keagamaan dan kekeluargaan. Dapat sembahyang jemaah selalu kerana ada ruang. Anak-anak belajar dalam keadaan yang lebih sempurna. They work dan play well here.
Semenjak adanya kereta keadaan bertambah baik di sini. Kami tidaklah bangun seawal dahulu. Kami bertolak pada pukul 6:10 dan sampai pada pukul 6:40. Sempat juga. Kami pulang pun tak lah kelam kabut. Relaks aje sebab ada supir. Malam bebas untuk pergi Giant ke, Best Mart ke atau ke kedai makan. Baru-baru ini, jika pulang awal kami sekeluarga ke Taman dekat rumah. Baru satu hari aku walkajog dan anak-anak memang sentiasa main bola dan permainan di situ. Hai, pendek kata sekali lagi, memang kehidupan kami boleh dikatakan completelah. Tak macam dahulu. Stress sentiasa. Nak pegi mana-mana pun susah sebab perbelanjaan kalau keluar mahal. Balik-balik Jurong Point, Boon Lay Shopping, rumah mak dan malam duduk pasar minum teh. Di sini pun kami keluar malam-malam minum teh dan makan di my favourite kedai, Nurnanda. Tehnye power. Makanan di sana juga murah sekali. Tak masak pun tak apa. Tapi jelak juga kalau asyik makan luar.
Aku hanya berdoa semoga Allah membuka pintu rezekinya kepada kami dan sentiasa mengingatkan kami akan kebesarannya. Semoga kami tidak lupa diri. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment