Tuesday, December 2, 2008

KL Hilton Genting


Cuti tahun ini aku bercuti di KL. Memang ramai orang aku kenali bercuti ke KL. Maklumlah ekonomi merosot. Hubby memang tak berkenan betul kalau cakap nak bercuti ke KL. Tanggapannya agak negatif tentang KL. Dia rasa macam pergi ke Orchard Rd gitu. Dia memang tak suka pergi tempat yang high class, banyak shopping centre yang moden-moden. Dia suka pergi ke kedai yang tepi jalan. (dah puas mungkin)



Aku pula biasa-biasa sahaja. Namun pemergian aku kali ini agak berbeza. Aku pergi bersama teman seperjuanganku di Bukit Indah. Kebetulan teman kami tu bekerja di Hotel Hilton Singapore. Jadi kami dapatlah menginap di Hotel Hilton dengan harga yang memang murah gila. Kalau nak pergi sendiri, kami tak mampu nak buang duit tinggal di Hotel Hilton. Aku memang tidak terfikir macam mana stylo-milo hotel Hilton tu. Apabila sampai di situ, mak oi! Memang 'posh'. Kelas betul. Paling dekat aku pada keadaan begitu ialah sewaktu kami hendak menginap di Hotel Puteri Pan Pacific di JB. Apabila kami masuk, sudah rasa ketidakselesaannya. Manakan tidak. Kami pakai santai sahaja. Tahu-tahu sahajalah suami aku tu. Suka santai-santai saja. Apabila tiba di lobi rasa janggal sahaja. Kami pun keluar dan pergi ke Hotel Eden (sekarang The Zon Hotel).





Nasib baik, kali ini kami berpakaian yang sesuai sebab dah tahu keadaan di Hilton. Bukan apa. Manusia ni memang kita tahu menilai seseorang dengan pakaiannya. Memang kami tidak pandai dilayan seperti orang kaya. Kami rasa janggal. Bukan senang nak lagak orang kaya. Kalau orang miskin lebih senang. Mentelah lagi yang datang di situ bukan orang Melayu. Semua orang luar negera.


Setelah check in, kami masuk ke bilik hotel. Mak oi! Memang kelas bilik kami. Cantik amat. Memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan hotel murah atau sederhana. Lebih cantik daripada hotel Amara yang baru aku pergi tempoh hari bersama cikgu-cikgu sekolah. Betul-betul punya kelaslah. Hai macam rusa masuk kampung! Anak-anak suka satu aje, bath tub. Mulalah mereka swimming dulu di bilik mandi. Tetapi yang susahnya tentang hotel-hotel mewah ini, bilik airnya tiada kunci. Tak selesa sungguh nak melabor atau mandi, walaupun anak-beranak.

Mazlan dan Shereen membawa kami sekeluarga ke Petaling Street. Ini tempat memang 'a must go' for bag lovers. I gila betul tengok beg-beg di situ. Aku pilih beg sampai 2 jam tetapi masih tidak ada yang aku beli melainkan beg kecil sahaja. Niat nak beli beg besar sedikit untuk ke sekolah. Rambang mata. Semua aku suka. Kalau nak beli barang di sini harus tawar sampai setengah harga. Aku beli beg kecil yang harganya rm85 tetapi aku tawar sehingga $60. Kalau aku tawar samapai $50 tentu masih boleh dapat. Aku borong buat ibu dan kakak ipar.

Sebenarnya, banyak tempat yang kami tidak pergi di KL Central itu. Ternyata tanggapan suami mengenai keadaan di KL tidak benar. Memang ada pusat beli-belah yang moden tetapi ada juga banyak kedai-kedai tepi jalan yang menjual berbagai-bagai barangan. KL ni happening. Banyak aktiviti di situ.

Yang kami tak boleh angkat ialah keadaan kesesakan jalan rayanya. Kalau nak merayap di KL ni tak boleh bawa kenderaan sendiri. Park saja di hotel dan jalan naik rail atau bas. Lebih cepat.


Hari kedua kami memandu ke Genting Highland. Pertama kali naik ke atas sendiri. Tidaklah rasa berbahaya, tak macam di Fraser dulu. Tetapi kereta punya berat hendak mendaki. Macam bawa batu beberapa tan. Takut juga kalau kereta rosak. Maklumlah, tidak pernah kena kerja teruk-teruk naik bukit. Hai, Wish, sabar ajelah. Memang Wish ni banyak berjasa. Sampai juga kami di atas dengan selamat. Selepas itu Wish rehatlah sampai malam baru kami pulang. Aku memang tidak berapa favourite pergi Genting waktu cuti sekolah sebab tak sanggup nak tunggu. Kali ni aku tertipu lagi. Aku kena tunggu selama 2 jam hanya untuk Zulfakar dan Daanish nak naik bumper boat. Hai bosan betul. Kalau pergi Sunway Lagoon lagi best.



Namun aku ada episod tidak enaklah nak cerita di sini. Waktu tu kami makan di McDonald. Aku dan Batrisyia naik ke atas. Hubby, Daanish dan Zulfakar beli makanan. Tiba-tiba, hubby naik muka marah-marah. Dia pun ceritalah tentang pekerja di kaunter yang kurang ajar. Pekerja itu ingatkan hubby tak tahu cakap Melayu (muka pun memang bukan Melayu.) Dia charge large fries and coke tapi dia bagi small. Apabila kawan dia tegur dia, dia kata, "Biarkanlah dia pun tak tahu." Hubby diam aje. Hubby malu sebab orang di sebelahnya tengokkan dia. Rasa macam kena bodoh-bodoh gitulah. Dia ambil dan hantar makanan. Dia turun balik dan panggil manager. Cara manager itu cakap dgn dia tak professional. Dari raut mukanya seperti dia malas nak layan dan kenapalah ini orang nak buat perkara kecil jadi besar. Bila hubby naik atas, makan, pekerja itu pun datang dan cuba hendak menerangkan perkara yang sebenar. Hubby tanya satu aje. Ade ke dia mengatakan begitu tadi. Pada mula dia tak mengaku. Hubby tanya lagi. Dia masih nak berdalih. Suara dia kuat pulak tu. Hubby kata sudah panggil manager. Apabila manager datang (perempuan), muka dia memang macam nak kena sepak. Fed-uplah konon sebab kena buat kerja tu! Dia dah siap bawa duit ganti. Hubby kata ini bukan soal duit tetatpi soal tatatertib bekerja dan penipuan. Nama baik McDonald yang mereka gunakan tetapi perangai amat mengecewakan. Kali ini pekerja itu tidak banyak cakap. Dia meminta maaf. Si manager muka macam tapai basi. Gerak badannya jelas tidak suka. lepas itu cakap minta maaf pun tak ikhlas. Ish. Malu betul aku melihat pekerja demikian yang langsung tidak faham bahawa mereka ni bekerja dengan manusia, serving humans, bukan monyet di kandang. Kalau tak pandai melayan customer, cari kerja lain. Beri monyet makan di zoo ke.. Ish memang memalukan. Terang-terangan dah salah tetapi dia buat macam kita pulak yang bersalah. Ini memang rasmi kebanyakan manusia tetapi inikan periuk nasi, kenalah berhemah sedikit dan tahu jaga nama company.

Anyway, dah pun berakhir. Semoga menjadi pengajaran bagi kita semua.

No comments: