Sunday, August 31, 2008

Hari Guru


Setiap tahun, Hari Guru penuh dengan kemeriahan bagi guru dan juga murid-murid. Tetapi aku rasa murid-muridlah yang paling gembira. Sempat aku mengajar anak muridku cara memberi hadiah kepada guru-guru mereka. Dek kerana malu memberi hadiah ada sesetengah mereka yang memberi hadiah itu tanpa kata-kata atau adab memberi. Setelah mengajarnya, murid-muridku ternyata lebih beradab. Kadang-kadang perkara yang kecil begini sukar untuk dibuat. Kalau ajar pada murid waktu lain, aku rasa murid-murid ini terlupa. Seronok tengok murid-murid darjah satu memberiku hadiah dengan adab yang telah aku ajar. Bukan apa-apa. Aku rasa perkara ini harus diajar. Betapa aku sedar, kanak-kanak zaman sekarang kurang beradab. Tidak boleh salahkan mereka. Kita sebagai pendidik wajib mengajar nilai-nilai murni ini bukan sahaja akademik. Apabila ada kesempatan, harus diajarkan.

Tahun ini pihak yang bertugas telah membuat sedikit pembaharuan kepada sambutan hari guru. Kalau sebelum ini, murid-murid sibuk membuat persembahan untuk guru-guru, kali ini tidak ada itu semua. Bukan apa, kadang-kadang, persembahan mereka tu boring dan bukan-bukan aje. Sebenarnya, mereka yang lebih ghairah kerana dapat menari menyanyi dsbnya. Cikgu-cikgu harus duduk selama 1 jam menyaksikan itu semua. Jadi kali ini, guru-guru telah disuruh memakai apa sahaja yang kita mahu kecuali pakaian harian kita. Maka ada yang memakai pakaian pari-pari, superman, ahli bomba, doktor dll. Aku and the geng sebulat suara memakai pakaian ala Hang Tuah and the geng. Senanglah tu sebab samping dan tanjak memang telah tersedia ada. Seronok juga tetapi guru-guru yang harus bertungkus lumus membuat persiapan. Kita harus berjalan di tengah dewan dan berkumpul di atas pentas. Lepas itu kami dipilih satu persatu untuk melakukan sesuatu, kuizlah, karaoke dan menari. Murid-murid memang seronok tetapi cikgu-cikgu terasa penat pulak.

Tengah hari kami ke Sakura Restaurant di Jurong West Sports Complex. Aku tidak pernah jejak kaki ke sana. Makanannya, mak oi! A wide spread of food. Macam-macam. Tak termakan pulak. Hari itu memanglah juga Hari lahir Miss Tan (guru besar). Tak sempat potong kek, aku sudah minta diri untuk pulang. Penat betul sebab hari sebelumnya aku baru balik dari Trengganu/Kelantan. Anyway, aku bawa balik banyak hadiah. Seperti biasa, aku bawa balik dan atur baik-baik untuk ambil gambar, selepas itu anak-anak seronok membuka hadiah tu semua. Dari hakim kecil sampai sekarang, dah jadi macam adat pulak. Aku berterima kasih kepada murid-murid yang memberi hadiah-hadiah itu. Bukan harganya atau bendanya yang aku hairankan malah aku amat terharu dengan kata-kata yang ditulis di dalam kad-kad yang diberi. Apabila membaca kata-kata yang memberi aku perangsang itu terasa terharu seketika.








Sunday, August 17, 2008

Saturday, August 16, 2008

Belated Holiday at Air Papan, Mersing

Waktu cuti National Day tu aku dan keluarga tidak pergi ke mana-mana. Hubby kasihan kata kita. Dia ajak pergi bercuti berkelah di Air Papan, Mersing. Aku pernah dengar daripada emak dan sepupu-sepupuku bahawa di sana seronok. Boleh mandi di laut dan juga di kolam renang. Aku pun tengok-tengoklah di internet. Memang cantik pantainya dan reviu dari internet memang hebat-hebat belaka memuji tempat itu.

Aku pun pergilah bersama Maslan dan Shirin(teman seperjuangan) dan Esah sekeluarga(ipar Shirin).

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Sara sibuk nak suruh aku buat bread pudding dari semalam. Pagi-pagi aku dah pun buat sebab nak tunggu lama untuk bakar. Nak but egg mayonaise dan nasi goreng belen nasi semalam tetapi telur dah habis. Kejut hubby bangun untuk beli telur. Sampi pukul 8:30 pun belum bangun. Rupa-rupanya dia terlupa nak pergi Air Papan. Hai, semalam sibuk berbual mengenainya. Penat mungkin. Nasib baik aku sudah siapkan bahan-bahannya. Tinggal hendak masak sahaja. Janji nak keluar pukul 9:00. Pukul 9:00 baru nak masak. Setelah masak, kami mula perjalanan pada pukul 10:00 lebih kurang gitulah.

Dalam perjalanan, ternampak pula sebuah van yang berhenti di tepi jalan. Ada budak-budak dan orang dewasa. Mereka melambai-lambai kami. Kami kasihan pula tu dan berhenti. Tengok-tengok kalau mereka perlukan bantuan. Rupanya, brek mereka rosak. Tidak ada apa yang boleh kami buat. Hubby tolong ambil air dan curahkan pada tayar. Panas. Tak tahulah apa yang mereka buat lagi. Kami yang sedang kelaparan, pun berkelah di situ juga. Semua kelaaparan. Aku keluarkan bread pudding dan buatkan egg mayonaise sandwich untuk semua orang. Kuberikan juga kepada kanak-kanak di dalam van itu. Kasihan pula. Tentu lapar dan kepanasan. Mereka beri pula satu plastik rambutan. Jika berjasa dapat merasa. Ada yang sempat juga bergambar di tepi longkang. Kami meneruskan perjalanan kami.

Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 hingga 3 jam. Sampai di sana, kelihatan pantai yang luas. Panjang pantai 3km. Ramai juga orang tempatan yang berkelah di situ. Kami cari tempat untuk menginap. Plan nak stay 1 hari. Tetapi apabila melihat keadaan chalet yang mahal, rm240 untuk 5 -6 orang, tak jadi pula. Keadaan sungguh daif. Tak berbaloi. Kami rasa kalau kami habiskan masa beberapa jam di situ, sudah cukuplah. Pasirnya tidaklah seputih di Redang tetapi airnya bersih. Kami siap untuk berenang. Ombaknya boleh tahan. Aku terbaca di internet tentang dua orang budak yang lemas di situ. Apa lagi, aku kawal anak-anak semasa bermain di situ. Setelah 1 jam berenang, awan hitam berkepul-kepul di tiup angin ke arah kami. Keadaan menjadi gelap seakan sudah nak maghrib. Kami bersiap untuk pergi. Mandi hujan dulu. Cari tandas awam, tutup. Harus jalan sedikit baru jumpa tandas di salah satu chalet. Kena bayaran rm1 setiap sorang. Setelah bersih, kami meneruskan perjalanan pulang.

Rasanya kami tidak akan ke Air Papan lagi. Tidak ada apa-apa yang menarik. Sekurang-kurangnya, kami dah sampai. Tak terkilanlah ya nanti kalau dah nampak dengan mata kepala sendiri. Kalau pergi rombongan untuk berkelah mungkin menarik. Bukan tempat buat kita, kita buat tempat tu menarik. Mungkin kalau pergi ke Desaru, lebih seronok.

Balik di rumah, rasanya tak menyesal membuat keputusan untuk pulang.

Sunday, August 10, 2008

Birthday Bash for August Babies @ Johore









9 Ogos 2008 hari yang sungguh bermakna. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menyambut hari kelahiran mereka. Kenalanku tidak ramai yang menyambut hari lahir mereka pada hari ini. Anakku, Nurhakim, sipi-sipi, 5 August. Adik perempuanku pula lebih sipinya, 8 August. Semalam aku dan keluargaku pergi ke sambutan hari lahir seorang lagi teman seperjuagan kami di Bukit Indah yang menyambut hari lahirnya pada 9 August. Sungguh istimewa.
National Day Baby - Shereen











Kod pakaian, tentulah warna merah dan putih. Sebagai menghormati hos, aku dan anak-anak berpakaian merah juga. Memang, warna merah ini lebih cantik jika digandingkan dengan warna putih, bukan hitam atau sebarang warna lain. Berseri-seri rupa birthday girl. Eh? Lupa pula nak tanya umur! Tidak apalah. Tidak penting sangat.

Aku tidak tahu apa yang harusku buat kali ini. Dulu aku buat brownies. Sekarang nak buat apa ya? Teringat pula nak buat jemput-jemput. Memang dah lama pun tak buat. Tapi kena ke dengan tema hari kebangsaan. Takkan nak warnakan jemput-jemputku merah putih pulak. Ah... apalah nak susah-susah sangat. Original itu lebih baik.

Aku pergi ke kedai mencari pisang. Nak cari pisang emas, dapat pulak pisang 41 hari. Ada kena mengena juga tu. Macam orang lepas hari pulak. Ada kena mengena dengan kelahiran. Semua anak-anak membantu. Fakar tolong kopek kulit. Sara tolong lenyekkan pisang dan mengacau tepung. Aku tolong gorenglah. Aku ikut resipi emak tapiku ubah sedikit. Memang gerenti sedap.

Oleh kerana nak hidang panas, panas, aku suruh mereka semua pergi dulu dan aku goreng, dapat 1 dulang sederhana aluminium foil. Sampai sahaja, semua orang dah datang dan menantikanku untuk potong kek. Lapar agaknya mereka, kerana semua hidangan telah tersusun di atas meja belum dibuka. Apalagi, apabila aku hidangkan di atas meja, semua orang mencapai. Memang puas hatilah beb. Dapat pujian lagi. Alhamdulillah, berbaloi usahaku. Kadang-kadang, kita ingat senang nak buat jemput-jemput tetapi semua komen perkara-perkara yang mereka tidak suka pada jemput-jemput. Mereka tak suka yang lembik dan berminyak. Nah semua itu memang telah aku atasi di dalam jemput-jemputku. Garing on the outside and lembut on the inside. Gerenti tidak berminyak dan makan satu hendak 10 atau lebih.

Saturday, August 9, 2008

Refleksi Hari Kebangsaan 2008 - 43rd Birthday


Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini terasa berlainan sedikit. Ketika menyanyikan lagu kebangsaan bersama keluarga besar Juying, aku dapat merasakan bulu romaku ternaik. Hari-hari nyanyikan lagu kebangsaan. Kenapa hari ini berlainan sedikit? Setelah aku meneliti diri, aku faham kini. Di dalam fikiranku terfikir tentang aku rakyat Singapura dan tinggal di Johore. Aku memang sudah tertarik dengan kehidupan di Johore dan rasanya tidak mahu tinggal di Singapura lagi. Namun aku tidak pernah berasa diri ini rakyat Malaysia atau Johore. Hati dan jiwaku masih Singaporean!!

Terfikir kekadang, adakah aku ni pembelot? Di mana rasa jati diriku sebagai anak watan Singapura?

Ketika bendera diangkat oleh pasukan pengakap dan pandu puteri dengan muzik yang berbaur patriotik, aku dapat rasakan kecintaanku terhadap negeri kelahiranku, Singapura. Sememangnya, benar kata pepatah, hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

Tetapi sejauh manakah kita mampu menjunjung peribahasa ini di dalam kita meniti hidup seharian?

Padaku, aku bukan pembelot. Aku memang cinta dan sayangkan negara kelahiranku. Aku berbangga menjadi rakyat Singapura. Tetapi, bumi Allah ini luas. Rezeki kita tidak tertakluk pada negeri kelahiran kita sampai kita mati.

Memang wajar kalau setiap negeri menyambut Hari Kebangsaan masing-masing kerana ia penting bagi menimbulkan rasa cinta dan jati diri terhadap negeri kelahiran kita walaupun hanya satu hari. Ternyata kesan refleksi diriku pada waktu itu telah menimbulkan perasaan kecintaanku menjadi warga negera Singapura. Semoga Singapura sentiasa menuju kejayaan dan kecemerlangan.!!!

Menyampuk : Aku sedang menyaksi sambutan hari Kebangsaan di TV. Setiap tahun pergi tengok bunga api. Tahun ini bunga api pun dah tak hairan sebab dah puas rasanya melihat bunga api sewaktu Tahun Baru Cina di Johore.

Sunday, August 3, 2008

Roller Coaster in August 2008

Hai.. kalau bukan kerana hari ini aku harus membawa murid-murid untuk menyertai National Observance Ceremony di Jurong West stadium, aku pasti tidak mahu masuk Singapura. Maklumlah hari Minggu. Namun aku sekeluarga terpaksa bangun pagi-pagi sama macam nak pergi ke sekolah.

Sampai sahaja, aku pun join guru-guru lain untuk mendandan penari-penari cilikku. Pukul 8 pagi kami mula bergerak ke stadium. Cuaca memang baik hari ini tetapi panasnya tuhan sahaja yang tahu. Setelah habis persembahan, aku membawa keluargaku ke Geylang Serai. Pergi gerai jiran kami di Johore(teman seperjuangan dari Singapore) Aku memang suka pergi ke flea market ni. Baju murah-murah. Lebih murah dari Johore. Setelah menempatkan anak-anak di gerai our friend, aku pun mula berjalan menyusuri gerai-gerai yang menjual beraneka benda. Aku beli tiga helai blaus yang berharga $5 dan $8. Murahkan? Cuaca jangan cakap lagilah. Semakin terik menjelang tengah hari.

Sempat makan bersama keluarga di situ. Aku memang dah lama nak makan laksa. Laksa di Johore menggunakan mi kuning. Tak sedaplah. Aku pun order Laksa kerang. Aku order air cerry F&N. Entah macam mana? Perutku meragam lepas itu. Tak tahulah apa puncanya. Mungkin penangan kerang kot? Atau mungkin penangan kerang bersama air bergas F&N. Entahlah. Yang pasti aku bergegas cari tandas. Temanku, Lubna membawaku ke tandas di Yokoso. Level 1, penuh manusia, Level 2, banyak tandas yang tersumbat.(macam inspektor tandas pulak) Perut semakin meragam. Aku dapat juga bertahan. Sampai di tingkat 3, si pencuci tandas pula yang tidak benarkan masuk kerana dia hendak cuci tandas. Disendalnya pintu dengan kereta sorongnya. Aku minta dia benarkan kami menggunakan tandas itu kerana emergency, dia tak layan. Dia suruh kami pergi ke level 1. Aku dah tak boleh tahan lagi dah. Perut dah memulas, dan rasa macam nak terkeluar aje. Aku pun memujuk pencuci tandas. Dia berbangsa Cina dari negeri China. Walaupun cakap macam ayam dan itik, dia faham juga cakap aku. Inilah fitrah manusia. Muka dia masam macam cuka tetapi dia benarkan. Aku pun apa lagi, macam lipas kudung. Hai, leganya. Aku bukan nak bicara kotor tetapi inilah realiti. Aku pun mengucapkan terima kasih kepada si brother Cina tu. Hai.. dia tersenyum, Lain benar daripada yang mula-mula. Ebtah-entah dia tersenyum melihat gelagatku.

Kadang-kadang, kita ni terlalu rigid apabila membuat pekerjaan kita sehingga kita jadi tidak berhati perut. Namun manusia ni kalah kalau kita desak.

Sekembalinya dari tandas, aku mendapat berita dari adikku bahawa suami ibu saudaraku, Ngah Soed telah meninggal dunia. Terperanjat sebentar aku. Nasib baik dah buang air besar. kalau tidak terburai semuanya di situ. Aku bergegas ke rumahnya di Boon Lay. Arwahnya meninggal kerana serangan jantung. Ibuku dengan ibu saudaraku ini memang rapat. Aku pun rapatlah juga nak dibandingkan dengan aunty dan uncle yang lain. Ketika aku datang, ramai orang sedang berkumpul menunggu jenazah beliau dari hospital. Hari itu pula merupakan majlis perkahwinan anak saudara arwah.Terencat sedikit majlis kahwin. Ibu saudaraku pula yang masak untuk majlis itu. Nasib baik arwahnya meninggal hari Minggu ketika semua telah dimasak.

Semua yang datang melawat berpakaian cantik, maklum sajalah balik dari jemputan. Tidak rasa seolah-olah menziarah kematian. Suasana tidaklah begitu sugul kerana ibu saudaraku tabah juga orangnya. Nangis-nangis jugalah bila sanak-saudara datang memeluk dan menangisi pemergian arwah. Kematiannya agak mengejut. Sehari sebelum kematiannya, dia sempat berjumpa dengan semua ahli keluarganya termasuk yang datang dari Serawak. Matinya pun tidak menyusahkan ahli keluarga.

Semasa aku duduk-duduk menemani ibu saudaraku sewaktu jenazah dihantar untuk dikebumikan, aku terdengar tentang arwah sebelum dia meninggal oleh cerita kakaknya. Dalam tangisan dia menceritakan semula detik-detik akhir sebelum arwah meninggal. Arwah mengadu sakit dada. Arwah begitu manja dengan kakaknya. Sempat dia berpesan ini dan itu. Dia juga memberitahu kakakku jikalau selesai majlis perkahwinan itu nanti, dia hendak ajak kakaknya datang ke rumah aku di Johore. Sayang, hajatnya tidak sampai. Memang arwah belum sampai ke rumahku di Johore lagi. Berkali-kali dia berjanji tetapi masa tidak mengizinkan. Perangainya agak manja sekali. Nampak sangat perubahan dirinya kata kakaknya.

Yang paling menyedihkan aku ialah apabila terkenangkan anak lelakinya yang masih di dalam penjara. Dia tidak dapat keluar untuk mengadap bapanya. Arwahnya sangat sayangkan sepupuku itu. Semoga dia insaflah. Terfikir pula dibenakku, apakah perasaan dia di sana? Remuk redam hatinya, agaknya. Ini semua takdir Allah. Aku kasihankan ibu saudaraku juga. Mereka berdua sangat rapat. Kemana sahaja berdua. Karaoke berdua, kerja berdua. Jarang sekali aku lihat mereka berenggang. Dia mungkin akan merasa kesepian. Tetapi dia kata dia puas memeluk, mencium dan berbisik di telinga arwah sebelum dia meninggal. Dia tidak terkilan apa-apalah. Innalillah hiwainnailla hi rajiun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin

Aku sekeluarga tidak dapat mengikuti tahlil kerana kami harus pulang segera takut jam. Ternyata tidak. Aku terus pergi ke Best Mart untuk membeli ikan bagi kucingku Wish. Aku terkejut besar lagi! Dari jauh aku terpandang seorang. Aku berbisik di dalam hati orang Cina ni macam Abang Jo. Tatkala itu aku terpandang perempuan disebelahnya. Kak Illa!! Ya betullah itu Abang Jo. Aku menepuk bahu kak Illa. Mereka ialah Marsilah Marfudhz anak Pon Bachik dan Abang Jo juga merupakan pelakon yang agak terkenal di Singapura suatu masa dahulu dan mungkin sekarang. Rupanya, mereka baru 2 bulan tinggal di Bukit Indah di rumah Pon Bachik. Pon Bachik dah 4 tahun tinggal di Bukit Indah. Aku tidak tahu menahu. Aku sungguh gembira melihat mereka. Yalah, ketika aku di Sriwana dahulu, aku pernah bernyanyi bersama Kak Illa, berkhemah di Pulau Hantu, berlakon bersamanya dan juga kami bersekolah di sekolah yang sama sewaktu di pra-U dulu. Aku teringat berlakon drama hari raya arahannya. Dulu semasa musikal Jefri dan Maria yang dibintangi oleh dia dan Azahar Norlesta, aku pernah memegang watak doublenya kerana muka kami bolehlah tahan mirip. Anaknya yang pertama dipanggil Azi. Itulah nama mereka panggil aku sewaktu di Sriwana dulu. Mereka memang tak boleh lupakan aku kot. Azi tu pun sebaya dengan anakku Hakim. Kami bertukar nombor tel dan alamat. Tak sabar aku hendak berjumpa dengan Cik Pon dan Encik Mahfudz. Dah lama tak jumpa. Jumpa dulu pun sewaktu ada liputan mengenai keluarga Cik Pon di televisyen. Dengar-dengar, Mahyunis pun ada bersama mereka.

Tidak disangka, bulan Ogos membawa banyak cerita. Satu hari sahaja banyak perkara yang berlaku. Suka dan duka kehidupan. Di satu masa aku berduka dan di hari yang sama, duka hilang digantikan dengan suka. Yalah, bukan kita yang mengalaminya. Kita hanya mampu turut bersedih sewaktu di situ. Apabila balik, semuanya dengan hal kehidupan masing-masing. Yang pergi tetap pergi dan yang hidup tetap hidup.

Hari raya nanti, meriahlah sedikit berhari raya di sini. Ramai rumah yang boleh aku ziarahi. Aku ingatkan kami tidak berhari raya di sini tetapi sebaliknya pulak.

Ikutilah catatan persiapan menjelang puasa.......