Wednesday, July 18, 2007

Nak pindah

Alhamdulillah..
Dah selamat jual rumah.
Tak sangka ya jual beli rumah ni satu macam punya stress. Dah lama nak pindah bila keluarga semakin membesar tetapi hubby masih suka tinggal di rumah sekarang ni. Bukan apa banyak kemudahan dan benefit. Dia nak kerja pun senang. Maklumlah perempuan, rumahku syurgaku. Makin lama makin sempit rasa rumah ini. Barang banyak tapi ruang tak ada. Nak buang sayang(warisi perangai abah macam karung guni) Kalau kemas, niat nak buang, tapi simpan lagi. So dengar khabar ada rumah di belakang block, 5 jumbo, 2 3- room flat jadi satu. Hubby kalau daerah sini memang dia suka. Rumah bawah lagi. Apalagi kita pun tak lepas peluang. Dapatkan ejen dia jual rumah kita. Nasib baik pilih ejen rumah itu kerana tuan rumah jumbo itu sekarang dah buat kerenah. Memanglah, lambat sangat tunggu kita. Sebenarnya bukan salah kita, rumah belum terjual. Ada yang dah nak, ada masalah cpf pulak dan bermacam-macam lagi. Proses untuk mendapatkan loan ni pun leceh sikit. Tapi kita cuba dapatkan loan HDB sampai pegi MP sebab kalau ikut elligibility kena bank loan. Kalau dapat alhamdulillah kerana bank loan ni ada seram sedikit. Kita tak tahu masa depan nanti macam mana. Dah dengar banyak cerita sedih dari Hubby yang dah tolong beberapa orang mengenai masalah bank loan ni. 3 bulan merana sebab rumah asyik orang datang tengok. Ramai tengok tapi belum ada yang secocok. Sekarang dah tak perlu fikir-fikir lagi. We had a good deal. Dapat rumah baru ke tidak, kami harus pindah. Masa yg menentukan di mana kami akan berpindah. Kalau dapat rumah idaman alhamdulillah. Kalau tidak, cari yang lain. Aku berserah kepada Allah menentukan masa depan aku. Aku tidak berdoa untuk dapatkan rumah itu. Aku berdoa Allah memberi kami yang terbaik. Kalau rezeki kami ada di situ dapat kalau tak baik dan Allah dah tentukan untuk pindah rumah lain, maka akau redha dengan ketentuannya. Kita merancang, Allah yang menentukan. Aku percaya Allah akan beri yang terbaik untuk kami sekeluarga. Sekarang, perlu terus berusaha dan berdoa.

Cakap pasal rumah ni, dulu aku dibesarkan di rumah 3 bilik bersama ibu bapa dan 3 adik-adikku. Aku berkongsi dengan 3 adik-adikku yang lain. Aku selalu berangan untuk mendapatkan bilik sendiri. Aku bayangkan betapa gembiranya aku kalau dapat bilik sendiri. Boleh decorate mengikut cita rasa sendir. Bila dah kahwin kena kongsi dengan suami pulak. Bila anak dah besar, aku dan suami pilih bilik utility room sebab bilikku yang lagi satu kami gunakan sebagai store dan walk-in wardrobe kerana baju dan barang kami banyak. Utility room tak cukup.

No comments: