Wednesday, July 23, 2008

Flora dan Fauna di Bukit Indah

Aku ni memang suka menanam pokok. Pokok bunga ke atau pokok herba. Yang aku suka ialah menanam pokok-pokok yang boleh aku gunakan dalam masakanku. Tidak payah hendak pergi ke pasar. Pakai sedikit sahaja tapi kalau hendak beli harus lebih. Membazir saja. Kalau ada ditanam di perkarangan rumah, senang sahaja. Segar lagi. Di sini adalah beberapa koleksi pokok-pokok bunga dan herba yang aku usahakan sendiri di belakang dan depan rumah Johorku.


Daun sup - enak kalau dicampur dalam sup ayam, mi goreng dll.








daun kesum - enak kalau dicampur dalam masakan asam pedas. Penanamannya mudah dan senang untuk menjaganya. Tumbuh merimbun.





pokok cili - sudah berbuah beberapa kali. Aku gunakan untuk membuat sambal belacan. Cara menyiram air hanya pada waktu matahari terik. Kalau hendak petik cilinya juga pada matahari terik. Kalau tidak cili rosak.




daun pandan - amat berguna untuk banyak masakan, dibubuh pada teh-O, harum baunya selain khasiatnya yang tersendiri.





daun kari - apalagi kalau tidak dibubuh pada lauk kari ayam, ikan dll. Kalau goreng ayam, goreng sekali bersama, harum semerbak ayam goreng selain memberikan rasa yang tersendiri. - pokok ini dberi oleh jiran dan kutanam - ada juga yang dibawa dari Singapura




daun jintan hitam (kalau tidak silaplah) - amat berguna jika mengalami deman panas. Ramas daun dan bubuh pada kepala. Diberi oleh mak cikku. Cara menanamnya juga mudah. Bau daunnya susah untuk dikatakan disini. Aku suka aje.

bersambung.....