Friday, March 14, 2008

Incredible 2 days Getaway!


Kalau dulu apabila menjelang cuti sekolah, sibuk fikir nak pergi mana. Kali ini, tidak masuk Singapore sudah cukup cuti. Yalah, tak payah nak bangun pagi-pagi, go thru custom dll. Tapi Hubby ajak pergi Cerating. Macam tak percaya gitu sebab perjalanankan jauh, ke Kuantan nak masuk Trengganu. Aku pun carilah map yang telah dilakarkan oleh teman sekerjaku dulu, Shirin. Dah nak dekat lima tahun aku simpan. Masih ada tau!


Walaupun cuaca memang tak mengizinkan tetapi oleh kerana sudah janji anak-anak, kami teruskan juga. Nak pergi pagi tak jadi sebab orang internet nak datang untuk install system. Kami bertolak jam 1 tengahari. Bila nak sampai agaknya..?

Kami bertolak ikut North South Highway ke Yong Peng (as directed by friends and Shirin's Map, keluar Segamat ke Muadzam dan terus ke Kuantan sebelum ke Cerating. Perjalanan memang jauh. Sakit kepala, sakit tengkok, sakit mata..semualah sakit. Aku sebagai GPS dan co-driver ni sama susah. Kalau driver tu paling teruklah. Kasihan my husband. Pelawa juga untuk drive tapi dia tak bagi. Tak percaya kot. Baik jugalah.

Tanah di Malaysia ni memang luas. Cuaca bertambah buruk. Di sepanjang perjalanan, hujan lebat dan reda di bahagian-bahagian tertentu sahaja. Anak-anak sibuk bertanya bila nak sampai. Honestly, aku pun tak tahu. Hari sudah makin gelap dan kami masih di Kuantan.

Kami sampai Cerating pada pukul 9 lebih. Terus cari tempat penginapan. Memang banyak tetapi yang mana satu? Akhirnya, kami menginap di Residence Inn. Bolehlah tahan tempatnya. 1 malam rm 218 (rm 160 kalau bukan cuti sekolah). Hotelnya luas juga ada 2 queen size bed. Cukuplah untuk kami 5 orang dan seorang anak saudara suamiku. Kami pergi makan malam dahulu di luar. Nak makan pun tak larat sebab dah mengantuk. Dari Johor ke Cerating, menunya sama saja. Tidak ada beza. Tak tahu nak makan apa. Akhirnya makan itu juga, nasi goreng kampung, nasi pattaya dan lain-lain. Balik hotel kami terus tukar pakaian dan tidur. Esok nak pulang. Gila, ya. Dah memandu jauh-jauh sampai lebihh kurang 7 hingga 8 jam, esok nak pulang. Penang memandu belum hilang dah nak pandu lagi. Memang my hubby ni kadang-kadang terlalu sport. Sebenarnya, dia tak sangka begitu jauh perjalanan. Jiran kami kata hanya 5 jam kalau ikut persisiran laut Timur. Tetapi dia yang berbual. Aku tidak ada. Dia tidak begitu yakin.

Esoknya anak-anak ke kolam renang, aku turut sama sebab tidak akan kubiarkan mereka sendirian. Malang jangan dicari. Lepas itu kami sarapan di sebuah kedai makan separuh mat Saleh. Ada Mat Saleh ni yang menetap di Cerating dan membuka restoran dan tempat penginapan mereka sendiri. Namanya ialah Cerating Cottage. Makanan ala barat memang disediakan. Tukang masaknya ialah mak cik- makcik yang berambut pendek berwarna perang. Muka mereka macam ada campuran mat salleh juga. Pakai baju lengan pendek. Agaknya kaum kerabat mereka yang kahwin campur. Aku dan hubby makan free breakfast di Hotel ketika budak-budak bersiap selepas berenang. Tak makan rugi, nak ajak semua mahal sebab satu orang dikenakan rm40. Kalau makan luar tak sampai rm 20.

Selepas makan, anak-anak naik kuda, rm10 untuk 2 bulatan. Memang mahal. Makanan dan barang di situ pun mahal. Maklumlah tempat touris attraction. Yang anehnya, sewaktu aku ke tandas awam di Muadzam, (pondok saja) mereka kenakan rm 30 sen. Tanda di Johor 10 hingga 20 sen aje.

Selepas makan sempat ke pantai, Cantik suasana dengan kawasan pasir yang luas. Ada pondon jual air kelapa. Nak juga minum air kelapa dengan suasana pantai yang indah. Tapi baru nak lepak-lepak main pasir, hujan gerimis. Kelam-kabut masuk kereta. Kami terus ke hotel dan bersiap untuk check-out.

Kami ikut jalan balik. Kali ini dah pandai sedikit. Kami ikut highway pantai Timur ke Gambang untuk ke JB. Semalam, aku terpandang laluan ke Tasik Cini. Aku pun beritahu Hubby tentang sejarah Tasik Cini dan legenda mengenai Naga yang terdapat di situ. Memandangkan kami telah di situ dan bila lagi nak sampai di situ, kami pun detour ke situ. Jauh juga nak masuk dalam. Hujan pula mencurah-curah. Hai.. cubaan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kami teruskan juga. Dengan jalan yang sempit, air bak teh susu pekat yang melimpah dari kawasan bersebalahan jalan raya, lori dan kereta yang lembab di hadapan (terpaksa potong), kami sampai juga di Tasik Cini. Ia terletak di atas kawasan bukit dan di dalam hutan. Seram juga memandu di kawasan yang kiri kanan jalan hanya hutan. Macam-macam di benakku. Monyetke, orang jahat ke? Mulutku tak henti-henti berdoa dan berzikir semoga Allah melindungi kami sehingga selamat ke destinasi.

Hujan masih turun dengan lebat. Setelah kami duduk minum kopi dan milo di restoran itu, hujan pun reda. Hanya gerimis memanjang sehingga kami pulang. Sempat kami makan tengahari di situ. Aku mengambil gambar Tasik Cini yang penuh misteri. Sayang tak dapat naik bot menjelajah kawasan Tasik Cini. Tentu seronok. Ada sekumpulan lelaki mat saleh dan India di situ. Mereka kelihatan macam gay. Geli gemam dan nak muntah aku dibuatnya apabila mat saleh seorang yang memakai seluar renang/aerobic pendek tersenyum-senyum kat suami aku. Hubby pun meluat amat. Cakap hai lagi. Apa dia buta ke aku di sebelah dan anak-anak berempat. Isy.. dasar gay tak ada adat. (Dia orang ada adat ke? Adat gay kot...) Tengok lelaki gay ni memang ada satu macam geli gemannya. Air muka mereka ni satu macamlah. Kita akan tahu mereka gay. Mereka memang tampak lelaki, tak lah pakai baju perempuan tetapi..entahlah. Hai nak tengok naga, nampak lain pulak. Bukan lelaki gay saja yang aku lihat di situ, kami nampak tupai juga. Ada tu macam skunk, berwarna hitam dan putih. Sungguh mahir mereka memanjat pokok, bergerak ke satu dahan ke dahan yang lain. Habis makan kami pun teruskan perjalanan. Tidak berhenti sampai bukit Indah, lebih kurang pukul 8:00 malam.

Kasihan kereta Wish aku. Habis berlapuk. Bukan itu saja, habis enjin kena lumpur sewaktu jalan ke Tasik Cini. Teruklah nak cuci. Cakap dengan hubby tidak payah cuci sendir, hantar sahaja car wash. Memang kereta dah nak kena servis pun.

Ingatan aku bukan mengenai Cerating tetapi perjalanan ke sana. Di Cerating tidak ada apa-apa yang menarik tetapi perjalanan kami ke sana yang mewarnai pengamalan ke sana.