Thursday, July 26, 2007

Graduation Day

24 Julai 2007. Aku terima sijil Diploma in Departmental Management. Kira-kira diploma keduaku tetapi ini tidak bermakna gaji naik. Telah diberitahu siang-siang. Namun aku berharap, diploma in sebagai batu loncatan bagiku untuk mendapat peluang melanjutkan pelajaranku kelak.

Seronok betul hari itu. Dapat jumpa semua teman-teman DDM. Segak-segak dan kacak-kacak belaka. Yang lelaki dengan jacket dan dasi mereka. VP datang untuk melihat aku menerima ijazah. Entah mengapa, perasaan bangga tu tak ada pulak. Mungkin kerana bukan segulung ijazah. Mungkin juga kerana yang datang hanya teman-teman seDDM dan beberapa guest dan principal. Dulu sewaktu mendapat sijil diploma NIE, aku tidak pergi.Entah mengapa tak pergi. Aku dengar banyak orang pergi. Mungkin kalau famili aku ada bersama, aku pasti bangga. Hubby tak dapat datang sebab anak sakit. Kami diberi sebuah beg bimbit yang berlogokan NIE. Very sporty. Bolehlah aku gunakan untuk membawa pakaian bersenamku. Sebenarnya, di dalam hati kecilku ini tersimpan harapan agar kumpulan kami memenangi hadiah bagi training package kami. Kalau nak menang overal best performance atau the highest learning tu rasanya tak kesampaian. Malangnya kami tak menang. Tetapi kumpulan yang menang memang deserving. Valedictoriannya pun memang deservinglah. Orangnya berilmu, matang pemikirannya dan dapat mengutarakan soalan-soalan atau pandangan-pandangan yang memerlukan higher-order thinking. Yang penting orangnya rendah diri dan tak sombong. Kalau bekerja tak mengira dan very positif. Bakal menjadi seorang yang penting kelak. Bertuah aku pernah satu kumpulan dengannya menyediakan projek. Sebenarnya, kebanyakan mereka yang mengikuti DDM itu bakal menjadi VP atau P (tidak termasuk aku ya. Aku tidak mahu jadi P, aku nak jadi pensyarah di NIE). Manalah tahu kalau satu hari aku mengajar di sekolah mereka.

Anyway, selepas majlis, biasalah aku dan member-member groupku duduk di kafeteria dan makan apa yang masih ada di situ. Tart my favourite, so I lantaklah banyak-banyak. Hai there goes all the pounds coming back from my 2 session of gym. Kena kerja keras lagilah ni. Bukan makan saja, boleh tapau balik. Dah tersedia kotak styrofoam. Apalagi, naluri ibu mithali bertindak. Aku pilihlah serba 4 persalinan buat anak-anak di rumah.

Kami berbual sampai nak masuk maghrib. Nasib baik Cheliyan nak pergi campfire anak dia. Dia hantar aku pulang. Nasib baik ada Cheliyan, kaki aku dah tak boleh tahan lagi. Almaklumlah, dah lama tak pakai kasut tinggi. Nak glamour punya pasal, pakai kasut bertumit tinggi. Hai kalau kaki dah tua tu, tak boleh nak muda balik. Mungkin bila badan dah slim nanti, kaki kembali muda. Tak tahulah. But overall I am happy to meet my Group 17.

Wednesday, July 18, 2007

Nak pindah

Alhamdulillah..
Dah selamat jual rumah.
Tak sangka ya jual beli rumah ni satu macam punya stress. Dah lama nak pindah bila keluarga semakin membesar tetapi hubby masih suka tinggal di rumah sekarang ni. Bukan apa banyak kemudahan dan benefit. Dia nak kerja pun senang. Maklumlah perempuan, rumahku syurgaku. Makin lama makin sempit rasa rumah ini. Barang banyak tapi ruang tak ada. Nak buang sayang(warisi perangai abah macam karung guni) Kalau kemas, niat nak buang, tapi simpan lagi. So dengar khabar ada rumah di belakang block, 5 jumbo, 2 3- room flat jadi satu. Hubby kalau daerah sini memang dia suka. Rumah bawah lagi. Apalagi kita pun tak lepas peluang. Dapatkan ejen dia jual rumah kita. Nasib baik pilih ejen rumah itu kerana tuan rumah jumbo itu sekarang dah buat kerenah. Memanglah, lambat sangat tunggu kita. Sebenarnya bukan salah kita, rumah belum terjual. Ada yang dah nak, ada masalah cpf pulak dan bermacam-macam lagi. Proses untuk mendapatkan loan ni pun leceh sikit. Tapi kita cuba dapatkan loan HDB sampai pegi MP sebab kalau ikut elligibility kena bank loan. Kalau dapat alhamdulillah kerana bank loan ni ada seram sedikit. Kita tak tahu masa depan nanti macam mana. Dah dengar banyak cerita sedih dari Hubby yang dah tolong beberapa orang mengenai masalah bank loan ni. 3 bulan merana sebab rumah asyik orang datang tengok. Ramai tengok tapi belum ada yang secocok. Sekarang dah tak perlu fikir-fikir lagi. We had a good deal. Dapat rumah baru ke tidak, kami harus pindah. Masa yg menentukan di mana kami akan berpindah. Kalau dapat rumah idaman alhamdulillah. Kalau tidak, cari yang lain. Aku berserah kepada Allah menentukan masa depan aku. Aku tidak berdoa untuk dapatkan rumah itu. Aku berdoa Allah memberi kami yang terbaik. Kalau rezeki kami ada di situ dapat kalau tak baik dan Allah dah tentukan untuk pindah rumah lain, maka akau redha dengan ketentuannya. Kita merancang, Allah yang menentukan. Aku percaya Allah akan beri yang terbaik untuk kami sekeluarga. Sekarang, perlu terus berusaha dan berdoa.

Cakap pasal rumah ni, dulu aku dibesarkan di rumah 3 bilik bersama ibu bapa dan 3 adik-adikku. Aku berkongsi dengan 3 adik-adikku yang lain. Aku selalu berangan untuk mendapatkan bilik sendiri. Aku bayangkan betapa gembiranya aku kalau dapat bilik sendiri. Boleh decorate mengikut cita rasa sendir. Bila dah kahwin kena kongsi dengan suami pulak. Bila anak dah besar, aku dan suami pilih bilik utility room sebab bilikku yang lagi satu kami gunakan sebagai store dan walk-in wardrobe kerana baju dan barang kami banyak. Utility room tak cukup.

Tuesday, July 10, 2007

Lagu Tak Boleh Jelak Punya

Tuesday, July 3, 2007

A Book is a Window to Many Experiences

Minggu lepas, my Vice Principal, Miss Tay, dan aku perg ke Teachers' Network to attend a briefing for Middle Managers and Leaders. Before going, we went to the Libary. Never went there before. Kadang-kadang, kalau kita ni mix with the right company, kita akan experience good thing. Dia tu memang ulat buku. Aku ingat nak browse aje. Yalah, tempat baru, tengok apa yang ada. Miss Tay pun kata yang I boleh pinjam buku. Hai, nak pinjam satu hal, nak baca nanti bila ya. Jangan nanti, buku collect dust. Aku pun teruja untuk meminjam buku. Aku belek-belek buku yang ada di rak-rak buku. Hai... Banyaknya buku. Masa yang kami ada hanya 10 minit. Aku mengikut saja gerak kaki dan jari-jemariku. Diam tak diam, Miss Tay sudah pun memilih 5 buku. Aku masih belum ada satu buku pun. Dengan pantas aku pergi ke rak-rak buku yang mempamerkan buku-buku. Senang sedikit hendak baca tajuk-tajuknya. Jari-jemariku memilih senaskhah buku yang berjudul, 'Stretching Lessons'. Tak tahulah apa di dalamnya. Sebenarnya di sekolah sekarang banyak memikirkan strategi-strategi untuk stetch my pupil's potential. Aku fikir, buku itu ada jawapanya. Bila aku baca sewaktu pulang ke rumah di dalam MRT,(Miss Tay pergi tempat lain)aku amat terpesona. Baru satu dua hari di sekolah kami harus menghadiri satu sessi pengenalan terhadap program , Teacher's Renewal. Program tersebut untuk guru-guru. Kita semua berseloroh. Hai, nak adakan spa ke untuk kita? Ternyata tidak tetapi ia ada kena mengena dengan program pemulihan guru. Almaklumlah, guru-guru ini semuanya banyak sgt kerja. Terkejar sana terkejar sini. Tidak ada masa utk diri sendiri. Program ini memberi kami imbas-imbas program yg bakal kami jalani kelak. Berbalik kepada buku tadi, ia ada kena-mengena dengan program tersebut. Aku amat tertarik dengan pengalaman penulis demi memahami dirinya sendiri. Kalau istilah biasa. Kenal diri sendiri. Pelajaran yang beliau timba amat tepat dan mengena pada diri aku. Dia mengutara satu erspektif yang berbeza dari yang lazim. Di sini ingin aku berkongsi pengalaman membaca ini agar dapat dimanfaatkan oleh semua yang membaca blogku. Sesiapa yg berminat : Stretching Lessons, The Daring That Starts from Within, Sue Bender

Dalam meniti hari-hari yang penuh mencabar ini, kita sering kali hanyut di dalam harus kehidupan dan lupa untuk memberi tumpuan kepada keperluan jasmani serta rohani kita sendiri. 'Don't Work Hard but Work Smart'. Pernah dengar istilah ini? Tetapi kita selalu work hard. Kita kddangkala 'struggle' to just survive the whole week.
Masalahnya, bagaimana kita stop struggling in order to do good work.

Contohnya:
Penulis menceritakan bagaimana kawannya di dalam satu kelas tarian disuruh oleh guru mereka membayangkan mereka memegang sebiji bola yang amat berat dan cuba mengangkatnya ke atas kepala mereka. Kawannya pun bersusah payah cuba mengangkatnya ke atas kepalanya, tanpa berjaya. Dia terhenti apabila dia mendengar hilaian tawa kumpulannya. Dia berpaling kepada mereka dan melihat mereka semua sedang mengangkat tangan ke atas kepala dengan bola invisible mereka sambil ketawa melihat dia bertungkus-lumus. Dia telah berjaya membayangkan bola yang terberat.

Sebenarnya, kawannya sedar bahawa kita tidak selalunya harus suffer untuk membuat sesuatu kerja yg baik. Sebenarnya kerja yang disuruh tidaklah susah sangat tetapi kawannya yg telah mencipta kesusahan itu sendiri.

Mendalam pengajaran yang aku raih daripada cerita ini. Aku terkenang kembali saat-saat dimana aku sendiri yang menyusahkan sesuatu kerja yg sememangnya tidak perlu susah-susah.
Kata-kata Hikmah Sue :
1. Practice enjoying. Don't practice struggling. More to come..