Friday, December 29, 2006

Imbas Tahun 2006

Hai, tap tup tap tup dah masuk tahun 2007. Bererti, aku akan kembali bekerja. Dah pergi meeting pun untuk persiapan tahun 2007. Tak tahulah nanti macam mana nasib aku pada tahun 2007. Tahun 2006 berlalu dgn sejuta kenangan (mungkin lebih). Suka, duka silih berganti. Keseluruhannya aku rasa tahun 2006 is a good yr for me. Menyingkap kembali peristiwa-peristiwa dalam tahun 2006

1. Zulfakar masuk P1
2. Daanish graduate from Kindergarten
3. dapat promotion
4. status kewangan semakin mantap
5. dpt beli TV LCD baru
6. dpt lap top free sebab sign maxonline with starhub
7. dpt cuti tiga kali dalam setahun (break record)
8. dpt DVD baru (kakak Ipar bagi suami as birthday present)
9. Dpt berhubungan dengan long lost friend who dah berhijrah ke KL. My dear Alwa Rashid
10. My P6EM3 pupils yang repeat semua selamat graduate to secondary
11. Masak-masak dengan murid P6EM3 di rumah.
12. Buat kuih untuk emak. (dah 2 tahun dah, selalu mak dan adik yang buatkan)
13. Dapat snorkeling for the first time at Pulau Redang
14. Dapat digital camera baru yg lebih baik daripada yg hilang
15. Main dragon boat di Sungai Kallang bersama staff Juying
16. Dapat periuk nasi baru, lucky draw yr end dinner.
17. Halimah berhenti jadi instructress di Juying.
16. Dapat instructor baru, Kamel. Memang mintak-mintak dpt dia ajar sekolah Juying.
17. Dapat Silver Award for SYF Malay Dance
18. My ML teachers bagi voucher Metro for Teacher's Day. Thanks semua. Aku tak pernah mengharapkan balasan di atas setiap pemberian aku kepada mereka. Ikhlas. Mereka banyak menyokong aku sebagai ketua jabatan. Aku beli beg tangan dan beg duit biar ingatan berpanjangan.
19. Tertinggal hadiah teman di dlm teksi. Punyalah fed-up. Datang rumah teman dengan tangan kosong. Nak salahkan sesiapa pun tak guna. Namun aku hadiahkan doa untuk dia agar dirahmati Allah dan senantiasa mendapat keredaan Allah. (hadiah ini lagi berhargakan)
20. Dapat create blogku yang pertama sekali gus dapat menulis cerpen sulung.

Hah, 20 perkara yang dapat aku ingat pagi-pagi buta ni. Macam Sifat 20 pulak. Tak Dapat fikir banyak tentang perkara yang menyedihkan. Mungkin tak begitu mempengaruhi aku. That's a good sign sebab itu aku rasa tahun 2006 is a good year for me. Mudah-mudahan Allah memberi nikmat rahmatnya kepadaku pada tahun hadapan. Amin.

Saturday, December 23, 2006

Ikuti Kesudahan Cerpen: Madu Tidak Semanis Madu

Alhamdulillah, cerpen sulung Madu Tidak Semanis Madu dapat diselesaikan. Sesiapa yang mengikutinya, lawatlah blog cerpen saya.

Friday, December 22, 2006

Sehari Di Johor Bahru



Pergi Johor tu seronok. Apalagi kalau dapat makan-makan dan shopping. Hari Sabtu lepas tidak kurang seronoknya. Aku sekeluarga pergi ke Johor menyambut Hari Ulangtahun kakak iparku, Suraya. Kami ke sana menaiki kereta/van. 3 buah kereta kerana ramai yang pergi. Ada 4 buah keluarga yang pergi.

Kami makan tengahari dulu di sebuah restoran. (Lupa namanya) Sedap makanan di situ. Nampak gambar Ella, Dayang ku Faizah dan Nuraniza Idris di situ. Oleh kerana waktu itu hujan, kami pilih untuk makan di dalam dewan yang berhawa dingin. Kalau orang penggeli, tentu tak dapat makan di situ kerana lalat-lalat berkeliaran dengan jinaknya. Kami disambut mesra oleh lalat-lalat itu. Mereka pula yang melayan kami. Keadaan ini nampaknya semacam perkara biasa di situ. Lalat-lalat itu seperti pekerja sambilan di situ.Berapa mereka dibayar agaknya kerana tiada pun usaha untuk menghalau mereka bagi pihak restoran. Anyway, semua dah kebulur utk mempedulikan kehadiran mereka.

Habis makan kami pergi ke Jusco untuk shopping. Mula-mula nak ke Angsana tetapi ada yang tak suka ke sana kerana ambiencenya yang kurang menarik, tempat makcik-makciklah, macam tak ada kelaslah. Entahlah, aku ikut saja. Tetapi, stress bila pergi shopping ramai-ramai. Dia tunggu dia dia tunggu dia. Otak aku jadi buntu. Alhamdulillah dapat beli seluar panjang Sara. 6 helai, murah pulak tu. Dpt juga beli kasut. Terus pakai.

Setelah itu kami ke Pelangi. Aku dan suami cari hadiah untuk Kak Suraya, Wahidah dan Wardah (anak-anak kak Suraya). Hari lahir mereka tidak beli apa-apa. Pening juga nak beli hadiah ni. Kalau boleh tanya nak apa kan bagus. Asalkan jangan mintak bulan dan bintang sudahlah. Anyway kita decide utk beli cincin jade Burma utk kak Suraya dan necklace with earring for both girls. Tentu mereka suka. My hubby pandai juga pilih. Tak sia-sia I latih dia. Aku sembunyi-sembunyi hantar for wrapping. Bila nampak Shidah n family, i sembunyi takut-takut birthday girl ada sama. Nak surprisekan kononnya.

Kemudian kami ke City Square. Bila nak makan malam ni? Dah pukul 9 lebih. Sebenarnya kami nak belanja kak Suraya makan seafood di Marina Seafood Restoran. My hubby pun suka makan cili crab di situ. Dia tak sabar-sabar. Setelah bershopping di City Square, kami pergi makan malam. Hai mata pun dah naik kelat. Macam tak ada mood untuk makan. Bila nak order makan, hubby order ketam dulu. Ternganga dan terbeliak mata dia apabila mereka kata ketam dah habis. Aku rasa dia kecewa betul. Itu sajalah yang dia suka makan. Dia memang tak hairan makanan lain. Hai kecewa macam budak kecil. Nasib baik tak nangis. (Balik aku masakkan dia nasi goreng) Itulah kali terakhir dia kata dia nak ke situ. Dia jumpa chefnya and give them a pice of his mind. Lepas tu tak kelihatan lagi chef tu. Cabut balik agaknya. Tak sanggup nak lihat muka my hubby.

Sewaktu menunggu makanan datang aku syorkan untuk baca doa sedikit utk birthday girl. Pihak lelakilah dijemput. Sedihnya, masing-masing tolak-menolak, aku tak faham mengapa harus terjadi begitu. Bukan suruh nyanyi karaoke. Masing-masing aku rasa boleh. Akhirnya, kaum hawa yang bacakan(the most senior of us).Wanita zaman sekarang ni memang hebat. Malulah kaum Adam. My hubby jangan ditanya. Orang dah merajuk ni tak boleh diusik. Biarkan saja. Lama-lama nanti demam ketam bengkeng itu hilanglah.

Waktu pulang, sewaktu tunggu giliran untuk cop pasport, kereta yang kami naiki berhenti enjennya. Terpaksalah Bang Abdullah (abang ipar), Nawas dan Muhamad tolong tolak. Terror juga mereka ni, tak padan kudut. Tenaga simpan mana oi?!Terpaksa kami tersadai di tepi jalan. Memang dah lama aku tak experience keadaan begini. Di dlm keadaan yang bermasalah tu kami dpt juga berseronok. Nasib baik dah cop pasport. Nak dekat satu jam kami tunggu pemandu kereta yang kami sewa tu dptkan bantuan. Sementara menunggu, kami borak-borak which couldn't be done sewaktu shopping tadi. Tak terasa masa berlalu. Despite the unfortunate circumstances, we manage to get the best out of it.

Setelah semua selesai, kami bergerak semula. Oleh kerana takut enjin mati lagi, kami tidak on aircon. Macam cacing kepanasan semua orang. Dalam keadaan begitu, anak-anakku dapatjuga tidur. Nampaknya kengantukan dpt mengatasai kepanasan. Kami sampai rumah pukul 2 lebih (gitu lah agaknya). Sempat masakkan hubby nasi goreng kerana dia dah kebulur sangat. Isteri solehalah katakan......

Monday, December 18, 2006

Saturday, December 16, 2006

Tanjung Batu, Balai Karimun


Pemandangan Waktu Mentari Terbit


Rumah Atas Air Milik Cik Mun Dan Pak Rabu

Alhamdullillah, aku dan keluarga telah selamat sampai ke Singapura membawa kenangan indah sewaktu kami di sana. Walaupun selama 3 hari dua malam, banyak yang dapat aku raih dan belajar tentang kehidupan. Aku amat bersyukur kerana kita di Singapura ni hidup aman dan makmur. Dulu pergi holiday, tinggal di hotel mewah, makan dan shopping tetapi permergianku kali ini membuka minda terhadap kehidupan manusia yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Aku pergi membawa saudaraku yang mempunyai rumah di Tanjung Batu kecil di Balai, karimun. Aku menaja beliau suami isteri ke sana. Maklumlah nak menetap di rumah. Dari Harbour Front, kami menaiki feri, Penguin, ke Balai Karimun. Perjalanan memakan masa 1 setengah jam. Tiada apa yang menarik. Cuaca baik. Kami tiba di Karimun tanpa masalah di imigrasi. Maklumlah Cik Mun dan Cik Rabu sudah biasa ke sana. Pak Din, (tukang urut suamiku yang tinggal di Tanjung Batu) melambai-lambaikan tangannya tatkala melihat kami. Cukup senang hati ini bila ada orang yang menyambut kedatangan kami di tempat yang asing. Maklumlah pertama kali hendak masuk kampung orang ni. Imigrasi di Indonesia, seram juga tetapi Alhamdulillah kerana connection dengan mereka maka senanglah hidup kami. Aku dapat tahu juga Pak Din ni bukan calang-calang orang. Beliau adalah wakil rakyat bagi daerah Tanjung Batu Kecil. Kalau di Malaysia, YB (yang berhormat).

Dari situ kami harus menaiki bot laju. Yang mengerikan ialah apabila hendak turun jeti, tangga kayu saja. Teringat kalau bawa emak, tentu masalah. Takut juga nak turun tetapi aku kuatkan semangat. Sepatu yang kupakai takut terlepas jatuh ke laut. Alhamdullillah selamat. Anak-anak tidak pun menunjukkan rasa takut. Bangga juga aku melihat mereka. Hendak pergi ke bot laju harus menaiki sampan kecil dalam 1 meter jauhnya. Bayar 1000 rupiah seorang. Hai, beginilah orang sana nak hidup. Bot laju bayarannya 10 000 rupiah seorang ($2).

Kurang setengah jam, kami sampai di jetty rumah Cik Mun. Ketika itu air surut, oleh itu naik tangga tinggi sedikit. Sama juga, tangga kayu. Ngeri lagi. Sesampai kami di situ, kami disambut oleh keluarga Pak Din. Tak lama menyesuaikan diri di rumah atas air yang 'cute' itu, datang anak buah Pak Din dengan membawa 6 biji kelapa muda. Wow! Memang aku tunggu saat ni. Bayangkan minum air kelapa di jetty. Minum straight from the coconut, tak pakai straw tak pakai cawan. Walaupun kelapa agak tua sedikit, namun pengalaman tu yang gerek. Lepas itu, kami buang kelapa di laut. Hai, kita orang Singapura memang kekok hendak buang sampah sebarangan tetapi begitulah kehidupan di situ. Sampah buang saja ke laut. Mula-mula rasa bersalah dan kekok tetapi lama-lama okay walaupun masih juga rasa bersalah. Apa nak buat memang tidak ada tong sampah. Buang air pun dibuang ke laut.

Tentu semua nak tahu macam mana soal tandas ni. Nasib baik, rumah Cik Mun canggih. Tandasnya tiada beza macam kita di Singapura. Dia membuat saluran najis hingga ke laut. Jadi tidaklah segan bila hendak buang air besar. Kalau dulu di Pulau Seking, boleh dengar ketulan-ketulan najis jatuh ke dalam air. (sori tak sensored) Mintak ampun punya malu...

Keluarga besar Pak Din memang peramah. Cik Mun telah beli barangan untuk dimasak. Anak saudara Pak Din Eli, menjadi tukang masak kami di sana. Memang sedap masakannya. Anaknya Keflin (canggih nama), 2 tahun, sibuk melayan anak-anakku yang bertiga tu. Petah betul di berbual, cute ada loghat orang pulau.

Kami makan roti perancis bersama lauk dalca yang dimasak Cik Mun di Singapura. Sedap. Malam kami makan nasi berlaukkan sambal tumis ikan bilis, sayur kacang dan fishball masak air, tempah goreng sambal dan telor dada. Air teh susu menemani kami sewaktu borak-borak di berandah. Waktu malam angin bertiup kencang macam hendak hujan ribut tetapi nasib baik angin hilang, baru hujan tiba. Sejuk saja malam tu. Tapi sayang tak dapat kami duduk-duduk di jetty. Anak-anak dah plan nak memancing kononnya di jetty tu. Tak kesampaian hajat mereka.

Sumber eletrik rumah itu daripada sebuah generator. Bising bunyinya. Hanya lewat malam baru ditutup. Setelah itu kami berbual dengan bertemankan lampun minyak tanah yang dipanggil lanting. Pada saat itulah, dapatku rasakan keindahan alam semuajadi di kampung atas air. Pemandangan tak lah happening sebab gelap gelita. Tapi desiran ombak memukul batang-batang nibung yang dibuat sebagai kaki rumah kedengaran indah sekali. Sunyi alam sekeliling sungguh syahdu. Terpukau aku sejenak. Jauh di pulau hadapan kelihatan cahaya lampu yang samar-samar di tengah-tengah kepekatan malam. Bulan tidak kelihatan. Aku dan keluarga tidur di berandah yang agak terkepung. Sekali-sekali tanganku digigit nyamuk.

Waktu pagi, aku dikejutkan oleh kokokan si ayam jantan. Sahut-menyahut memanggil sang mentari timbul. Tak payahlah gunakan alarm clock. Namun aku tertidur kembali. Aku terjaga semlual apabila terdengar kokokan si ayam jantan dan bunyi periuk kelentang-keluntung. Dah bangun tuan rumah untuk siapkan sarapan. Bersalah juga kalau aku sibuk melayan tidur. Aku bingkas bangun dan mengejutkan anak-anak. Kami bersarapan nasi goreng cili padi. Anak-anak tak boleh makan sebab mintak ampun pedasnya.

Di situ tidak ada heater. Bagi kita yang sentiasa mandi air hangat ni kalau kena mandi air sejuk, mintak ampun punya ngeri. Tapi selepas simbahan yang pertama dan kedua, naik seronok juga. Segar sekali rasa badan. Air pula air tadahan air hujan semalam. Anak-anak terjerit-jerit kesejukan tetapi mereka ketawa terkekeh-kekeh kerena seronok juga barang kali. Kalau open air lagi best. Dapat rasa mandi di bawah langit terbentang luas. Tapi mestilah berkemban, nanti lain cerita pula.


Lepas sarapan kami pergi hiking keliling pulau. Kami pergi rumah Pak Din di atas bukit. Duduk makan prata yang dibuat oleh Mak Yang, isteri Pak Din. Enak pratanya dimakan dengan lauk kurma udang. Air teh susunya lain sedikit rasanya tetapi sedap juga.(Balik beli serbuk tehnya di Balai) Selepas itu kami jalan pergi rumah adik dan abang Pak Din. Mereka hidup senang sedikit kerana ada niaga runcit kecil-kecilan. Rumah pula rumah batu. Pak Din, walaupun wakil rakyat diberi hanya 200 000 rupiah. Teringat dulu waktu datuk jadi Penghulu di Pulau Merlimau. Dengar-dengar dia diberi allowance tetapi masih susah kerana anak ramai dan hidup hanya sebagai nelayan. Begitu juga Pak Din tetapi rezekinya alhamdulillah kerana dapat buat sedikit duit di Singapura. Gaji seorang guru di situ lebih kurang 100 000 - 200 000 juta($200 - $400)sebulan mengikut pangkat mereka. Yang lain rata-rata hanya mendapat gaji $40 sebulan. Begitulah keadaan ekonomi negara itu.

Mereka yang tinggal di daerah Balai ini susah-susah belaka. Kita seolah-olah dibawa ke zaman sebelum arus pemodenan berlaku di Singapura. Di sebalik keriangan yang terpancar di muka mereka-mereka yang melayan kami dengan ramah mesra, terdedah kepadaku kisah hidup mereka yang susah. Ada yang tiada kerja, anak ramai, ada yang suami isteri tak bekerja, anak remaja yang berhenti sekolah dan melaram sahaja kerjanya, anak-anak yang telah berkeluarga tetapi masih meminta pertolongan ibu-bapa untuk menyara hidup mereka, perbalahan antara keluarga, laki yang curang dan lain-lain lagi. Nampaknya, masalahnya sama seperti kita di Singapura. Kita survive, mereka pun survive. Funny juga ya. Manusia ni memang dijadikan hidup di dunia ni untuk survive di dalam apapun keadaan. Kesabaranlah yang penting.

Kami ke sana sambil menyelam minum air. Dalam bercuti dapatlah juga buat amal jariah. Apabila nak pulang tu, kami berilah setiap seorang 50 000 rupiah. Sungguh besar hati mereka. Apalah $10 tu pada kita tetapi bagi sesetengah mereka sebulan gaji. Hai, insaf betullah! Seronok juga dapat memberi kepada yang betul-betul memerlukan.

Teringat barang-barang yang pernah dibuang dulu. Kalau hantar ke sana lagi baik.
Kalau ada peluang, hendak ke sana lagi.

Sunday, December 10, 2006

Aku Betul, Kau Salah!

Hari ini suamiku pergi berurut. Tukang urut itu kaum Adam. Oleh itu tidaklah dapat sama aku ikut diurut. Aku menunggu saja dia sambil berbual dengan tuan rumah yang sememangnya peramah dan very hospitable, lebih-lebih lagi memang ada pertalian persaudaraan. Adalah beberapa orang yang datang berurut, of course semua kaum Adam. Seperti biasa, aku melihat kerenah kaum Adam ini ketika berbual. Tidak ada apa yang menarik sangat tetapi sempat aku terfkir : orang Melayu memang terkenal dengan budaya beralas ketika berbual. Sindir-menyindir memang pakaian kita kerana tidak mahu dianggap kurang ajar atau menyakiti mana-mana pihak. Itu memang aku sendiri mengaku.

My hubby, lain pula pendiriannya. Dia memang kalau cakap lepas. Pada dia sindir-menyindir ni buang karen. Pernah aku menasihatinya agar tidak selalu begitu kerana aku percaya banyak orang yang terasa dan menaruh perasaan dendam. Itulah manusia. Orang kalau dah sakit hati, macam-macam mereka boleh lakukan. Manusia boleh hilang pertimbangan kalau nafsu amarah mereka dilayan dan of course, syaitan memang menanti saat-saat ini. My hubby, mempertahankan prinsipnya dan menerangkan kepada aku kenapa kita mesti sakit hati dan biarkah orang lain happy. Padanya, kalau orang itu salah, cakap terus terang ajelah, bukan cakap belakang sebab dia tahu manusia ni mesti kan meluakan perasaan yang terpendam. Daripada cakap dengan orang lain dan dikatakan mengumpat, cakap saja dengan orang tersebut.

Setelah kita bermuzakarah aku kini memahami kenapa dia berpendirian begitu. Orang-orang yang dia campur tu berbeza dengan pergaulan aku. Aku percaya dia bertindak mengikut apa yang dia rasa betul dan bukan kerana sifat dengki, busuk hati and what not.

Peribahasa-peribahasa, peninggalan pusaka orang Melayu kita ni banyak menunjukkan sikap orang Melayu yang beralas ketika mengutarakan pandangan atau kritikan terhadap seseorang. Kita bangga dengan perkara ini. Tetapi, kalau kita fikirkan ia juga menunjukkan sikap orang Melayu yang pengecut, tidak berani berdepan dan menggunakan sindiran sebagai benteng untuk menyingkir segala tuduhan kelak . Mungkin ada orang Melayu yang marah dengan kata-kata aku ini. Tetapi hakikatnya ialah itulah yang kita lakukan tanpa sedar atau tidak. Kalau kita berbual dengan ahli keluarga kita, selalu ke kita menggunakan peribahasa atau sindiran. Ya, kalau kita tahu yang orang yang kita sindir itu mungkin akan menyerang kita.

Aku faham mengapa ada yang tidak setuju dengan pendapatk kerana manusia ini memang berasa tergugat jikalau apa yang mereka percaya selama ini ternyata tidak betul. Ini adalah seperkara lagi yang ingin aku luahkan. Aku menonton cerita Haunting dimana seorang ibu harus berhadapan dengan masalah anaknya dihantui sebuah lembaga. Dia menganggap benda-benda ini tahyul. Kata-katanya, "..my whole belief starts crumbling down..." Kata-kata itu memberi kesan kepada pengamatan aku mengenai topik yang aku bicarakan di atas. Apabila manusia berhadapan dengan keadaan di mana kepercayaannya, prinsipnya, ilmunya dan amalannya yang dibawa selama ini ditentang dan ternyata salah, dia akan berasa keliru, tertekan dan ditekan. Kehampaan dan perasan malu mungkin turut mengintai maka orang ini akan bertindak terhadap semua perasaan ini. Reaksi manusia berbeza. Mula-mula kebanyakan manusia akan bertindak melayan perasaan. Inilah tahap yang selalunya memusnahkan manusia. Ada yang terus melayan perasaan maka orang beginilah yang selalunya tidak akan mahu menerima kenyataan. Ada pula yang mampu berfikir dan manusia inilah yang dapat menerima kenyataan atau dapat mempertahankan kepercayaan mereka, langsung dapat juga membuahkan manfaat bagi kedua-dua pihak. Aku menyedari hal ini kerana sudah banyak berlatih dengan my hubby. Hai pendek kata manusia ni complicated betul.

Yang penting bagiku, harus sentiasa berfikiran terbuka tanpa tampak tiada prinsip dan dapat melihat kebenaran hakiki dengan memahami sebab-sebab berlakunya perbedaan pendapat.

Saturday, December 9, 2006

Semua yang Hidup pastikan Mati

AlFateha... Aku doakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas almarhum Pak Long, Abdul Rahman bin Kassim (my hubby's uncle). Jarang aku ikut menghantar jenazah ke kubur. Kali ini aku berkesempatan walaupun tidaklah sampai ke liang lahat. Namun pengalamanku hari ini ternyata membuka mata dan minda. Betapa kita ni insan kerdil. Bila mana Allah ingin mengambil kita semula, tiada apa yang boleh menghalang.

Aku lihat ketika jenazah diusung masuk lewat pintu dapur ke ruang tamu, semua yang hadir kelihatan sedih dan sugul. Masing-masing kumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Auran, aku tidak terkecuali. Nak buat apa lagi, lebih baik baca daripada mengumpat. Alhamdulillah, tidak kedengaran sesiapapun di situ yang berbual yang bukan-bukan. Kalau tidak bersedekah ayat-ayat suci, diam sahaja. Memang itulah sebaik-baiknya. Aku lihat jenazah dikafankan dengan kain putih bersih helai demi helai. Sungguh teliti tukang mandi jenazah. Katanya,hati-hati, biar kemas dan cantik. Aku teringat syarahan seorang ustaz dari Indonesia bahawa jenazah itu sakit setelah diragut nyawanya, maka hati-hatilah memegang tubuh badannya. Sewaktu tukang mandi jenazah membuka bahagian muka jenazah dan menaburkan pacai, dia berkutbah sekejap. Yang amat tersemat dihati ini ialah bila dia kata, anugerah Allah yang amat besar kepada kita ialah apabila kita menghalalkan makan minum dan hutang piutang sesama insan terutamanya si mati, kita akan menerima ganjaran yang besar. Seperkara lagi ialah apabila dia berkata agar Nur Muhamad dapat menerangi kubur kita kelak. Nur Muhamad....mmm... Apa yang aku tahu mengenai Nur Muhammad? Pandangan Syariat, Tarikat, Hakikat atau Maarifat....

Memang kita boleh kata kita dah banyak kali melawat orang meninggal tetapi padaku setiap pengalaman itu memberi kesan yang berbeza mengikut umur kita. Contohnya hari ini. Aku rasa kedewasaan dan kematangan fikiran merubah perspektif kita melihat dan mentafsirkan hal-hal keduniaan.

Sana sini aku membaca tentang kematian, yang sihat pun boleh mati. Yang sakit jangan cakap lagi. Aku bertuah kerana orang-orang yang terdekat denganku masih hidup. Kekadang aku berfikir, kalau aku mati sekarang, apakah aku sudah bersedia pulang ke tempat asalku? Orang kata dunia ini hanya pinjaman. So mana ya tempat asalku? Syurga ke Neraka atau .....? Tepuk dada tanya selera. Waulahualam.

Thursday, December 7, 2006

Flora di Fraser

Koleksi foto bunga-bunga di sekitar Silver Park, Fraser Hill

Drama Bersiri - Dalam Hati Ada Cinta (Part 2)

Baru selesai tonton drama bersiri kegemaranku. Aisey, Bedah. Mereka tak reenact the part di mana Ogy lepaskan tangannya perlahan-lahan. Mungkin tidak sesuai kerana mereka tidak akan berpisah. Nothing much to comment here. Macam sekejap sangat hari ini. I realize that they use lagu-lagu cinta zaman 80an. Nostalgik betullah. Mungkin on purpose. Some of the songs mengingatkanku pada zaman tertentu. Lagu terakhir agak sedih. Sempat menitiskan air mata tetapi tak tahu kenapa nak nangis. Nangis for the sake of nangis. Kekadang, aku ni sengaja timbulkan saat-saat sedih padahal taklah ingat sangat perkara tu. Apa punye pesen ni..Tak sabar nak tonton cerita selanjutnya.

Live @ Fraser Hill

Mari melihat apartment yang kami diami di Silver Park.



Foto-Foto di Fraser Hill





Selamat Hari Lahir Daanish dan Shahril (anak saudara)

Photobucket - Video and Image Hosting

Yesterday of all days I forget about my son's birthday. Entah camne aku ingat hari itu 4 haribulan. Padahal, sudah 10 hari yang lalu Daanish sibuk mengira (countdown) hari lahirnya. Seperti biasa aku ke sekolah kerana banyak benda yang harus dibereskan. Tiba-tiba Hakim tel. Dia tanya kita buat celebration ke tidak. Aku kata okaylah. Memandangkan Shahril pun birthday pada 6 haribulan, jadi aku fikir, panggil sekali mereka dan celebrate di rumah aku. So the pre party preparation started. Aku balik pukul empat. Call my hubby dan kita order mi goreng mamak dan sate 100 cucuk. Aku beli buat rambutan dan longan. Suruh Mazen, beli kek di Prima Deli. Dah jelak makan kek aiskrim Swensen. Kek di Prima Deli sedap.
Jempat Mak, abah, adik beradik lain.
Lepas maghrib, semua datang. Riuh-rendah rumah kecilku dengan ya kanak budu dari 2 tahun (twins) hingga 14 tahun (Hakimlah tu).
Abah baca doa. Lepas tu semua makan. Oh ya lupa, Hakim juga sumbang his signature dish, nasi goreng ikan bilis (gerenti dapat ambil hati bakal mak mertua!!!)
Amboi, kembang Hakim, semua orang puji. Nenek yang cerewet pun tersenyum lebar - bangga katakan. Bolehlah harap. Tup-tup kalau aku sakit terlantar, tak kebulur adik-adik yang lain.
Anyway, semua berjalan lancar. Upacara potong kek seperti biasa, Aku beri setiap budak neon light tube dan matikan lampu. Oleh kerana waktu birthday Fakar kita tak beli cake, kita nyanyikan untuk dia sekali. Seronok juga ya jadi kanak-kanak. Masa kita kecil-kecil dulu tak dpt buat begini. But I ingat my Sweet Seventeen Birthday, I buat dengan my sis, Imah. (Nanti i akan tulis kenangan abadi saat itu in my next post.)
Kek mocha with coklat coating topped with walnut memang sedap! Mmmmmm. Siapa yang paling suka kalau tak Fakar. Dia tu pencinta coffee. Anything that has coffee flavour dia suka. Be it sweets or drinks tapi I tak beri dia minum coffee. Kadang-kadang beri sedikit saja. Kasihan pulak.
To end the day, I adakan lucky draw. Tak sah kalau tak ada lucky draw. I started this tradition 4 years ago. People are so funny. Everybody likes lucky draw. Baik yang muda mahupun yang tua. Probably its element of surprise agaknya. Harga hadiah tidaklah mahal but I like to watch the reaction on their faces. Mak pun gets excited in her own way lah. Tak lah macam kita ni ha. It really makes my day!! Im happy coz at least each household got one prize ( I sediakan 3 hadiah)
Amijan (in pakistan means mother) harap Daanish happy with your birhtday gifts, PS2! (Jangan asyik main game and jangan lokek-lokek share dengan didi dan yang lain)
Post Birthday - Penat tetapi Happy! Besok sakit pinggang...Aduh mak sakit pinggang.....

Monday, December 4, 2006

Selamat pagi, Cikgu Khaziah!

Tak sangka ya. Budak perempuan yang pemalu dan penakut ni sudah besar jadi seorang guru. Tidak pernah terfikir masa muda-muda dulu nak jadi cikgu. Waktu secondary dulu pun pernah bercita2 nak jadi jururawat. Itupun kerana masuk Saint John di Sekolah Menengah Boon Lay.(Banyak kenangan di Boon Lay Sec.) Selepas attend Basic Nursing Course, terus tukar cita2. Teringin pula nak jadi guru. Itulah waktunya aku menanam cita2 ingin menjadi guru. Terlaksana juga. Tetapi sebelum jadi guru, kerja dulu di private sector jadi kerani dan minah kilang. Itu pun banyak kenangan. Kenapa tak jadi guru terus selepas sekolah? Sebenarnya, bila tengok guru-guru aku seperti, Cikgu Sabariah, Cikgu Mohd, Cikgu Rasudi dan Cikgu Khalid, aku berpendapat, kalau jadi guru ni sampai bersara pun tetap jadi guru. Jadi sebelum aku jadi guru, konon nak rasa kerja di luar dahulu.

Masa di sekolah menengah dulu, teringat kata-kata guru Matematiks, Mr Ho.(dah tua dah) Kerana dialah aku pass Matematik, Grade C. Tak sangka kerana dari sekolah rendah memang bengap betul, selalu fail Maths. Dia tu pandai baca tapak tangan dan dia kata i have a long career ahead dan I akan jadi ketua in my 30s. Nampaknya betul. Bukan presiden tetapi ketua Jabatan Bahasa Melayu.

Mula-mula aku berjinak mengajar ni ketika buat relief teaching di Fuhua Pri. Waktu tu tu bila balik naik bas, aku kepit buku record guru. Bangga sekali. Kadang-kadang malu juga bila ada murid menyapa di public tetapi kembang hati ini. Sekarang, dah lali, biasa-biasa saja. Kalau di luar pun, aku senang dipanggil Khaziah saja. Tak payahlah panggil Cikgu Khaziah. Kalau yang dah memang panggil dari mula Cikgu Khaziah tu teruskan. Sebenarnyakan, aku bangga juga bila dipanggil begitu namun malu juga kadang-kadang, sampai sekarang.

Kerja seorang guru ni memang berbaloi dan menyeronokkan. Aku dapat menggunakan bakat dan pengalaman semasa bekerja di luar. Seorang guru ni bukan saja mengajar, tetapi kami ni jadi macam-macam, lawyer, event planner, ibu, kakak, alih bahasa, pengarah, penerbit, penulis skrip, pekerja colar biru, akauntan, counsellor, dll. Pendek kata, guru sekarang ni serba boleh, Jack of all Trade. Sekarang aku ni bolehlah digelar resource person or in laymen terms, karung guni man.(ikut Abah aku) Apa tak nye. Apa pun yang I nampak di sekolah, yang tidak digunakan oleh guru-guru lain, aku simpan. Selalunya bila nak buat sebarang event, benda-benda ni semua boleh digunakan. Seperti dinner baru-baru ini. Kita harus pakai fancy dress, banyaklah guru jumpa aku untuk ini dan itu. I find joy in making people happy and look nice. Teringat dulu waktu di sekolah menengah. Akulah yang makeup teman-teman Malay dance sampaikan tak ada masa untuk siap diri sendiri. Lepas tu, siap ala kadar sahaja. Aku senang melihat hasil kerjaku.

Yang paling tak boleh aku lupakan ialah sewaktu the release of PSLE result. Memang I wouldn't miss it for anything. Tahun ini aku ajar P6EM3. Bila nak beri result tu punyalah tension. Aku tatapi muka murid-muridku satu persatu. Kita dah tahu siapa lulus dan siapa akan repeat. Ada yang melalak-lalak takut fail dan ada yang sudah merah mata. Yang lelaki cool saja. Tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu. Yang repeat tu tentu takut kalau kena repeat lagi. Alhamdulillah semua pass. Hanya 3 sangkut kerana fail Maths. 3 dapat distinction. Cikgu proud of you all, Fadila, Nadhirah dan Noridayah. Yang lain pun cikgu bangga juga. Yang paling tidak dapat aku lupakan ialah murid kesayanganku, Xiao Nan. Aku juga ajar kelas itu Musik. Budak Xiao Nan ni lain daripada yang lain. Dia macam austitik gitu. Mula ajar, aku seram juga tengok kelakuan dia. Tapi perangai dia mula berubah, dialah murid yang selalu greet aku(kadang-kadang dalam bahasa Melayu walaupun tergagap-gagap), yang paling hormat dan selalu suruh aku mainkan CD lagu kegemarannya.. Bila dia dapat result yang dia pass, masyaalah dia terlonjak-lonjak kegembiraan. Aku dah lah bercucuran air mata tak boleh tahan. Sebelum ini menangis juga tengok anak-murid yang lain. Tapi kali ini aku memang tak boleh tahan lagi. Menangis kali ni campur ketawa. Bayangkanlah. Aku memang tidak boleh lupakan Xiao Nan. Murid higher MT ku pula, Roni, adalah murid yang tertinggi aggregatenya di sekolah Juying, 272. Cikgu bangga dengan awak, Roni.

Hai, pendek kata, peristiwa 23 November adalah peristiwa yang tidak akan aku lupakan sepanjang kerjayaku sebagai GURU.

Sunday, December 3, 2006

Fraser Hill, Selangor

Babak 1- Planning
Percutian di Fraser Hill memang dah lama plan. Memandangkan leh dpt tempat tinggl yang murah di Fraser Hill kerana anak gomen(government). I pun plan nak bawa anak-beranak, adik-beradik, Hazimah dan ibunya. Ingatkan nak pergi Cameron Highland, tapi dah fully book. Yang ada Fraser Hill. Dengar sejuk dan nyaman tempat itu. I pun book dululah. Lepas tu tanya sana, tanya sini. Sape nak pegi. Tanya kawan-kawan, camne ke sana dll. Pendek kata I buat homeworklah. Akhirnya, emak, adik perempuan dan 2 orang anaknya, 2 anak Imah, my whole family, Hazimah(murid i yang banyak berjasa dan ibunya, Cik Monerah.(sori kalau salah spell ya cik). I sewa van dan drebar sekali. Dapat termurah. Untuk 3 hari, mereka hanya charge $600. Everything goes as plan. Tapi masalah tetap ada. Seorang anak saudara I tak dapat pergi kerana bila kira-kira dah terlebih. Kasihan pulak. Tak pelah Atirah..lain kali ya...

Babak 2 - Perjalanan bermula
Jauhnya perjalanan. Yang paling tak leh lupa, jalan rayanya yang berbengkang-bengkok macam ular sawa. MasyaAllah lebih teruk daripada pergi Genting. Naik gunung dahlah satu penyakit. Waktu itu, budak-budak semua senyap aje. Sebenarnya sedang melayan rasa mual kot.

Babak 2 - Masalah Lagi! But All goes well...
Nasib baik, I dan hubby bercadang utk bawa duit lebih. Kita macam dah dpt agak masalah nak berlaku. Sebenarnya, tidak. Kita pergi tempat jauh dan asing pulak tu. Bawa orang tua dan budak-budak. Kalau terjadi apa-apa nanti macam mana. So kita sediakan payung sebelum hujan. Nak tahu apa masalahnya. I nak sharelah pada semua ni. Jangan jadi 'bodoh' macam I. Bila I book banglo, I ingat, I book the whole banglo. Rupa-rupanya i book bilik saja. Satu bilik untuk 4 orang saja. Bayangkan macam-mana panik I. But my hubby remain calm. Kita dah bayar bilik tu, jadi kita kena cari tempat lain untuk yang lain. So kita pergi Silver Apartment. rm 300 per night tetapi dapat masuk semua orang. Ada tiga bilik with living room, kitchen, dining room and balcony. Punyalah best. Puas hati. Complimentary breakfast utk 5 orang dan tiket untuk horse ride. Oleh kerana kita ada 17 orang semuanya, kita take turn to have breakfast. Yang lain ikut my hubby makan prata di warung. Sedap juga. Makan malam pun di situ.Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Babak 3 - Dapat kenalan baru!
Seperti biasa hubby I tu memang senang buat kawan. Dapat kenal boss, restoran mahal di situ. Restoran nama Chakoi Corner, family restoran. Interior decoration macam dalam hutan, penuh dengan fern, orkid hutan, kayu mati. Pendek kata macam hutan penuh dengan hasil mahsulnya. Orangnya aneh. Dia cerita mengenai sejarah Fraser dan budak yang dulu hilang. Banyak perkara misteri di Fraser Hill ni rupanya. Dia ajak hubby masuk hutan. My hubby pun pandai. Silap hari bulan kena culik puteri bunian. Ish.. Jangan buat hal. Kami dibawa pergi ke air terjun dan ke rumah mereka. Memang plan nak piknik di situ. Jauh juga nak jalan ke dalam. Lepas tu turun tangga gunung. (tinggi juga) (Terfikir nanti nak naik cam mane)Tanya orang, tak sesuai untuk berenang, jadi tak bawa pakaian ekstra. Sampai sana, menyesal. Ada orang piknik. Walaupun air cetak, bolehlah berendam. Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Lepas air terjun, kami ke rumah mereka. Mereka ada bela ular dan Iguana (besarnya). Maznah dan fakar tak geli pegang ular itu. Ular sawa mereka tak pegang pulak. They are very hospitable walaupun hanya tinggal di apartment kecil. Yang menariknya di Fraser Hill tidak ada pokok buah-buahan. Pokok Pisang pun pisang hutan. Pelancong pun tak ramai. Seronok dan rileks betul. Budak-budak naik kuda bukan main seronok. Takut-takut juga tapi oleh kerana semua on, terpaksa eksen berani. Setelah penat, kami duduk di taman permainan dan makan keropok leko, goreng pisang, keledak dan makan sate.(prata tadi pagi masih di rumah).

Babak 3 - Yea... Nak balik
Ingatkan dah tak ada masalah lagi. Rupa-rupanya, nak buat sejarah. Masa nak pulang, kami shopping di bandarnya. Satu peristiwa yang tidak boleh aku lupakan. Tangan aku tersepit pada pintu van. Oleh kerana tanah di mana van park slanting, apabila fakar keluar van, pintunya tertutup sendiri. Nak jadi cerita, tangan aku sedang pegang bingkai pintu. Tup!! Bagai nak meletup jari kelengkengku. Aku cepat-cepat bukan pintu van. Tuhan aje yang tahu. 15 minit aku menahan sakit. Dah blue-black jari kukuku. Kasihan Fakar, dia berasa bersalah. Dia takut tengok aku dalam kesakitan tetapi tiada suara untuk berkata-kata. Meleleh airmataku tahan sakit tapi sakit beranak lagi teruk.
Sekarang dah baik dah tapi saiz kuku besar sedikit daripada asal.
Photobucket - Video and Image Hosting

Babak 4 - Home Sweet Home.. Tapi...
Ni nak balik satu hal lagi. Harus menempuh jalan yang berliku-liku. Itu yan buat aku serik utk ke sana lagi. Bagi yang tak tahan jalan jauh, fikir dua kalilah nak pegi. Kami singgah di Kuala Lumpur sekejap aje. Sempat ambil gambar twin tower.

Sempat buat kartun karikatur mengenai percutian kami di sana. Balik Apartment buat sikit-sikit sampai nak pulang. Ingatkan nak frame. Kalau ada rumah besar, bolehlah nanti.
Photobucket - Video and Image Hosting

Percutian 2006

Tahun 2006 ini menjadi satu sejarah yang amat berkesan kepada diriku dan juga ahli keluargaku. Setelah sekian lama tidak berholiday kerana keadaan kewangan tidak mantap serta anak-anak masih kecil, aku seolah-olah macam bayar niat. Tahun ini aku telah ke Fraser Hill, Selangor dan Pulau Redang, Trengganu. Bulan Disember ini ada hati hendak melancong ke Sunway Lagoon tetapi suamiku memberi idea yang baik. Kata beliau, jangan holiday jauh-jauh. Duit itukan baik kalau beli plasma TV yang sekian lama kami impikan. Aha, ye tak ye juga. Kalau habis duit pergi holiday tak kisah tetapi nak beli plasma TV perit pulak. Pergi holiday balik dah lupa kalau beli TV nampak sampai bila-bila. Kadang-kadang persepsi kita ni jadi terhad pulak untuk melihat perkara begini. Sebab itulah kita ada life partner - saling ingat-mengingati. Nasib ada laman blog ni. Dapatlah aku abadikan holiday-holiday aku tu di sini agar tidak seperti kata suamiku nanti dilupakan.

Saturday, December 2, 2006

Drama Bersiri - Dalam Hati Ada Cinta

Pertama kali cerita ini ditayangkan di tv, tidak dapat tonton, kali ini dapat ikut bahagian 1 sampai habis. Hebat betul lakonan Ako Mustapha, Umie Aida dan Eli (lupa pula nama dia). Betul-betul hidup watak mereka. Teringat filem Suara Kekasih lakonan Azmir dan Ogy. Lagu daripada cerita itu pun digunakan dalam cerita ini. Nostalgik betul. Ingatkan tidak ada lagi cerita cinta sebaik Suara Kekasih. Tak tahulah I ni betul-betul menghayati watak-watak dalam cerita itu. Rasanya macam I yang berlakon watak Alia tu. Ako pula lakonannya bersahaja. Adegan Umie Aida dan Ako bergurau mesra memang hidup. Reallah... Seronok betul.

Bahagian 2 yang sedihnya tidaklah seseronok bahagian 1. The magic dah tak ada. Tapi bila adegan Umie bertemu Ako dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, magic itu kembali semula. Minggu depan Ako bertemu Umie dalam satu pertemuan terakhir, memakai baju putih. Macam sama aje dengan filem Suara Kekasih. Adakah akandihidupkan babak perpisahan di mana tangan Ogy dilepaskan dari tangan Azmir perlahan-lahan. Babak itu sungguh menyentuh jiwaku. Bukan jiwang-jiwang, ok. Kita nantikan minggu hadapan. Adakah airmata kesedihan akan membanjiri ruang tamuku? Kita nantikan saja.

Bonus 2.2 Yahoo!!!

Alhamdulillah.... Rezeki Allah
Pertama kali rakan sekerja hantar sms tentang bonus yang bakal diterima, reaksi selamba aje. Dia adalah so excited. Bukan apa.. tak mahu harapan tinggi menggunung. Dia sms ' bonus 2.2 net'. Mestilah dapatkan kepastian dulu. 2.2 tu dah termasuk yang diberi 0.5 tengah tahun ke belum?

Lepas dapat jawapan baru ..... Yahoooooo!!!!
Apa lagi jari-jemari ini pun buatlah kira-kira berapa nak terima. Lumayan!!! Lepas tu otak ni terfikir 'asnaf-asnaf' (teringat kata-kata Siti) yang perlu diagih-agihkan. Hati besar, tapi entah terlaksana ke tidak. Maklumlah, jika duit dah di depan mata, 'asnaf-asnaf' tinggal 'asnaf'. Insyaalah, tidakkan kubiarkan diri ini hanyut oleh bonus 2.2. Teringat kata-kata suami tersayang, jangan menghambakan diri pada duit. Pernah aku kehilangan duit $1000, berkat ajaran suami, tidaklah mengelabah sangat. Bukan rezeki katanya, harap dapat lebih dari yang hilang. Nilah dia dah dapat ni, Bonus 2.2.

Sajak Sulung

Mata Pena Vs Wadah Maya

Dulu...
Kulahirkan luahan rasa dengan mata pena
Menari-nari ia di atas kertas putih
melahirkan rasa, melahirkan kata yang tidak dapat kuluahkan
Mata penaku menjadi saksi segala suka dan duka
Kertas putih menyimpan segala rahsia

Kini
Mata pena tidak menari lagi
Jari-jemari pula menari mengikut alunan rasa
Kertas putih rahsia hati kini wadah maya


Hai sempat juga cipta sajak. Rasanya sajak sulungku ini bunyi hambar saja. Tapi tak apa, nak berjinak-jinaklah katakan. Aku ini bukannya pro. Entah-entah bakat pun tak ada. Tak apalah. Mesti berani mencuba.

TAHNIAH KHAZIAH

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah.
Akhirnya selamat juga aku membina blogspot aku ni. Macam-macam cubaan. Allah saja yang tahu. Kenapa susah sangat? Tentu ada orang yang ketawakan aku. Orang lain senang aje bina blog. Aku ni dahlah cetek pengetahuan dalam bidang blog-blog ni, konon iri hati tengok orang ada blog sendiri. Bukan apa iri hati yang membina. Iri hati bukan sebarang iri hati, iri hati untuk mempertingkatkan diri.

Kini dah pun siap blog. Bolehlah aku memulakan impianku untuk menulis. Memang dah lama nak menulis. Tak kiralah tulis sajak ke, puisi ke, cerpen ke atau novel. Orang dah jejak bulan aku masih di Boon Lay. Namun better late than never. Sekarang ni ha, macam-macam idea yang sedang berligar-ligar di kotak kepalaku yang kecil ni. Umur dah hampir ke era 40 an baru nak mula menulis. Tetapi seperti pepatah Inggeris, Life start at 40. Nantikanlah luahan seribu kata dan rasa......